status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

April 12, 2012

Berusaha. Berusaha dan terus berusaha.


Sumber google

Itu tindakkan saya setiap hari. Berusaha, berusaha dan berusaha. Orang selalu melihat saya hanya duduk goyang kaki sahaja seperti tiada kerja yang hendak dilakukan. Tetapi mereka tidak tahu yang saya berusaha mati-matian untuk meneruskan kehidupan walaupun hanya menyiarkan penulisan saya di blog sahaja. Siang berganti malam, malam berganti siang saya berusaha untuk menulis walaupun hanya sepatah perkataan. Tetapi ada sesetengah manusia yang tidak pernah nak menghargai usaha saya. Tidak mengapalah itu hak mereka.

Setiap hari saya mencuba mengerah otak dan perasaan untuk menulis. Bukan menulis untuk sesuatu cerita yang kosong, tetapi menulis sesuatu yang dapat menampung amalan saya setelah saya mati nanti dan dapat mengajak orang ke arah kebaikan. Cukuplah yang membacanya hanya seorang dua atau ahli keluarga saya sahaja. Asalkan mereka mengamalkan apa yang baik dari penulisan saya itu. Mungkin dengan seorang dua itu sahaja boleh merebak ke tiga, empat, lima dan enam orang. InsyaAllah.

Bukan pengikut yang penting tetapi ilmu yang saya cuba untuk sampaikan itu dipraktikkan sebaiknya sehingga akhir hayatnya. Agar bila saya sudah tiada nanti pahala dapat sampai ke saya kerana mengajar orang perkara yang baik. Penulisan kita juga adalah sahamnya walaupun kita telah tiada.

Menjadi seorang penulis ini senang sahaja. Cuma perlu menaip. Senang bukan? Tetapi sebenarnya tidak. Kita kena reka 
                                                            Klimaks
 

                                                                                    Peleraian

Aksi Menaik

                        Konflik


Permulaan
                                      
Sekarang anda rasa susah atau senang? Senang bagi yang dah lama menulis dan mampu untuk menulis. Susah bagi orang yang baharu hendak menulis dan yang menulis bukan dengan sia-sia sahaja. Bagi saya yang untuk berdakwah melalui penulisan ini (insyaAllah) tidaklah begitu mudah. Kena ada ilmu. Walaupun mahu menulis tentang cinta, kita kena ada ilmu dan pengalaman tentang cinta. Begitulah saya. Pesan mak saya yang tercinta "Kita boleh dapat idea untuk menulis ini apabila ada pengalaman dari hidup kita."

Cerita saya tak menarik? Tak apa saya cuba yang terbaik asalkan ada teguran. Teguran itu kadang-kala menjatuhkan semangat saya. Maklumlah saya ini manusia biasa. Apa entah lagi yang baharu setahun menceburi bidang penulisan ini. Masih lagi mentah. Tetapi disebabkan nasihat kedua ibu bapa dan sahabat-sahabat saya yang ingin melihat karya-karya diterbitkan, saya bangkit semula semangat itu.

Suka untuk saya nyatakan 2 ayat dari ayat-ayat cinta Allah:- Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah Al-Insyirah 59: 5-6)

Pesanan saya pada diri dan kepada mereka yang baharu menjinak-jinakkan diri untuk menulis, yang sudah pun menulis dan akan diterbitkan. Saya harap cerita yang cuba disampaikan itu bermanfaat untuk kita dan untuk pembaca-pembaca kita. Jangan mudah berputus asa dengan teguran yang boleh membaiki penulisan kita.

Akhir kata.. semoga penulisan saya tidak menghampakan pembaca-pembaca. ^^

No comments:

Post a Comment

pageviews