status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

April 20, 2011

aduhai bakal ayah mertuaku ^_-

Kehadapan Bakal Pak Mentua, Pak cik yang disayangi.

Kenapa Mas Kahwin Pak cik letak tinggi sangat?

Pak cik kena ingat, kenapa nak bayar lebih kalau pak cik dapat package untuk transfer dosa anak pak cik direct terus kepada saya? Jangan jadi orang  yang hanya mengikut persekitaran  sekeliling,tengok artis mas kahwin mahal-mahal, nak ikut, tengok jiran Pah Bedah punya anak, mas kahwin cecah RM12000, kena lebih nie, mana boleh sama nanti jatuh standard mak cik dan pak cik. Padahal anak pak cik memasak pun tak reti, ilmu agamanya pun masih lagi tunggang langgang.


Pak cik kena ingat, walaupun anak pakcik lulusan doktor dari Russia atau Ireland sekalipun, tapi kalau hari-hari melawan cakap mak bapak, dah tu hari-hari kangkang tengok tv tak reti nak tolong memasak, apa gunanya bayar mahal-mahal untuk mas kahwin, esok-esok kahwin saya juga yang nak kena beli nasi lauk mamak tiap-tiap hari bagi makan isteri, lama-lama saya yang jatuh cinta dengan mamak.

Pak cik kena faham, kita tak boleh ikut artis, kalaupun artis tu lawyer dan pandai sekalipun, artis tu tetap bodoh dan jahil agama, sebab tu diorang berebut-rebut nak letak hantaran yang tinggi, pak cik rasa berkat tak kalau buat macam tu, artis bukan untuk dijadikan ikutan, artis adalah bahan bakar api neraka, pak cik nak anak pak cik jadi bahan bakar?

Pak cik kena tahu yang saya kelak akan mengambil alih untuk mendidik anak pak cik, bukan senang nak ajar semua tu kalau pak cik dah abaikan tanggungjawab pak cik sebagai seorang bapa kepada anak, tapi kalau pak cik dah ajar anak pak cik ilmu agama, pandai memasak, baik sopan santunnya, rajin mengemas dan sebagainya, saya mampu bayar RM15000 untuk mas kahwin anak pakcik.

Yes, Pak cik, berpatutan kalau kena pada gayanya dan kena pada ciri-ciri wanita yang bakal menjadi isteri saya, jangan ingat perempuan yang keluar-keluar ada degree, master, tambah-tambah yang ada keluar tu Doktor, Lawyer, mesti nak letak beribu-ribu punya harga, pak cik ingat pak cik jual anak? Pak cik kena ingat,sebaik baik mas kahwin tu adalah mas kahwin yang paling murah.


Pak cik kena ingat, lepas jer saya  cakap "Aku Terima Nikahnya" terus automatik segala
dosa-dosa anak pakcik tu ditransfer kepada saya, pak cik tak rasa best ke kalau macam tu?

Yes, Pak cik, berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya ketuk jer meja, terus sampai tanya "yea abang? nak makan apa abang?"

Yes, Pak cik, berpatutan kalau anak pak cik jenis yang saya nak pergi kerja, semuanya dah tersiap dan sedia untuk saya.

Yes, Pak cik, berpatutan kalau anak pak cik jenis yang memasak dan dapat menambat hati saya.

Yes, Pak cik, berpatutan kalau anak pak cik seorang hafizah yang mampu bersama-sama didik anak-anak saya nanti.

Yes, Pak cik, berpatutan kalau anak pak cik seorang yang sanggup sehidup semati dengan saya dan pandai menjaga maruah saya.

Yes, Pak cik saya sanggup bayar RM20000 sekalipun kalau semua tu ada pada bakal isteri saya.

Yes, Pak cik takkan marah saya kalau pak cik faham semua yang anak pak cik buat tu adalah pahala untuk dia ,anak pak cik comfirm-comfirm masuk ke syurga kalau dia taat dan saya redha untuk dia, pak cik tak rasa best kah kalau dia mendoakn untuk pak cik dan mak cik setiap hari?


Urusan berkahwin sepatutnya menjadi mudah dengan bantuan pak cik, bukan menjadi bebanan kepada saya dan anak pak cik nanti.

Akhir sekali Pak Cik, kalau saya bagi hadis nie, pak cik rasa betul tak apa yang saya bebel kan dalam surat ni?


Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


    " Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )



    Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:



    " Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )



Sekian Salam Sayang dari Bakal Menantu yang separuh mati kumpul duit nak kahwin.

No comments:

Post a Comment

pageviews