status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

April 21, 2012

Keseorangan? Bagi saya, tidak.

Picture by: Google

Tekanan melanda lagi diri ini, untuk yang entah ke berapa kalinya.
Bila stress kita akan rasa murung, marah dan sebagainya.
Kalau saya, saya akan menangis dekat Allah di tengah malam. Tetapi bukan bangun waktu sepertiga malam.
Saya menangis sahaja di depan Allah. Sambil baring dan menyesali segala perbuatan saya.
Menangis sesungguh-sungguhnya! Luahkan segala-galanya. Dan sambil itu juga saya membayangkan Allah sedang menatap muka saya sambil kasihani saya.

Walaupun ketenangannya bagi saya hanya pada malam itu sahaja. Tetapi cukuplah untuk kepuasan saya pada malam itu. Tetapi pada keesokkan harinya dugaan terus datang kepada saya.
Saya terfikir, Allah memberikan kita ujian ini bukanlah untuk melemahkan kita. Tetapi untuk mendekatkan lagi kita dengan Dia.

Dan saya cuba pujuk diri saya dengan ayat-ayat cinta Allah. Saya baca surah Al-Hadid yang bermaksud surah besi.

Alhamdulillah, selepas membaca surah Al-Hadid itu saya rasa bersemangat semula.
Dan untuk mengelak dari diri saya terus melanda kesedihan, saya akan membaca surah Al-Baqarah, agar Allah melindungi saya dari terus 'lemas' dengan kesedihan.

Bila rasa keseorangan ada juga saya fikir untuk menghabiskan masa dengan kawan atau keluar shopping dan sebagainya. Tetapi kesibukkan kawan-kawan saya, membuatkan saya tak boleh menghabiskan masa dengan mereka.

Akhirnya saya kembali pada Allah. Minta pada Dia. Hanya Dia yang boleh bantu saya.
Lepas tu saya 'jatuh' kembali dengan 'keseorangan'. Bila saya dah tahu apa yang perlu dibuat bila rasa keseorangan, kosong dan sebagainya. Saya paksa diri saya untuk meluahkan kepada Allah. Luah, luah dan luah. Sebenarnya kita tidak keseorangan. Kita selalu ada Dia. Kalau rasa kosong, periksa balik hati anda.

4 comments:

  1. "Kalau rasa kosong, periksa balik hati anda"

    akak suke kate2 tu..indah:)

    ReplyDelete
  2. Risau kalau hati ini kosong..
    semoga kita istiqomah meriksa hati kita :)

    ReplyDelete
  3. suka dngn cara2 tersebut. saya baru je sedar saya tidak keseorangan walaupun setiap masa saya meminta pada dia. mungkin sebab mata tak nmpk Allah, so saya rasa saya keseorangan. saya lupa Allah sentiasa berada disisi hambanya...terima kasih atas peringatan....suka sangt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ienaa - sama-sama, Alhamdulillah kalau entri ini memberi peringatan pada ienaa. :) Terima kasih ya sebab sudi meluangkan masa membaca entri saya ni! :) Selamat hari raya.. :)

      Delete

pageviews