status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

November 29, 2012

Sabar dalam bersabar

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Sabar itu indah ~

November 11, 2012

Bila novel nak siap?

Assalamu'alaikum..

"Bila novel nak siap?"

Dialog ni sering kali saya dapat apabila berjumpa dengan, mak abah, kawan-kawan dan saudara-mara. Dah tak tahu nak jawab apa. Segan pun ada bila jawab soalan yang sama aje. Dah berapa bulan tak bukak docs, gara-gara tak ada idea untuk menulis. Tak tahulah kenapa tiba-tiba otak ni tepu semacam. Macam tak nak sambung terus pun ada. Tapi, Alhamdulillah, atas support dari kawan-kawan semua, niat untuk menulis tu masih ada lagi.

Ingatkan bila rehat sekejap, baca buku ke berborak dengan kawan-kawan ke, dapatlah sedikit cetusan idea dan semangat, tapi.. makin tak dapat adalah, huhu..

Jealous tengok kawan-kawan yang dah siapkan manuskrip dia orang, dan yang nak publish pun ada.
Semoga masalah saya ni diselesaikan dengan cepat.

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku, Amiin.

----------------------------------------------
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا

Maksudnya:- Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (20: Surah Al-Khaf - 10) 

Dengan izin Dia, kami masih berkawan

     Assalamua'laikum..
yearghh..
kembali setelah lama menyepi.. huhu

     Ada ke orang ingat kita? :P
Haha, tak apa kalau tak ada pun.
Senanglah nak buat 'dunia blog' ini ana yang punya, haha (gelak sopan.)

     Kali ni nak cerita pasal apa ya?
Sejak dua menjak ni.. rasa nak marah je..
tak puas hati pun ada.

     Tak tahulah kenapa..
bila baca surah Al-Baqarah, Al-Mathurat,
alhamdulillah.. nafsu amarah dapat ditahan.

     Malam semalam mula kembali beroperasi menulis..
setelah 2 minggu berturut-turut tak menyentuh pendrive..
hilang mood.

     Bila start balik menulis..
dah lupa jalan cerita, lupa part apa yang patut disambungkan.. huhu :(
dalam pada tengah menulis tu..

     Teringat dekat seorang sahabat saya aka jiran saya..
masa cuti sekolah tahun lepas..
tiap malam selepas solat Isyak..

     saya akan datang rumah dia, saje.
Borak-borak.. then saya bawak laptop, charger laptop, pendrive datang rumah dia.
Siapkan manuskrip dekat rumah dia.

     Dan Alhamdulilah dia banyak membantu dari segi agama..
banyak sebenarnya yang dia tolong saya dalam menyiapkan manuskrip TTTDLM bab 1.. ilmu pengetahuan dia lebih banyak dari saya.
Jadi saya lebih prefer refer pada dia..

     Rindunya... saat-saat macam tu.
Dan kadang-kadang kita orang bertadarus sama-sama..
masak sama-sama pada tengah malam tu.. hihi :p

     Makan sama-sama..
macam-macam lagilaah..
dan pergi library, menghabiskan masa di sana dengan meminjam buku-buku di sana.

     Kadang-kadang shopping sama-sama..
apantah lagi..
bila luahkan perasaan sama-sama..

     Memang lebih syok bila kita luahkan dekat Allah..
lebih tenang dan fresh bila dah luahkan dekat Allah.
Tapi kita ni manusia.. dengan meluahkan dekat kawan,
kawan tu boleh memberikan sokongan moral pada kita.

     Jadi kadang kala saya perlukan kawan untuk bercerita..
banyak je kawan-kawan yang lain..
tapi bila dengan seorang kawan ni.. rasa lain..
rasa tenang je bila tengok wajah dia..

     Ok,
berbalik pada tujuan asal..

     Masa kecik dulu..
mak ayah kita orang tak bagi berkawan..
atas urusan peribadi saya..

     Kakak-kakak kita orang pun halang kita orang dari berkawan..
dia orang kata saya tak layak untuk berkawan dengan dia atas sebab tertentu..

     Kita orang berkawan secara senyap-senyap,
hihi.. kelakar pun ada jugak..
bila terbongkar kita orang berkawan secara sembunyi..
mereka marah..

     Kita orang tak mudah mengalah..
kita orang terus berkawan, berkawan dan berkawan sehingga kini.
Setelah hampir banyak kali dihalang berkawan dia orang give up..

     Hubungan persahabatan kyang terjalin di antara kami begitu kuat..
akhirnya.. dia orang ikutkan saje kehendak kami untuk berkawan seperti biasa.

     Dan sejak kami berhijrah..
hubungan kami lebih manis..
apantah lagi pada akhir tahun lepas..

     Dan sekarang saya sedang menunggu dia
balik dari SBP di Rawang..

-------> Berkawan dan berkasih sayang kerana Allah!
InsyaAllah, semoga Allah redha.

October 30, 2012

Redha perlu dicari, bukan di nanti.
Hidup untuk mencari redha Allah.

~ Muhasabah Diri ~

October 28, 2012

Berzikir adalah perkara yang sangat senang untuk diamalkan. Tetapi begitu ramai segelintir kita yang sukar untuk melakukannya.

~ Muhasabah diri ~
Manusia yang tak baik bukanlah yang banyak buat kesilapan,
tetapi adalah manusia yang tak memperbaiki kesilapannya itu.

~ Reflections ~

October 4, 2012

'Nervoxcited'

Kepada Cikpuan Azzah atau senang bagi saya untuk memanggilnya Kak Azzah,
Saya pinjam ayat ni ya Kak Azzah, untuk tatapan semua. Semoga kita mendapat pahala kerana menyebarkannya dan menjadikannya satu manfaat bagi pembaca blog ini. :-)

Perkongsian terbaharu untuk hari ini, berkenaan 'nervoxcited'.
Apa itu 'nervoxcited'?
Jom kita baca sedikit ulasan berkenaan 'nervoxcited' ni dari Kak Azzah. :-)

------------------------------------------

'Nervoxcited' iaitu teknik menukarkan rasa nervous kepada excited memandangkan degupan jantung manusia dalam kedua-dua situasi ini adalah serupa.

Nampak seperti 'cakap memang senang.'

Ya, memang senang.

Caranya; apabila kita terfikir sesuatu yang negatif, yang menghalang kita menjadi positif, terus sebut 'tetapi'.

Contoh:

"Aku takutlah... tetapi...."

"Aku tak yakinlah... tetapi...."

"Aku gementarlah.. audien ramai sangat! Tetapi...."

Ya, manfaatkan perkataan 'tetapi' dengan cara positif!

- Kak Azzah Abdul Rahman ; Kursus Pengucapan Awam Akademi HERO (http://www.akademihero.com) - :-)

September 13, 2012

Tazkirah


Menurut kajian, statistik wanita Islam di Malaysia yang tidak sempurna solat fardhu meningkat kepada 5% berbanding tahun lepas..

