status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

April 29, 2012

tiada tajuk lagi bab 2


Bab 2

Hari ini dia begitu sibuk. Begitu  ramai pesakit hari ini yang datang, musim sakit agaknya. Satu-per-satu pesakitnya datang untuk diperiksa. Dia berlalu keluar dari ruangan rawatannya itu untuk makan tengah hari.

“Doktor Faris!” panggil seseorang dari belakangnya.

Faris dapat mengagak siapa yang memanggilnya. Dia berpaling. Dah agak dah. “Eh doktor Elina. Ada apa ya?” tanya Faris pada rakan sekerjanya itu.

“Saje tegur doktor. Doktor dah lunch?” tanya doktor Elina pula sambil memberikan senyuman pada Faris.

Doktor Elina rakannya yang bersama-sama semasa menuntut di Universiti dan menyambung pengajiannya di luar negara sejak 5 tahun yang lalu.

Faris memandang Elina yang berbaju kurung itu. “Dah.. baru je saya lunch tadi.” Jawabnya  teragak-agak.

“Ya ke ni? Ke doktor saje nak lari dari saya?” teka Elina tersenyum kecil.

Memang tepatlah tekaan Elina itu. Sebenarnya dari Universiti dahulu Elina asyik mengejarnya sahaja. Sudah banyak kali dia beritahu, yang dia tiada hati dengan Elina Rahim. Tapi Elina bertekad untuk mendekati dirinya juga. Selagi Faris tidak berpunya, selagi itu Elina mengejarnya.

“Doktor Elina. Banyak kali saya dah bagitahu awak, yang saya ni tak suka dekat awak. Jadi tolong jangan kejar-kejar saya macam ni.” Pinta Faris.

Walaupun sakit untuk diterima kata-kata Faris itu, Elina tetap senyum.

“Tapi saya ikhlas cintakan awak Faris.” Luah Elina sambil memandang muka lelaki yang dicintainya itu.

Faris menjadi geli-geliman pula mendengar perkataan yang keluar dari mulut Elina itu.
“Ini bukan masalah ikhlas ke tak, Ina. Ini masalah hati dan perasaan. ” Jelas Faris.

“Tapi apa kurangnya saya, Ris? Kalau ada yang kurang dari saya, bagitahu saya supaya saya dapat memperbaiki kekurangan saya tu.” Ujar Elina.

“Awak tak ada kekurangan apa pun. Sikit pun tak. Saya memang tak ada perasaan suka ke apa ke dekat awak, memang tak ada. So please stop chasing me.” Ujar Faris lagi dan berlalu pergi meninggalkan Elina di situ.

Elina hanya memandang langkah Faris meninggalkan tempat itu. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam ruangannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kau kenapa Ris? Macam ada masalah negara je aku tengok.” Tegur Hilmi dari belakang sambil menepuk
lembut belakang Fairs. Hilmi duduk di depan Faris dan meletakkan segelas cawan di atas meja.

Faris mengeluh kecil. “Si doktor Elina tu. Dia.. isy..” dia berdecit.

“Kenapa dengan dia?” tanya Hilmi masih memandang kawannya itu dan menyandar malas di kerusi itu.

“Kau tahukan, dari dulu sampai sekarang dia masih terkejar-kejarkan aku. Aku tak sukalah, rimas.” Kata Faris. Dia melempaskan pandangannya ke arah lain.

“Relakslah. Siapa yang tak tergila-gilakan orang handsome macam kau ni. Kaya pula tu macam dia. Kalau tak silap aku dah 5 tahun dia tunggu kau, kan?” kata Hilmi pula sambil tertawa kecil.

“Eh, helo. Kalau nak diikutkan, keluarga dia lagi kaya dari aku. Lagi pun yang kaya tu mak dan ayah aku, bukannya aku. Ha’ah dah lima tahun dia duk terkejar-kejarkan aku. Tak reti penat ke dia tu? Dah tahu kita tak suka dia, buat apa nak terkejar-kejarkan lagi?” kata Faris sambil menggelengkan kepalanya, sebal pula hatinya apabila mengenangkan hal itu.

Hilmi mengjongketkan bahunya. “Maybe selagi kau tak berpunya, selagi tu dia akan kejar kau. So sila mencari isteri untuk mengelakkan diri dari dikejar-kejar lagi.” Cadang Hilmi sambil ketawa.

