status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

January 18, 2012

menanti di barzakh..

Ku merintih.. aku menangis..
Ku meratap.. aku mengharap..
Ku meminta dihidupkan semula.. agar dapat kembali ke dunia nyata..

Perjalanan hidup melengkapi sebuah kembara..
Singgah dirahim bonda sebelum menjejak ke dunia..
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar..

Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya.
Tanah yang basah berwarna merah.. semerah mawar dan jugak rindu.. tujuh langkah pun baru berlalu seusai talqin mendendang syahdu..
Tenang dan damai dipusaraku.. nisan batu menjadi tugu..
Namun tak siapa pun tahu resah penantian ku..
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian.. seakan ku dengari tagis mereka yang ku tinggalkan..

Kehidupan disini bukan suatu khayalan.. tetapi ia sebenar kejadian..

Kembali roh kembali.. kembalilah kedalam diri.. sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi..
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku..
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu..

Ajal yang datang dimuka pintu..
Tiada siapa yang memberi tahu..
Tiada siapa pun dapat hindari..
Tiada siapa yang terkecuali..

Lemah jemari nafas terhenti.. tidak tergambar sakitnya mati.
Cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi..
Jantung berdegup kencang, menantikan malaikat datang..
Mengigil ketakutan gelap pekat dipandangan..

Selama ini diceritakan kini aku merasakan.. Di alam barzakh jasad dikebumikan..

No comments:

Post a Comment

pageviews