"Bila dibuat kaji selidik secara random, antara puncanya ialah trend/ fesyen masa kini. Contohnya pakai shawl berlapis-lapis, berlilit-lilit, bersusah payah, berjam-jam di depan cermin. Of course once dah pakai & keluar rumah kita malas nak buka, nanti tak lawa dah &
take time kalau pakai semula. Selain tu, begitu juga dengan make up. Once dah pakai mesti nak bagi make up tahan untuk the whole day. Balik rumah semula baru tanggalkan make up. Make up mahal, sayang nak buang semata-mata untuk solat 5 minit. Pakai pula foundation, mascara yang kalis air bertambah malaslah nak solat. Sah-sah air tak lalu ketika wudhuk. Maka kita tinggalkan solat begitu sahaja. Kita lupa setiap pembasuhan dalam wudhuk itu ialah make up semula jadi. Tahan kebal dari pagi - malam cuma perlu touch up 5x sehari yakni solat 5 waktu. Allah dah bagi kita make up semula jadi, kenapa kita pilih yang palsu & memudharatkan yakni bahan kimia?"

- Semoga pembaca-pembaca blog saya, yang berada di sekeliling saya, yang kenal mahupun tidak kenal, tidak tergolong dari golongan yang sedemikian. -

September 12, 2012

Allah Lebih Maha Mengetahui



Write your plans with pencil, but give God the eraser. Because He that will delete the wrong part, and replace it with the best for you.

"... But you may hate a thing although it is good for you, and can be (too) you love a thing which is bad for you, God knows, and you do not know .."

(Al-Baqarah:216)
‎"Real Love means helping each other to attain Jannah, not holding each others hands walking towards The Hellfire."

- Quoted -

September 9, 2012

Kutukan atau ejekan di belakang orang itu bukan kerana dia buat salah atau dosa, tapi hanya kerana perbuatannya itu tidak menepati selera & kehendak pengumpat.

Di akhirat nanti seseorang akan terkejut besar melihat catatan amalan kebaikan yang tak pernah dilakukannya di dunia.

---> Pahala daripada orang yang mengumpatnya.

September 7, 2012

Menolong kawan juga ialah satu jihad


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesiapa yang berjalan dalam keadaan sedang membantu saudaranya dan memberi manfaat kepadanya, maka baginya ganjaran mujahidin di jalan Allah."

(Riwayat al-Munziri)

September 3, 2012

Bersabar dan mintalah kekuatan dari Allah


Kadang, ketika tidak ada masalah, kita solat pun rasa macam biasa, macam tidak ada apa-apa. Berdoa pun rasa seperti tidak ada apa-apa.

Tetapi, ketika ada masalah yang berat menimpa kita, solat yang sekejap pun terasa begitu bermakna. Kita berdoa, merintih, menitiskan air mata dan merendahkan diri di hadapan Allah, berharap agar Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapi masalah yang menimpa diri kita itu.

Inilah hikmah musibah, kadang-kadang menjadikan kita ini mampu bertemu kelazatan dalam hubungan kita dengan Allah.

Sebab itu, janganlah mengeluh bila dihadapkan dengan masalah.
Bersabar dan mintalah kekuatan dari Allah.

- Afdholul Rahman -

Jaga perkataan kita


"Sesungguhnya ada seorang hamba yang bercakap perkataan yang boleh mendatangkan keredhaan Allah tanpa ia sedari, namun dengan itu Allah menaikkannya beberapa darjat lantaran (perkataan) itu dan sesungguhnya ada pula seorang hamba yang bercakap dengan perkataan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah tanpa ia sedari maka dengan demikian dia telah menjerumuskan dirinya ke dalam neraka Jahannam."

( HR : Bukhari )

Perasaan rendah hati..

Sahabatku,
hakikat rendah hati bukan hanya kepada keluargamu, sahabatmu, atau orang terhormat tetapi kepada pembantumu, bawahanmu, faqir miskin, sahabatmu yang susah atau mereka yang papa...

Tip bisnes,,,


Mitos: Apabila mahu menjual, cari di mana kelemahan bakal pembeli, dan gunakan kelemahan itu supaya dia tergerak mahu membeli.

Menjual dengan cara memutar-belit bakal pembeli adalah kerja 'con artist' (putar alam).

Realiti: Orang hanya akan membeli berkali-kali dari kita apabila dia mempercayai kita dan produk kita.

- Puan Ainon Mohd -

Tip bisnes...


Mitos: Kalau jurujual menerangkan semua kebaikan produknya satu persatu, bakal pembeli akan yakin bahawa produk itu amat bagus dan dia akan membeli.

Realiti: Pembeli tahu bahawa semua benda dalam dunia ini tentu ada kelemahan dan kekurangannya.

Nota: Bagi mendapatkan kepercayaan pembeli, terangkan kelemahan dan kekurangan produk kita, dan bagaimana cara terbaik bagi mendapatkan manfaat maksimum.

- Puan Ainon Mohd -

Tip bisnes...


MITOS: Apabila kita boleh buat sampai bakal pembeli itu mesra dan bergelak ketawa dengan kita, maka dia pasti akan suka kepada diri kita, dan hasilnya dia akan membeli barang yang kita jual.

REALITI: Bagi pembelian barang mahal, orang bersikap sangat rasional, berhati-hati dan kritis.

Nota: Maklumat dan fakta yang relevan kepada keperluan bakal pembali adalah konten skrip jualan yang betul.

- Puan Ainon Mohd -

Tip bisnes...

Dua perkara ini berbeza:

1. Bekerja keras meningkatkan jualan.
2. Mencari strategi baru bagi meningkatkan keuntungan.

Nota: Jualan yang meningkat tidak menjamin keuntungan juga meningkat, malah boleh menyebabkan keuntungan jatuh.

- Puan Ainon Mohd -

Tip bisnes....

Sesuai untuk sesiapa yang inginkan tip dalam berbisnes.


Salah satu risiko apabila kita membuka bisnes berdasarkan kepandaian yang kita miliki adalah:

1. Kita tidak berani menyerahkan tugas itu kepada orang lain.

2. Kita menjadi hamba kepada bisnes kita.

3. Bisnes kita tidak berkembang sebagaimana sepatutnya.

Contoh:

Kita pandai membuat nasi dagang, lalu kita pun membuka restoran nasi dagang. Terbukti nasi dagang kita digemari pelanggan.

Kita tidak berani menyerahkan kerja memasak nasi dagang kepada orang lain.

Akibatnya, kita sibuk bekerja di dalam dapur memasak nasi dagang. Bukannya sibuk membuka cawangan-cawangan baru...

Dari - Puan Ainon Mohd.

September 2, 2012

Ukhuwwah.

"Ukhuwwah adalah sesuatu yang manis untuk dirasai dan hidup terasa lengkap kerananya. Tapi itu hanyalah jika ukhuwwah itu bersandarkan kepada Allah ta'ala dan aqidah yang satu. Namun, ukhuwwah yang manis bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Perlunya ada sikap berlapang dada antara satu sama lain dan peringkat ukhuwwah yang paling tinggi ialah melebihkan sahabat itu daripada diri sendiri. Sudah tentu sesuatu yang susah bukan? "

"Ukhuwwah Islamiyah adalah keterikatan hati jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah."
(As-syahid Imam Hassan Al-Banna)

June 26, 2012

Kenapa doa mu lambat dimakbulkan oleh Allah SWT?


Bila kamu suka solat lambat, dan malas berdoa, maka kala kamu susah, dan kala kamu berdoa saat kamu susah, memang kamu sendiri akan terasa seperti bantuan Allah itu lambat, atau Allah SWT itu tidak mendengar.


Sedangkan bantuan Allah itu amat pantas, dan Dia adalah Yang Maha Mendengar.
Allah itu amat hampir, tetapi kita sebenarnya yang meminggir.