Faris mengeluh. Macam mana orang seperti doktor Elina yang cantik itu sanggup tunggu dirinya? Dan sanggup berkerja dengannya, sedangkan keluarga Elina itu lebih kaya darinya. Masih ada lagi lelaki yang setaraf dengan Elina. Kenapa mesti dia?

“Okeylah aku nak gerak dulu.” Ujar Faris setelah lama mendiamkan diri.

“Eh awalnya. Lepaklah dulu.” Kata Hilmi apabila kawan baiknya itu mula bangun.

“Ada banyak report yang aku kena check. Dan kejap lagi aku ada appoinment dengan pesakit.” Jawab Faris.

“Yalah.. doktorkan, of course 24 jam sibuk je, kan?” kata Hilmi sambil tertawa kecil.

Faris tergelak kecil. “Eh.. kau pun apa kurangnya. Doktor juga, kan?” ujar Faris pula sambil memberikan senyuman pada kawannya itu.

Hilmi tersenyum kecil lalu bangun dari duduknya. “Baiklah doktor Faris Amir bin Farouk.” Kata Hilmi seperti mengangkat tabik. “Dah jomlah.” Sambung Hilmi lagi sambil bangun dari duduknya. Mereka berjalan beriringan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Elina menyandarkan badannya di sofa itu. Sesekali dia meraup mukanya.

“Macam manalah aku nak dapatkan dia ni. Patut ke aku mengalah je setelah 5 tahun aku tunggu dia. Kalau aku mengalah sekarang, sia-sia jelah aku tunggu dia selama ni.” Ujar Elina sendiri di ruangannya itu.

Sudah acap kali dia memberitahu Faris yang dia sangat cintakan lelaki itu, tetapi Faris tetap dengan keputusanya. Elina mengeluh.

“Ya Allah, adakah mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku?” monolog Elina sendirian. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini ButCaf SNQ menerima pelanggan yang cukup ramai, seperti pasar borong pula. Tak menang tangan pekerja ButCaf. Qalisya turun padang untuk menolong mereka. Waktu rehat mereka terpaksa beroperasi kerana tiap kali pelanggan lain keluar, ada pula yang masuk. Waktu solat mereka akan berehat seketika.

Qalisya memberikan senyuman pada pelanggan terakhirnya. “Terima kasih, sila datang lagi.” Katanya pada seorang wanita.

Wanita itu turut membalas senyumannya, dan berlalu keluar dari butiknya itu.

Baharu sahaja Qalisya ingin keluar dari kaunter pembayaran di butiknnya itu, ada seorang wanita muda masuk ke dalam butiknya. Dengan rela hati dia menerima pelanggan itu. Dia memberikan senyuman pada wanita muda itu apabila wanita muda itu berhenti di depannya.

“Boleh saya bantu?” tanya Qalisya penuh lemah lembut.

“Saya nak jumpa dengan pemilik ButCaf SNQ ni, dia ada?” tanya wanita muda itu dan membalas senyuman Qalisya.

Qalisya mengerutkan sedikit dahinya dan masih memberikan senyuman. “Dia ada, ada buat temu janji?”

“Tak ada pula. Boleh saya jumpa dengan dia?” pinta wanita itu lagi.

“Maaf ya, kalau boleh saya tahu.. kenapa cik nak berjumpa dengan dia?” tanya Qalisya.

“Saya kawan lama dia.. banyak kali dah saya datang sini. Tapi selalu saje dia tak ada.” Kata wanita muda itu jujur.

Makin berkerut dahi Qalisya. Kawan? Dah lama tak jumpa? Qalisya masih berfikir dan mengingat kembali kawan-kawannya yang dulu.

“Nama cik?” tanya Qalisya.

Kali ini wanita muda itu pula yang berkerut dahi apabila banyak soalan yang diajukan oleh Qalisya.
“Mardiya.” Jawabnya ringkas.

Qalisya sedikit tercegang dan tersenyum apabila mendengar nama itu. “DAM ke?” soalnya lagi.

“Ya. DAM.” Jawab wanita itu.

Qalisya tergelak kecil dan kemudian dia menarik nafasnya.
“Sayalah pemilik ButCaf SNQ ni.” Jawabnya dan tersenyum.

Mardiya membulatkan matanya. “Serius? Siti Nur Qalisya Abdullah?” tanya Mardiya.

