status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

June 13, 2011

earthquake ...when the earth started shaking

KUALA LUMPUR 14 Jun – Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi.
Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti dan antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.
Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pertama pada pukul 8.23 pagi.
Menurutnya, berikutan itu, bangunan seperti Menara Dion dan Kenanga di Jalan Sultan Ismail serta Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Bangsar telah diperiksa sebanyak dua kali untuk tujuan keselamatan. - Utusan

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.8 Utara longitud 98.8 Timur. 330 km dari barat daya Klang, Malaysia

rujuk dari surah Al-Zalzala :

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! surah Al-Zalzala (1-8)

pengalaman : ...N nak cerita sikit pengalaman N masa terasa gegaran itu. first sekali mestilah takut, panik, tak tahu nak buat apa ...try jenguk kat luar rumah manalah tahu ada orang keluar ...tapi sayang tak ada siapa pun keluar disebabkan semua orang tiada dirumah time tu ...bagi yang rumahnya dikawasan bawah memang takkan terasa gegarannya dan bagi N yang duduk atas memang tersangatlah rasa ...so time tu memang tak ingat apa ingat nak selamatkan diri je ...siap2 kan barang2 seperti dompet, handphone, tutup tv, amek kunci rumah ( bagi yang sempat bawak )
 ...nak turun bawah time tu tapi selamat ..sekejap je rasa ..ingatkan rasa gegar tu denyutan nadi N sebab denyutan nadi N memang kan rasa kuat dan ingat setan yang goyangkan badan N ...sebab kalau N duduk dirumah seorang2 kejadian goyang dibadan N...N akan rasa biasala setan kan kerjanya merasuk manusia so N salah 1 mangsanya kot ...kejadian pagi masa pukul 8 saya tak rasa sebab time tu saya berada di alam lain hehehe dialam mimpi ( faham2 jela ) ;p ...kejadian yang kedua baru saya rasa then bila tanya mak N memang betul gempa bumi di indonesia ...tiada tsunami dilaporkan ...insaf sekejap. alhamdulillah selamat :)

No comments:

Post a Comment

pageviews