---> Novelist HA.

June 12, 2012

Kisah kami : bila boleh bertadarus bersama lagi?

Ehem..
assalamu'alaikum..
seperti biasa.. apa yang menjadi tajuk entri ini
itula yang akan saya tulis..

bosan baca?
its okay, saya coretkan kisah ini pun bukan untuk tontonan umum sangat..
siapa yang nak baca tu, yah silakan.
Yang tak nak baca tu bolehla singgah baca entri lain atau baca novel saya.. (◑‿◐)

Baru-baru nikan cuti sekolah..
saya dan kawan apa lagi, manfaatkanla cuti sekolah ini dengan perkara yang bermanfaat..
alhamdulillah, jumaat lepas saya dan sahabat saya berkesempatan untuk bersolat jemaah bersama
dan bertadarus bersama.

Syukur, walaupun haya 1 malam saja dapat bertadarus dengan dia..
takpela.. saya tahu dia busy.. because minggu pertama cuti sekolah dia tusyen..
minggu kedua dia balik kampung..
lepas tu sambung tusyen lagi sampai jumaat lepas.. malam tu kami bertadarus.

Jadi dapat bertadarus dengan dia malam tu je..
psst.. saya sanggup korbankan drama Bunga-bunga Syurga kerana ingin bertadarus dengan dia..
alah.. lagi pun ada kat tonton.com..
just watch there.. (◑‿◐)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga bertadarus dengan dia..

----> ehem..
cik adik manis..
bila boleh bertadarus lagi? ^^

May 30, 2012

Kisah kami: bila boleh bertadarus bersama lagi?


Assalamu'alaikum..
genap sudah 2 minggu selepas ulang tahun kelahiran saya.. ngeh ngeh ngeh..
seperti biasa.. cerita pasal kawan..
mesti orang tertanya-tanya.. kenpa asyik-asyik entri pasal kawan je..
jawapan dia ialah.. sebab saya suka..
            
           Nak cerita pasal apa lagi?
Famili.. so far alhamdulillah kehidupan saya dengan famili biasa saja..
malah lebih baik..
cerita pasal boyfriend?
Oh sorry, not now. Saya masih seorang pelajar, so nak fokus pada apa yang ada di depan mata.

Berbalik pada tujuan asal..
Baru saja tengah hari tadi, saya dan sahabat saya keluar ‘date’ hehe..
Dia belanja saya makan pizza ^_^
            
            Dia selalu tanya kat saya..
“Bila nak belanja W makan pizza lak?”
Saya hanya tersengih-sengih, hehehe..
Nest time ye dear.. ^^
            
           Thank you..
Sebab sudi belanja kita makan.. ^^
Nanti belanja lagi ya, hahaha.. :P
            
           Cadang nak kuar pergi jalan TAR..
tapi hujan pulak pagi tadi..
postpone pagi esok..
so pergi Jusco sajala dalam keadaan hujan renyai-renyai..
            
           Oh ya…
thank you sebab sudi habiskan pizza tomyam tu..
Pedas! Hehe..

Esok dia balik kampung..
huhuhu.. sedihnya rasa.. (padahal balik kampung je)
lama kot.. sampai hari isnin/selasa next week baru balik..
pastu dia dah nak balik hostel..
mana sempat..
ntahla tak berkesempatan nak bertadarus dan solat berjemaah bersama dengan dia..
            
           Tak tahula bila pulak
boleh bertadarus dengan dia..
best bertadarus dengan dia..
dapat pengisian rohani
           
           Nanti masa dia balik kampung..
konfirm rindu..
uwaaa… (sabar2..)

----> Sorry W.. sebab kita tak dapat nak belanja makan pizza.. hehe :P

May 27, 2012

Cerpen: Suratan KasihNya



Happy birthday, dear… semoga panjang umur dan murah rezeki.” Ucap Suhailah kepada adik iparnya, Erin.


"Terima kasih kak." Erin tersenyum. Suhailah menghulurkan sesuatu. Erin tersentak. "Untuk Erin ke kak?" Erin bertanya.

"Untuk kamulah. birthday girl yang ke 20 tahun ni." Suhailah menarik manja pipi Erin.


Erin tersimpul malu diperlakukan sebegitu. 


Hari ini dah 11 hari bulan 1 2012. Dah genap 20 tahun rupanya aku ni. Apa yang aku dah buat selama aku hidup 20 tahun ini? Erin berfikir seketika dan akhirnya dia mengeluh berat. Tiada apa-apa. ya Allah, betapa ruginya hamba ini. membiarkan masa, kesihatan dan umur yang ada dihabiskan dengan begitu sahaja. Tanpa menyumbang apa-apa kepadaMu mahupun diri sendiri. Erin menghela nafasnya pula.

“Selamat ulang tahun ya sayang, dah besar dah rupanya anak ibu ni.” Ucap Puan Halimah kepada anak bongsunya itu sambil mencium dahi anaknya tersebut. Sudah besar panjang rupanya anak daranya yang seorang ini. Sekejap saja masa berlalu, bagaikan baharu semalam dia melahirkan anaknya itu. Puan Halimah meletakkan bungkusan hadiah di atas meja yang berada di tepinya tersebut. Walaupun hadiah itu tidak diminta oleh anaknya sendiri, entah mengapa kali ini dia merasa ingin memberikan sesuatu untuk anak bongsunya itu.

“Terima kasih, bu.” Jawab Erin sambil memberikan senyuman paling lebar dan memberikan satu ciuman di pipi Puan Halimah.

Puan Halimah dan Suhailah bergerak ke arah ruang tamu yang dibanjiri dengan kehadiran tetamu.

Erin Lina, secara luarannya seorang yang sangat menghargai apa sahaja yang diberikan kepadanya. Dia tidak mempunyai ramai kawan, dia hanya ada seorang kawan sejati yang masih sudi berkawan dengannya. Dia banyak kekurangan, dari segi akademik dia yang paling tercorot di antara kawan-kawannya dan dalam keluarganya. Erin Lina memanang wajah tetamu yang hadir. Pandangannya jatuh pada wajah yang sungguh tenang sekali.

Ibu. Wajah itulah yang dirasakan begitu tenang. Kemudian pandangannya jatuh pula pada wajah ayahnya. Daripada pagi tadi mereka berdua ini sangat bertungkus lumus menyiapkan majlis ulang tahun kelahirannya pada malam ini. Tidak nampak sedikit pun kepenatan diwajah mereka berdua. Bersyukur kerana mempunyai kedua ibu bapa yang sangat sayang pada anak-anaknya, terutama sekali pada anak bongsunya ini yang tidak pernah memberikan apa-apa padanya. Sungguh kecewa bila tidak dapat menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah.

Dia tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya dengan menyiapkan majlis ulang tahun kelahirannya ini. Sampai sahaja di rumah, dia disambut dengan majlis yang meriah seperti ini. Dia pun tidak mahu mengadakan majlis ulang tahun sepert sekarang ini.  Cukuplah mereka melayanninya dengan baik. Dia tidak mahu minta lebih.

Erin bermuram sendiri.

“Hah!” jerkah Dila yang baharu tiba di sebelahnya. “Apa yang fikirkan ni, hah? Ni majlis hari jadi kau, kenapa tak ceria je aku tengok.” Ujar Dila sambil memandang wajahnya.