Qalisya mengangguk dan berjalan keluar dari kaunter itu. Mereka bersalaman dan berpelukkan. Sudah hampir 6 tahun tidak berjumpa. Bermacam-macam perasaan yang hadir ketika ini. Mereka meleraikan pelukkan. Qalisya mengajaknya untuk masuk ke dalam pejabatnya agar lebih senang untuk berbual dengan lebih lama lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ya Allah.. rindunya pada sahabat aku ni. Enam tahun tak jumpa. Mana kau menghilang, hah?” tanya Qalisya terharu.

Mardiya menggoyangkan jari telunjuknya di depan muka kawannnya itu. “No. Bukan aku yang menghilang, tapi kau.” Kata Mardiya pula.

“Eh kenapa aku pula? Enam tahun yang lalu kau kata kau pergi bercuti dengan famili kau, lepas tu diam macam tu je.” Luahnya. Sebak pula hatinya apabila menggenang kembali akan hal itu.

Mardiya menarik nafasnya terlebih dahulu. “Memang aku pergi bercuti, tapi dalam pada bercuti tu nenek aku meninggal. Aku rapat dengan nenek aku.. aku sedih sangat dan asyik teringatkan dia je, ayah aku suruh sambung belajar dekat London agar tak sedih terus.” Jawabnya sedikit sayu lalu menundukkan kepalanya.

Qalisya bangun lalu duduk di sebelahnya dan menggengam erat tangan sahabatnya itu. “Takziah buat keluarga kau.” Ucap Qalisya sambil memberikan senyuman. Sambung Qalisya lagi. “Kau ambil kos apa kat sana?”

“Aku ambil kos perubatan. Kenapa kau tak cari aku? Aku hantar e-mel kenapa kau tak balas? Sampai hati kau tak balas.” Kata Mardiya sambil menarik muka manjanya itu.

Qalisya memandang Mardiya yang sedikit sebanyak telah merubah penampilan dan wataknya. Ainul Mardiya, dia dahulunya seorang berpenampilan biasa, masih mengekalkan imej bertudungnya itu. Dan Ainul Mardiya dulunya dia seorang yang happy go luky. Tetapi sekarang kelihatannya seperti tidak lagi.

“Wah.. kawan aku dah jadi doktorlah sekarang?” tanya Qalisya.

“Belum lagi. InsyaAllah besok baru aku jadi doktor betul-betul. Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kau tak cari aku dan tak balas e-mel aku?” soal Mardiya lagi.

Sorrylah.. aku terlupa e-mel dengan password aku, teruk betul aku ni. Aku buat baru tapi sayang aku tak ingat e-mel kau pula.” Jawbanya jujur. “Aku ada juga try call kau tapi tak dapat, lepas tu aku sibuk menguruskan butik aku ni yang baru ditubuhkan masa tu.” Sambungnya lagi.

Mardiya mengangguk faham. Dia terlupa seketika tentang syarikat kawannya yang sekarang ini. “Tahniah sebab kau berjaya dalam perniagaan. Makin maju aku tengok. Maknanya selepas aku pergi kau terus buka buktilah, macam tu?” soal Mardiya sambil memberikan lagi senyuman pada kawan lamanya itu.

“Ha’ah. Tapi aku cuba juga telefon kau, tak dapat pun.” Ujar Qalisya

“Nombor aku rosak. Tak sempat nak beli nombor baru. Kat sana pun aku betul-betul sibuk. Aku balik Malaysia pun paling lama, dua hari atau tiga hari macam tu.” Terang Mardiya.

“Bolehlah aku dapat diskaun bila nak kahwin nanti.” Ujar Mardiya lagi sambil tersengih-sengih.

Qalisya tertawa mendengar permintaan kawannya itu. “Kahwin? Dah ada calon ke?” soalnya sambil terjongket keningnya dua kali.

“Calon tak ada lagi pun.” Jawab Mardiya tersimpul malu.

“Oh ya, macam mana kau boleh cari aku kat sini? Sebab kalau tak silap aku kau tak tahu alamat penuh rumah aku pun, kan?” soal Qalisya. Musykil juga. Selama mereka berkawan sejak di bangku sekolah menengah lagi, Mardiya pernah bertandang ke rumahnya dua atau tiga kali sahaja. Tetapi itu pun Mardiya tidak berapa ingat alamat rumahnya. Dan Qalisya pula tidak pernah bertandang ke rumah Mardiya. Pelik, bukan? Tapi serius, memang dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah kawan baiknya itu.