“Aku jadi kecewa dan marah dengan diri aku sendiri. Ibu dan ayah aku membesarkan aku selama dua puluh tahun, mencukupkan segala keperluan aku, tapi aku satu pun tak pernah membuatkan dia orang rasa bangga dengan aku. Kau sendiri tahu, masa SPM dulu, tak ada satu pun A dalam result aku. Tapi dia orang still layan aku dengan baik.” Luah Erin pada Dila.

Erin memerhatikan tetamu yang hadir. Mereka yang berada di situ, pastinya semua pandai belaka. Cuma dia seorang saja yang tidak pandai seperti mereka. Walhal dalam SPM yang lalu dia berkerja keras mengulang kaji pelajaran. Tapi kenapa ini yang dia dapat?

“Allah mengetahui apa yang terbaik buat HambaNya. Tak semestinya kau tak dapat masuk universiti kau tak boleh belajar lagi. Ilmu agama kau, aku tengok baik. At least ilmu agama yang kau belajar selama ni, kau praktikkannya. Daripada segelintir mereka yang belajar tinggi di luar sana tu, tidak mempraktikkan ilmu agama, tak ada gunannya.” Ujar Dila menyedapkan hati kawannya yang satu itu..

“Tapi kita kena jugak tahu ilmu dunia, Dila.” Ujar Erin lagi sambil memandang wajah mulus yang ada pada Dila.

“Iya. Tapi kau bukannya tak tahu langsung ilmu dunia. Kau tahu serba sedikit. At least ada daripada tak ada.” Terang Adila dengan nada bersungguh-sungguh.

Erin meraup mukannya dan menghela nafas kecil.

Adila menggosok lembut bahu kawannya itu.

Puan Halimah mendekati mereka berdua yang berada di hujung ruang tamu rumah tersebut yang agak besar itu.

“Erin.. kenapa duduk kat sini. Tu, kawan-kawan Erin semua duduk kat sana. Tak baik tinggalkan tetamu.” Ujar Puan Halimah kepada anaknya apabila berhenti di depan mereka.

Kawan? Yang ada di dalam majlis ini hanya 3 atau 4 orang sahaja yang dikenalinya sebagai kawan.
Erin dan Adila bangun. Erin memberikan senyuman pada Puan Halimah, satu-satunya ibu yang dia ada.

“Jom.” Ujar Adila pada Erin.

Erin mengangguk.

Mereka pergi menuju ke arah tetamu yang semakin ramai yang hadir. Setahunya dia hanya menjemput rakan-rakannya yang dia kenal. Tidak pula menjemput orang lain. Barang kali ibu atau ayahnya yang menjemput.

“Erin, umur kau kan dah genap dua puluh tahun. Kau tak nak try belajar ke, cari kerja ke atau ambil apa-apa kemahiran ke?” soal Hani apabila Erin duduk di sebelahnya. Hani meneguk minuman yang dipegangnya dari tadi.

Erin hanya mengjongketkan bahunya. Soalan itulah yang sering dia terima sejak dia mengulang kembali ujian peperiksaan SPM. Walaupun sudah 2 kali dia mengambil ujian peperiksaan SPM, dia masih mendapat keputusan yang teruk. Adakah otaknya ini memang lembab sangat? Cari kerja? Sekarang ni semua orang mencari perkerja yang kelulusan dia paling rendah pun lulus SPM. Dia apa ada? Gagal.

“Kau luluskan, masa kali kedua kau ambil SPM hari tu?” soal Hani lagi.

Erin menggeleng.

So, kau buat apa je sekarang?” soal Hani yang sangat mengambil berat terhadap kawan-kawannya.

“Duduk rumah je.” Itulah jawapan yang akan orang terima apabila bertanyakan tentang kehidupannya.

“Ya ke? Aku dengar kau selalu pergi ke ceramah agama.” Sampuk Adila yang turut berada bersama mereka.

“Lepas habis SPM selalulah aku pergi, tapi sekarang tak dah. Tapi aku banyak masuk dalam group-group majlis ilmu yang ada kat Facebook tu je. Alhamdulillah, mereka yang ada dalam group tu ilmunya sangat luas.” Terang Erin pada Hani.

Syukur dengan adanya kehadiran group-group yang dia masuk selama ini sangat membantu. Apa sahaja kemusykilan dia akan merujuk pada mereka yang turut menjadi ahli di kumpulan itu. Ada satu group yang dia masuk, kebanyakkan admin-adminnya belajar tinggi. Dan ada juga yang belajar di Universiti Al-Azhar. Apabila ditanya mengenai agama, mereka akan mengeluarkan dalil-dalil yang sahih. Walaupun pada hakikatnya kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempercayai apa sahaja yang ada di internet, tapi baginya admin-admin yang ada di dalam group itu boleh dipercayai.

“Alhamdulillah.. tak apalah janji ada juga ilmu pengetahuaan kau.” Ujar Adila lagi dan menghadiahkan senyuman pada Erin.

Erin menyandarkan dirinya di sofa. Tiba-tiba sahaja dia merasa sangat letih malam ini. Entah kenapa, dia sendiri tidak tahu. Walhal dia tidak membuat banyak perkerjaan pun. Kemudian kepalanya berasa pusing. Dia memicit dahinya, makin dipicit makin pening dan sakit kepalanya.

“Aduh.. peningnya..” ngadunya sendirian.

Adila yang berada sangat dekat dengannya memandang. Dia yang sedikit panik dengan keadaan Erin, bercuba untuk bertanya. Namun Erin terlebih dahulu sudah pengsan di sofa tersebut.

*******************

Perlahan-lahan Erin mengangkat kelopak matanya. Sungguh berat sekali rasanya untuk membuka mata. Seperti dihempap dengan batu. Erin memicit lagi dahinya.

“Erin..” satu suara menyapa halua telingannya. Seperti suara ibu. Tekanya.
Erin mencuba lagi membuka mata. Pandangannya sedikit kabur, dia memandang Puan Halimah yang sudah berada di sampingnya. Dia memandang pula ke arah Encik Yusuf yang berdiri bersebelahan dengan doktor. Hanya itu yang sempat dia melihat. Dia sudah tidak larat untuk membuka mata dengan lebih lama lagi.

“Macam mana dengan keadaan dia, doktor?” soal Encik Yusuf.

“Barang kali dia maigrain. Saya nasihatkan, jaga pemakanan dia.” Jawab doktor tersebut sambil menundukkan kepalanya.

Encik Yusuf yang melihat sedikit pelik lalu bertanya. “Ada apa-apa lagi ke doktor?” soal Encik Yusuf.

Doktor yang sedikit berumur itu mengangkat kembali kepalanya. “Saya cadangkan, baik Encik Yusuf bawa dia pergi ke hospital. Saya takut ada kanser di otaknya.” Ujar doktor itu.

Encik Yusuf, Puan Halimah, Nafis dan isterinya Suhailah, sedikit terkejut mendengarnya. Mereka berpandangan sesama sendiri.

“Tapi dia kan maigrain je, doktor. Macam mana boleh kena kanser pulak?” soal Puan Halimah. Puan Halimah yang sedikit terkejut itu ditenangkan oleh menantunya.

“Dah setahun saya jadi doktor kepada keluarga ni.. sepanjang itu juga, selama itu jugak saya dapati dia kerap sangat sakit kepala dan pening-pening. Pergi untuk buat pemeriksaan sahaja.” Jelas doktor tersebut.

Puan Halimah mengeluh kecil. Fikirnya selama ini anaknya hanya pening biasa. Tidak pula terfikir ada penyakit yang menjerus kepada kanser.

Apa kanser? Tak mungkin aku ada kanser otak. Tak mungkin! Erin bermonolong sendiri. Kalau betul dirinya menghidapi penyakit kanser, apa patut dia lakukan? Selama 20 tahun dia hidup di muka bumi ini, tiada satu yang dapat dia lakukan untuk keluarga dan agamanya. Terasa hidupnya dipersia-siakan begitu sahaja.
***************

Pagi hari ini Erin menuju ke hospital pakar yang berdekatan, temani oleh kedua ibu bapanya. Hatinya saat ini begitu berdebar. Tak sanggup rasanya dia hendak mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulut doktor yang merawatnya itu nanti.

Betul ke apa yang dikatakan doktor Hairi yang merawatnya semalam. Selepas pengsannya malam pada majlis ulang tahun kelahirannya, dia tidak sempat hendak menelefon Adila selepas majlisnya malam tadi.  Nak harapkan Adila yang menelefon, alamatnya masa cuti panjang sajalah dia berkesempatan menelofon dan bertanya khabar tentangnya. Maklum sahajalah, orang yang sudah belajar di universiti ni memang akan selalu sibuk. Semua orang sudah makum akan itu.

Erin dan kedua ibu bapanya menunggu di ruang tunggu untuk dipanggil masuk ke dalam bilik X-ray tersebut. Erin cuba menenangkan dirinya, namun perasaan takut terus menghantuinya saat ini.
Relaks, Erin.. relaks. Insya-Allah kau takkan ada penyakit kanser atau yang membahayakan. Kalau ada sekali pun, ajal maut, itu semua ketentuan Tuhan. Monolong hati Erin.

*************

Erin menghadap kosong ke arah skrin komputernya. Tiada mood rasanya hendak menjengah group-group yang dia ada. Ilmu yang baharu sahaja dia baca tadi seperti tidak masuk ke dalam kotak hati dan fikirannya.
Kenapa dia harus bersikap sedemikian? Keputusan X-ray itu pun belum keluar lagi. Jadi dia tidak perlu khuatir, selagi keputusan itu belum ada di tangannya dia harus meneruskan kehidupannya seperti biasa, cuma mungkin akan menambahkan lagi amal ibadat.

Inilah manusia, bila dah tahu hendak mati, baharulah ingat kepada Yang Maha Esa. Mungkin inilah teguran dari Dia, agar dirinya tidak lagi lalai dan menggunakan nikmat kesihatan, masa dan umur yang ada saat ini untuk perkara yang bermanfaat.

Ini baharu teguran kecil yang Dia beri, bagaimana dengan manusia di luar sana yang sedang menghadapi dugaan yang cukup besar, yang cukup hebat dan mencabar, tapi mereka masih terus melakukan ibadat kepadaNya. Mereka itu sungguh tabah.

Erin mengeluh kecil. “Ya Allah, adakah ini balasan ke atas kelalaian aku selama ini? Tiada lagikah peluang untukku agar terus beribadat kepadaMu?” Erin meraup mukanya yang sedikit basah dengan baki air wudhuk solat Zohornya tadi.
**************

Tanpa dipinta, awal jam 3.30 minit pagi  dia sudah terjaga. Sempat melakukan solat-solat sunat. Terutama sekali solat sunat Taubat dan Tahajjud, sempat juga dia mengadu kepadaNya, meluahkan segala yang terbuku di hati. Sudah lama rasanya tidak berbuat sedemikian. Hatinya rasa sedikit tenang dari tadi. Rasa ingin lebih banyak dan lama lagi meluahkan kepada Dia, tapi tiba-tiba sahaja kepalanya sakit. Erin memandang jam yang tergantung di dinding, menunjukkan pukul 4 pagi.

Dia mengambil keputusan untuk berjaga sahaja. Sementara hendak menunggu masuknya waktu solat Subuh sebentar lagi, dia menghidupkan komputernya dan memasang zikir yang mengalunankan dam memuji nama-nama Allah SWT.

Sungguh tenang sekali.

Mungkin ketenangan inilah yang dikatakan di dalam al-Quran;  (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Ra’d: 13:28)

Pagi ini juga Encik Yusuf akan mengambil keputusan X-raynya. Perasaannya makin menjadi-jadi debarnya. Begitu cepat pula keputusan itu keluar. Dia akan terima apa sahaja yang akan dia hadapi selepas ini.

*****************

Encik Yusuf memberikan surat yang berukuran A4 kepada Erin. Erin terus mengambil sampul tersebut dari tangan Encik Yusuf. Hendak tak hendak, dia harus menerima apa sahaja keputusan yang tertulis di situ. Apa yang akan terjadi setelah itu, hanya Allah yang tahu.

Dia ditemani kedua ibu bapannya, juga abang dan kakak iparnya. Dia masih mempunyai 2 orang lagi kakak. Masing-masing sedang melanjutkan pelajaran. Tanpa berlengahkan masa lagi, dia membuka sampul itu. Dia yakin, tiada apa yang akan terjadi.

Dengan perlahan-lahan, dia mengeluarkan sampul surat tersebut. Dia membacanya. Positif. Dia membaca lagi perkataan yang tertulis disurat tersebut. Positif. Dia memandang ibu dan ayahnya. Mereka juga turut terkejut dengan apa yang tertera di surat itu.

“Doktor ni salah taip ke apa?” soal Erin seperti tidak dapat menerimanya. Dia memandang ibu dan ayahnya lagi. Tidak dapat mentafsirkan raut wajah mereka berdua itu saat ini. Sedih? Takut?

Nampaknya aku ni memang dah tak ada harapan nak hidup lebih lama lagi. Apa yang perlu aku buat sekarang? Ya Allah. Monolong Erin sendiri.

“Berapa lama lagi Erin boleh hidup, ayah?” soal Erin lagi.
“Doktor kata…. mungkin.. dalam tiga bulan je lagi.” Jawab Encik Yusuf yang tidak sampai hati untuk memberitahu.

Keadaan senyap.

Erin merasa badannya betul-betul lemah saat ini. Dia meletakkan surat itu di atas meja di hadapannya. Rasanya dia perlukan bersendirian untuk beberapa hari, beberapa minggu atau sehingga dia dipanggil menghadap Ilahi.

Dia bangun dan menuju ke biliknya. Dia mengunci pintu biliknya. Dengan perlahan dia berjalan dan duduk di atas katil. Katil itu seperti sudah tidak empuk lagi baginya. Terasa semua nikmat yang ada saat ini seperti sudah tidak bererti lagi buatnya.

****************

Sedari tadi telefon bimbitnya terus berbunyi, barang kali Adila yang menelefon. Dan mungkin Adila sudah mengetahui akan hal penyakitnya ini dan tidak akan hidup lama lagi. Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada betul-betul di hadapannya. Lalu mengangkat panggilan tersebut.

“Assalamualaikum.. Erin.. dari tadi aku call, kenapa tak angkat?” soal Adila di hujung talian.

“Aku kat luar bilik tadi, aku tak dengar. Sorry.” Tipu Erin.

Adila mengeluh kecil. “Betul ke apa yang kak Su cakap?” soal Adila lagi.