“Aku saje search nama kau kat google, sekali keluar nama website syarikat ButCaf SNQ Sendirian Berhad ni. Aku check-check jumpa gambar kau kat situ, dan alamat butik kau ni. Bila datang butik kau, kau selalu tak ada. Hari ni baru dapat jumpa kau.” Jelas Mardiya tersenyum-senyum.

“Sejak akhir-akhir ni memang aku sibuk sikit. Tapi kenapa tadi kau macam buat-buat tak kenal aku je?” soal Qalisya lagi sambil terjongket keningnya.

“Saje je nak gurau dengan kau. Lama tak jumpa kau, rindu!” kata Mardiya lagi sambil tersengih-sengih. Mardiya memeluk sahabatnya itu. Mardiya merasa seakan airmatanya jatuh. Dengan cepat dia menyeka air matanya itu.

Qalisya membalas pelukkan sahabatnya itu. “Lah janganlah nangis, nanti aku pula yang nangis. Sekarang kan kita dah jumpa. Hujung minggu ni datanglah rumah aku.” Kata Qalisya sambil menggosok lembut belakang badan kawannya itu.

Mardiya tergelak kecil dan mengangguk. “Okey, insyaAllah.” Balasnya.

Pintu dikuak dari luar. Qalisya dan Mardiya yang terkejut itu meleraikan pelukkan.

“Erk.. sorry.” Ujar Fatin apabila masuk ke dalam bilik itu dan melihat keadaan mereka.

It’s okay. Masuklah.” Pelawa Qalisya, kemudian dia memperkenalkan kawannya itu kepada Fatin.

Fatin dan Mardiya bersalaman.

“Oh.. jadi ini DAM yang selalu datang cari kau tu?” Kata Fatin.

Mardiya tertawa kecil dan mengangguk. “Susah betul nak jumpa dia sekarang. Maklum jelah dah jadi businesswoman lah katakan..” kata Mardiya.

“Eleh.. dia tu doktor lagilah susah nak jumpakan.” Kata Qalisya pula sambil tersengih-sengih..

Kata-kata Qalisya itu memecahkan tawa Mardiya di ruangan itu.

Fatin hanya melihat kemesraan mereka. Terbit rasa cemburu di hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menghempaskan badannya ke atas katil. Penatnya masih lagi terasa. Fatin mengambil majalah yang berada di tepi katilnya. Dia membelek sehelai demi helaian. Tiada apa yang menarik.

Fikirannya kembali melayang semasa di dalam pejabat Qalisya tengah hari tadi. Kenapa dia harus merasa cemburu dengan kemesraan dan keakraban mereka? Bukannya dia tidak pernah bermesraan sebegitu rupa. Tetapi kenapa mesti perasaan itu datang?

Fatin meraup mukanya. “Macam pasangan kekasih pulak, jealous macam ni.” Ujar Fatin sendirian sambil tersengih kecil.

Fatin menarik selimutnya hingga ke paras perutnya dan merebahkan kepala ke atas bantal. Dan melelapkan matanya yang semakin layu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awal pagi di hujung minggu itu Mardiya dan Fatin diundang oleh keluarga Qalisya untuk mengeeratkan lagi hubungan mereka. Banyak yang dibualkan oleh mereka. Perasaan gembira, terserlah di wajah Qalisya. 

Mereka bertiga menghabiskan masa bersama dengan keluar bersiar-siar bersama di sekitar Kuala Lumpur.
Makan malam mereka dijamu dengan nasi lemak yang dimasak oleh Puan Qistina.

“Buat susah-susahkan aunty je.” Kata Mardiya apabila dijemput makan oleh Puan Qistina.

Puan Qistina hanya tersenyum. “Tak susah mana pun. Sekali-sekala je bukan selalu pun.” Kata Puan Qistina sambil duduk di sebelah Qalisya.

Mardiya hanya memberikan senyuman. “Papa dan abang kau tak makan sekali ke Kelly?” tanya Mardiya apabila melihat hanya mereka sahaja yang berada di meja makan.

Puan Qistina menundukkan kepalanya.

“Papa dah lama meninggal dunia sis.” Sampuk Syamil yang baharu menyertai mereka di meja makan itu.

Mardiya sedikit terkejut dan memandang muka mereka anak-beranak itu. “Innalillah.. takziah.” Kata Mardiya.

Puan Qistina tersenyum. “Terima kasih. Eh marilah makan, Fatin, Diya.” Pelawa Puan Qistina lalu mencedukkan nasi ke dalam pinggan mereka. “Kenapa Mardiya dan Fatin tak ajak keluarga datang sekali?” tanya Puan Qistina.