“Cakap? Cakap pasal apa?” soal Erin pula pura-pura tidak tahu. Dia tahu, pasti kak Su yang memberitahu Adila tentang penyakitnya, kerana kak Su juga rapat dengan Adila.

“Pasal penyakit kau.”

“Oh..”

Keadaan sunyi seketika.

“Kau okey tak ni?” soal Adila apabila Erin tidak berkata apa-apa.

“Kau rasalahkan.. orang yang tahu hidupnya hanya tinggal berapa bulan je lagi, okey ke tak?” soalan dibalas dengan soalan. Suara Erin seperti sedang menangis, namun seperti menahannya.

“Janganlah macam ni, Erin. Ajal maut tu semua ketentuan Tuhan. Bila-bila masa je kita akan mati. Kau kira okeylah dapat tahu bila akan mati, at least sempat buat amal ibadat banyak-banyak. Itu pun menurut ramalan doktor, doktor bukan Tuhan yang tahu bila ajal seseorang tu.” Pujuk Adila.

Adila memang seorang yang tinggi ilmu agamanya. Apa sahaja yang dia musykil, dia juga akan rujuk pada Adila berbanding Hani.

Erin tidak menjawab.

“Aku pernah baca satu nota dari seorang ustaz. Dia kata insya-Allah penyakit jantung, kanser, kencing manis dan sebagainya ni boleh diubati dengan satu kaedah.” Ujar Adila lagi di hujung talian.

Dengan serta-merta, Erin jadi menarik hendak mendengar. “Apa kaedahnya tu?” soal Erin membuak-buak ingin tahu.

“Aku baru je faks kat kau, bacalah. Okeylah, aku kena siapkan assingment. Nanti aku call kau lagi ya. Assalamualaikum.” Ujar Adila dan segera matikan panggilan.

Beberapa minit kemudian keluar satu kertas dari kotak faks yang berada di sebelahnya. Dia segera mengambil kertas tersebut dan membacanya.

Sesiapa yang menghidap penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Elok untuk mengamalkan solat pada waktu malam walaupun sekadar 1 rakat witir kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw;
                                                                                             
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."
Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.
Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
P/s: Aku copy dari Ustaz Zahazan Mohamed. Berhasil atau tidak, kita serahkan saja pada Allah SWT. J
******************

Puan Halimah melabuhkan punggungnnya di atas sofa tersebut bersebelahan dengan anaknya. “Hari ni ibu tak tahulah nak masak apa, Erin nak makan apa hari ni?” tanya Puan Halimah sambil memandang wajah anaknya yang muram itu.

“Apa-apa jelah, bu.” Jawab Erin, acuh tak acuh sahaja jawapannya. Dia mengadap terus skrin TV di depannya. Drama bersiri Hotel Hasanah di TV Al-Hijrah yang menjadi pilihannya.

“Erin masih bersedih ke dengan keputusan yang Erin baca bulan lepas tu? Janganlah macam ni sayang..” ujar Puan Halimah. Dia ada nampak sedikit perubahan yang ada pada anaknya yang bongsu ini.

Yalah. Siapa yang tak sedih jika dia mendapat tahu yang hidpunya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Erin bermenolong sendiri.

“Kita beriman pada qada’ dan qadar Allah. Apa yang terjadi dekat kita mesti ada hikmahnya. Dan walau apa pun yang terjadi, kita kena teruskan kehidupan ini selagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita. Jangan lupa juga tanggungjawab kita sebagai kalifah di muka bumi ni. Lagi pun kita jangan percaya sangat dengan ramalan doktor tu.” Ujar Puan Halimah.

Erin tidak menjawab. Matanya masih menumpu pada cerita di kaca TV, tapi telinganya sangat mendakap bait-bait kata dari ibunya.

Orang yang tak hadapinya tu semua senanglah cakap. Tapi orang sedang mengalaminya ini, susah untuk menerimanya. Walaupun diwajahnya kini nampak seperti tidak kisah apa yang akan terjadi. Tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Takut, risau, sedih. Semua ada.

Dia banyak buat dosa, dosa kecil dan dosa besar. Adakah Allah akan mengampunkan dosa-dosanya? Adakah Allah terima taubatnya?

**************

Malam ini ibu dan ayahnya mengadakan majlis doa keselamatan. Pada mulanya dia membantah dengan cadangan ibu dan ayahnya. Kerana penyakitnya ini tidak akan sembuh. Tapi bila difikirkan balik, kenapa dia perlu bantah? Manalah tahu dengan adanya majlis doa selamat ini, penyakitnya akan sembuh. Walaupun pada hakikatnya, jarang penyakit kanser boleh sembuh. Tapi kuasa Allah, siapa yang tahu. Kun fa ya kun.

Kesemua ahli keluarganya dari keluarga Encik Yusuf dan Puan Halimah turut hadir. Erin menyepikan diri di dalam bilik. Di dalam biliknya ini ada beberapa orang sepupu Suhailah dan anak kembarnya dan seperti biasa, Adila turut berada di dalam biliknya. Tapi sayang, Hani tidak dapat datang, katanya ada assingment yang harus disiapkan.

Hani sejak akhir-akhir ini seperti cuba mengelakkan diri darinya. Apa salah aku, aku sendiri tak tahu. Mungkin aku dah nak mati, jadi tak guna untuk orang rapat dengan aku lagi. Rakan-rakan sekolah yang aku jemput masa majlis ulang tahun kelahiran aku itu pun tak ramai yang datang malam ini. Monolong hatinya.

Erin mendengus, bosan juga apabila disuruh duduk di dalam bilik sahaja.

“Dila..” bisik Erin di telinga Adila yang berada di sebelahnya.

Adila menoleh memandangnya yang berada di sebelahnya.

“Tinggal dua bulan je lagi aku boleh hidup.. tapi satu apa pun aku tak mampu nak buat untuk keluarga dan agama aku.” Luah Erin sedikit berbisik. Dia mengeluh kecil. Tidak mahu orang-orang yang berada di dalam biliknya ini turut mendengar.

“Betul ke kau tak buat apa langsung untuk keluarga dan agama kita?” soal Adila.

Erin mengangguk sambil menundukkan kepalanya.

Adila melepaskan keluhan kecil terlebih dahulu sebelum meneruskan kata-katanya dengan nada yang lembut. “Apa yang aku tengok.. akhlak kau baik. Kau menunjukkan akhlak yang baik, itu sudah memandai untuk agama kita. Kalau itu je yang kau termampu buat, why not kau teruskan. Kalau kau boleh buat lebih dari tu, kau cuba upgradekannya lagi. Makdsunya, berdakwah ke.” Jelas Adila memberikan kata-kata semangat.

“Kau sekarang aku tengok dekat Facebook, bukan main aktif lagi mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat. Dan ramai aku tengok orang like dan share.” Kata Adila lagi.

Erin mencebik. “Setakat tulis di Facebook, apalah sangat kan.” Ujar Erin sambil mengeluh kecil. Dia memandang gelagat Safiyah dan Syafinaz anak buahnya yang kembar itu asyik bermain dengan Suhailah. Bahagia sungguh keluarga mereka.

“Pesan Al-Habib Umar Al-Hafiz berkata ahli hikmahnya; Manusia akan mati pada bila-bila masa, tetapi tulisan boleh kekal selama-lamanya. Maka tulislah perkara yang memyebabkan kita gembira di akhirat kelak. Apa yang kita tulis tu juga akan menjadi ikutan kepada masyarakat. Baik yang kita tulis, baik jugalah yang kita dapat. Bila orang ikut perkara yang baik yang asalnya dari kita, dan apabila orang itu memprkatikkan ilmu yang dia dapat itu. Kita akan dapat pahala yang sama seperti orang itu, walaupun kita sudah tiada. ” Terang Adila panjang lebar sambil menghadiahkan senyum buat sahabatnya itu.

Erin memandang Adila. Adila bukan sahaja pandai, malah dia mempunyai kurniaan wajah yang cantik. Dan kata-katanya itu kadang-kala membuat orang jadi suka untuk mendekatinya. Untungnya dapat jadi seperti Adila. Luah Erin sendiri.

Erin berfikir sejenak. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Adila itu tadi. Mulai Sekarang dia akan tulis lagi perkara yang bermanfaat. Akan lebih kerap menulis yang baik-baik sahaja. Lama sosial boleh menjadi medium dakwah untuk kita. Lebih senang untuk berdakwah dan lebih cepat tersebar meluas. Baik yang kita bagi baik juga yang kita dapat. What you give, you get back.

******************

Pagi ini Erin dikerjakan ke hospital. Kerana awal pagi tadi selepas subuh Erin mengadu sakit kepala. Berdenyut-denyut seperti diketuk dengan benda yang berat.

Dari pagi Puan Halimah, Encik Yusuf, Nafis dan isterinya menunggu Erin di ruang tunggu. Sekarang mereka hanya tunggu berita dari doktor yang sedang merawat Erin.
Puan Halimah tidak senang duduk. Hatinya tidak tenang.

Doktor Hairi keluar dari wad tersebut.

“Macam mana dengan dia, doktor?” soal Puan Halimah tidak sabar ingin tahu keadaan anaknya itu.

“Penyakit dia sudah sampai ke tahap yang kedua.” Ujar doktor Hairi.

Puan Halimah meraup mukanya. Badannya rasa lemah. Baharu sahaja dia hendak jatuh namun cepat ditahan oleh Suhailah yang kebetulan berada di belakangnnya. Kenyataan yang tidak dapat di terima

Suhailah memimpin ibu mertuanya itu untuk duduk dan menangkan diri.

“Kita hanya mampu berdoa.” Ucap doktor itu sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.

“Tinggal sebulan sahaja lagi.” Ujar Puan Halimah. Air matanya jatuh pada ketika itu juga.

Mereka yang berada di situ memandangnya. “Tak baik ibu cakap macam tu, ibu macam mendoakan dia cepat pergi tinggalkan kita.” Kata Nafis.

“Ibu tak sanggup tengok dia menahan kesakitan macam tu..” kata Puan Halimah lagi dalam nada yang sangat sayu dan hiba.

Encik Yusuf yang berada di depan mereka hanya mendengar, tidak tahu hendak berkata macam mana lagi. Seperti sudah hilang kata-kata.

*****************

“Kenapa kau still berkawan dengan aku, Dila?” soal Erin dengan nada suara yang mendatar. Dia membetulkan posisinya dia atas katil hospital tersebut.

“Kau rasa?” soal Adila pula.

Erin mengjongketkan bahunya. “Entah. Sebab apa?” soal Erin lagi.

Adila bangun dari duduknya di sofa wad tersebut dan duduk di birai katil itu. “Yang pastinya aku berkawan dengan kau bukan sebab kau kaya ke, kau cantik ke.. tapi kerana Allah. Aku jadi makin suka berkawan dengan kau sebab iman dan akhlak yang ada pada kau tu.” Jelas Adila.

Erin tidak menjawab. Dia mengambil kalendar di sebelahnya. Tak sangka masa begitu cepat berjalan. “Aku tak mampu untuk menghadapi ini semua.” Ujar Erin. Air matanya mula menitik.

Adila yang berada di birai katil hospital hanya mendengar dan melihat kelakuannya. Adila memberikan ruang untuk Erin agar luahkan apa sahaja yang terbuku di hatinya saat ini.

“Aku tak boleh teirma semua ni! Tak boleh!” jerit Erin sambil membaling kalendar tersebut ke lantai.

Adila yang melihat dengan pantas bangun dan memeluknya. Menggosok lembut kepalanya yang bertutup dengan tudung. Badannya yang sudah sedikit kurus itu dipeluk erat. Adila menyapu air mata yang mengalir deras di pipi kawannya itu. Sungguh berat ujian yang menimpa dirinya.

“Kau tak boleh macam ni, kau kena banyakkan bersabar.” Ujar Adila cuba memujuk Erin.

“Aku dah tak larat…” ujar Erin. Suaranya sudah serak.

“Ada satu hadith yang aku pernah baca.. “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana aku ingin mendengar rintihannya..'” Hadith Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)” pujuk Adila lagi.
Air mata Erin masih lebat mengalir, tak bisa untuk ditahankan lagi. Selama ni dia hanya bersabar, namun kali ini dia ingin sekali menangis dan meluahkan yang dia tak mampu untuk menerima semua ini. Walaupun hanya dengan tangisan. Besar sungguh dugaan yang harus dia tempuhi.

“Allah tahu kau mampu untuk pikul semua ini, Rin.” Ujar Adila lagi sambil menyeka air mata Erin.
Air matanya turut jatuh. Kawannya ini sungguh kuat menghadapi dugaan yang datang. Jika dirinya pasti tidak mampu. Semoga Allah memberikan kesembuhan padanya. Doa Adila kepada sahabatnya.

Puan Halimah yang mendengar perbualan mereka dibalik pintu, turut menitiskan air mata. Tak sangka anaknya akan menerima dugaan sebesar ini.

*****************

Erin melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik ibunya. Dari pagi tadi ibunya itu hanya terbaring di atas katil sahaja. Kelihatan pucat pada raut tua wahajnya. Puan Halimah yang melihat kelibat anak perempuannya, dia tersenyum. Dia menyuruh anaknya duduk di sebelahnya.

“Erin ada rasa sakit kepala lagi ke?” soal Puan Halimah.
Erin menggeleng. Kalau ada rasa sakit pun, apa yang boleh ibunya buat. Bukannnya penyakit dia ini boleh dipindahkan ke orang lain.

“Hari ni ibu tak larat nak buat sarapan untuk, Erin. Ibu suruh kak Su je tolong buatkan sarapan untuk Erin.” Ujar Puan Halimah. Sudah 2 hari demamnya masih belum kebah.

“Erin hanya sakit kepala. Setakat nak cari makan tu, Erin boleh buat sendiri.” Ujar Erin.

“Bu nak Erin picitkan kepala ke?” soal Erin lagi.

Puan Halimah memandang Erin dan mengangguk.

Erin memicit kepala ibunya. Memang panas badan ibunya ini. Sedang dia memicit, kepalanya pula yang sakit. Sakit, sakit dan sangat sakit, berdenyut-denyut. Dia tetap teruskan memicit, dia tidak mahu mengejutkan ibunya yang baharu sahaja melelapkan mata. Kalau dia mati masa itu juga, biarlah dia dapat melakukan sedikit pengorbanan.

*****************

Puan Halimah membuka matanya. Kepalanya yang pening itu tadi sudah beransur pulih. Dia menoleh di sebelah kirinya. Kelihatan Erin sedang tidur di situ.

“Bu..” panggil Nafis yang baharu melangkahkan kaki masuk ke dalam biliknya.

“Ingatkan ibu still tidur lagi, Afis baru ingat nak kejutkan ibu bangun solat.” Ujar Nafis.

“Ibu pun baru je bangun. Tolong kejutkan Erin tu.” Kata Puan Halimah. Puan Halimah bangun dari baringnnya dan melangkah ke kamar mandi untuk mengambil air wudhuk.

Nafis bergerak ke arah katil. “Rin.. Erin..” panggil Nafis.

“Erin.. bangun solat Zohor..” panggil Nafis lagi.

Nafis merasa sedikit pelik. Erin seperti tidak bergerak langsung. Nafis menghulurkan jarinya berdekatan
dengan hidung Erin. Tak bernafas.

Nafis mula merasa panik. Puan Halimah yang baharu keluar dari kamar mandi dipandangnya.

“Bu..” panggilnya

Puan Halimah yang merasa sedikit aneh lalu bertanya. “Kenapa, Fis?”

“Erin, bu..” ujar Nafis.

Apabila mendengar nama Erin Puan Halimah terus mendekati anak perempuannya itu.

Nafis memberi ruang kepada Puan Halimah.

“Erin… bangun sayang..” panggil Puan Halimah. “Erin!” panggil Puan Halimah lagi sambil menggoncangkan sedikit badan anaknya itu.

“Nafis… panggil ayah cepat.” Perintah Puan Halimah pada anak sulungnya itu.

Nafis melangkahkan kakinya dengan perlahan keluar dari bilik itu dan memanggil Encik Yusuf.

****************

Puan Halimah mengeluarkan satu surat dari tasnya. “Ibu ada jumpa satu surat di dalam bilik Erin.” Ujar Puan Halimah. Puan Halimah menghulurkan surat itu kepada Nafis.

Nafis mengambil surat tersebut. “Apa dia tulis dalam surat ni bu?” soal Nafis.

“Afis tolong bacakan..” ujar Puan Halimah.

Nafis membuka surat itu. Dengan perlahan dia membaca isi kandungan surat tersebut.

“Kepada sesiapa yang membaca surat ini, mungkin masa kalian membaca surat ini Erin dah tiada. Erin minta maaf terlebih dahulu. Terutama sekali pada ibu dan ayah kerana tidak dapat menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah. Maaf sebab tak menjadi anak yang sempurna untuk ibu dan ayah. Ini sajalah yang termampu Erin buat. Mungkin sampai sini sahajalah Erin menyusahkan ibu dan ayah. Maaf kalau Erin terbuat salah ke, terguris hati ke, terkasar bahasa ke yang sengaja atau tak sengaja ke. Maaf beribu maaf dipinta, ibu, ayah.

Kepada abang Nafis dan kak Su, kak Elena dan kak Elyana, Erin minta maaf juga. Erin tak dapat menjadi adik yang sempurna buat kalian. Terima kasih atas pertolongan abang dan kakak-kakak semua selama Erin hidup. Erin sayang abang dan kakak.

Kepada sahabat Erin, Adila dan Hani yang paling rapat. Sorry Dila kalau aku ada buat kau susah selama ini. Aku buat kau risau. Aku buat kau marah. Maaf sebab aku tak mampu menjadi seorang sahabat yang baik untuk kau. Begitu juga pada Hani. Maaf kalau aku tak layan kau dengan baik. Kita berkawan sampai ke syurga, aku sayang kau orang.

Banyak sebenarnya dosa Erin pada kalian. Pesanlah kepada mereka yang mengenali Erin, agar maafkan kesemuan kesalahan Erin selama ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian pada Erin selama ini. Semoga kita boleh bertemu lagi, bertemu dan tidak akan perpisah lagi.
Erin minta maaf sekali lagi. Buat semua yang mengenali Erin. Dan terutama sekali pada ibudan ayah. Erin sayang ibu dan ayah.

Salam sayang: Erin Lina.

Nafis memandang mereka semua yang berada hospital tersebut.

“Ibu dah lama maafkan, Erin. Ibu harap Erin cepat sembuh.” Ujar Puan Halimah.

Encik Yusuf, Nafis dan keluarga juga adik-adik perempuannya, Adila dan Hani yang turut berada di hospital tersebut hanya mendengar.

***************

Safiyah dan Syafinaz sangat gembira kerana dilayani oleh makcik, Elena. Safiyah dan Syafinaz sangat aktif dan lasak.

Syafinaz lebih rapat dengan  Elena dan Erin. Elyana tidak berapa manja dengan anak-anak buahnya kerana semasa kelahiran anak buah kembarnya itu dia sedang berada di UK melanjutkan pelajaran di sana. Apabila tiba di Malaysia anak-anak buahnya itu sudah semakin besar, anak-anak buahnya sedikit janggal apabila bersama dengannya.

“Dahlah tu Elena, Elyana.. mari masuk dulu kita minum.” Panggil Puan Halimah.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

Safiyah dan Syafinaz duduk di pangkuan mamanya. “Safi dan finaz main apa dengan auntie Ele dan auntie Yana?” tanya Suhailah kepada anak-anaknya tersebut.

“Main keretapi.” Jawab Safiyah yang sedikit pelat sambil permainan keretapi berada di gemgaman tangannya. Safiyah sudah pandai bercakap berbanding Syafinaz dan Safiyah juga petah bercakap.

Mereka yang berada di situ ketawa melihat keletah anak kecil berdua itu.

Erin yang turut berada di situ juga terhibur.

“Erin macam mana sekarang, dah okey?” soal Elyana.

Erin memandang kakaknya itu. “Alhamdulillah..” jawabnya sepatah.

“Doktor cakap dia dah makin sembuh.. syukur alhamdulillah.” Ujar Puan Halimah.

“Tak sangka ya, Erin yang masa tu dah level dua.. dan sekarang kansernya itu dah semakin sembuh. Tak sangka kan.” Ujar Nafis.

“Kuasa Allah, bang.” Sambung Suhailah.

Mereka hanya tersenyum dan mengangguk setuju.

“Jika Allah sudah berkehendak, segala-galanya boleh berubah sekelip mata sahaja.” Ujar Erin. Mereka mengangguk membenarkan kata-kata Erin itu.

Selepas kejadian dia pengsan di bilik ibunya itu, dia koma beberapa hari. Dan apabila dia terjaga, dia seperti tidak sakit apa-apa. Ibu dan ahli keluarga tidak mempercayai dengan keajaiban ini tetapi inilah yang Allah takdirkan. Inilah suratan takdirNya untuk Erin Lina.

Beribu kesyukuran dipanjatkan ke atasNya, kerana mengambalikan kesihatannya seperti sedia kala.
Erin memandang muka ahli keluarganya satu persatu. Dan mulai sekarang aku kena bertekad untuk membantu keluarga dan juga agama tercinta aku ini. Walaupun sikit tapi bukan hasil yang menjadi tumpuan Allah, yang penting natijahnya itu. sekaranglah masa yang sesuai untuk mengajak anak muda masa kini di jalan yang betul. Kerana suratan kasihNya, aku bangkit untuk berubah kerananya. Kata hati Erin Lina sambil tersenyum sendiri.
                                                    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum.. alhamdulillah cerpen pertama saya dapat juga di publishkan di sini.. terima kasih sudi membaca. Segala nasihat akan saya terima. Semoga bermanfaat. :)

pageviews