“Ibu  jaga ayah kat rumah. Ayah tak berapa sihat. Kak Aida dia masih belajar, dia baru je balik Perak semalam.”  Jelas Mardiya sambil memberikan senyuman pada wanita itu.

Puan Qistina mengangguk dan memandang Fatin pula. “Fatin, mak sihat? Kenapa tak ajak mak Fatin datang sekali?”

Fatin memandang Puan Qistina pula. “Alhamdulillah, mak sihat. Dia pergi umrah. Keluar dari hospital je, terus dia pergi.” Jawab Fatin.

“Oh. Eh, jemputlah makan.” Pelawa Puan Qistina. Merka mula menjamu selera yang dimasak oleh Puan Qistina.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Alhamdulillah… sedap sangat mama kau masak tadi.” Ujar Mardiya.

Mereka melangkah keluar dari rumah itu. Qalisya menepuk lembut bahu kawannya itu. “Tengoklah mama siapa?” kata Qalisya sambil terjongket kening kirinya.

Mardiya tersenyum kecil. “Maaflah.. kalau selama kita berkawan ni, aku banyak sakitkan hati kau ke.” Kata Mardiya lagi.

“Aku tak pernah ambil hati punlah. Walaupun dulu kita selalu gaduh, tapi aku dah maafkan kau. Jangan risaulah.” Jawab Qalisya pula sambil meleparkan senyuman pada sahabatnya itu.

Mereka senyap seketika. Mardiya memandang muka Qalisya yang berkulit sedikit putih itu. Sekarang Qalisya sudah tinggi sedikit darinya nak dibandingkan dengan dulu dan semakin cantik.

“Setiap hari aku selalu berdoa, agar ukhuwah yang terjalin di antara kita hingga ke akhirat sana. Dan aku tak kan lupakan kau.” Kata Mardiya.

Qalisya senyum melebar. “Aku pun nak minta maaf kalau selalu menyusahkan kau ke apa ke.” Ujar Qalisya lagi sambil menundukkan mukanya ke bawah. Malu. Kerana sudah banyak rasanya kesalahannya dengan kawannya yang satu itu.

Mardiya menepuk lembut belakang Qalisya.

“Dahlah.. aku ajak kau datang sini pun sebab nak merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin. Aku dah tak nak ingat kisah lama. Yang lalu bairkan berlalu. Jalani kehidupan yang berada di depan mata kita sekarang ni.” Nasihat Qalisya pada Mardiya. “Oh ya.. kenapa kau guna nama DAM?” tanya Qalisya.

Mardiya tergelak kecil. “Sebenarnya ada seorang budak kecil pesakit aku yang aku rawat kat London dulu, dia tak berapa nak ingat nama aku.. jadi dia panggil dengan nama DAM. Sehingga hari ni aku kenalkan pada pesakit aku kat sana dengan panggilan DAM. Dan mungkin kat sini aku akan guna panggilan yang sama.” Jawabnya sedikit malu.

“Oh. Tempat kerja kau kat mana?” tanya Qalisya lagi. Selama satu hari ini dia tidak berkesempatan untuk menanya lebih lanjut tentang kehidupan kawannya itu, kerana baginya biarlah waktu tadi itu dihabiskan dengan bersiar-siar untuk melepaskan rindu.

“Kat Ampang. Kebetulan pejabat dan butik kau dekat sekitar situ juga, kan?” tanya Mardiya.

“Ha’ah. Nanti selalulah singgah butik aku yang tak seberapa tu.” Kata Qalisya lagi sambil tersimpul malu.

“Eleh kau, tak seberapa konon. Aku tengok bukan main cantik lagi. Siap ada mini kafe dalam tu.” Puji Mardiya sambil tertawa kecil.

Qalisya tersengih-sengih. Ada jugalah seorang pelanggannya dulu mengatakan, butiknya itu cantik dan agak lain dari yang lain.

“Kau still tinggal kat Batu Caves tu, kan?” tanya Qalisya pula.

“Ha’ah. Jemputlah datang. Eh.. okeylah aku balik dulu.. nanti bising pula ibu aku tu. Lagi pun esok aku dah mula kerja.” Ujar Mardiya sambil berjalan ke arah keretanya yang di parkirkan di depan rumah kawannya itu.

“Kesian.. tak apalah macam nilah kalau dah jadi doktor. Berkorban untuk orang, banyak pahalanya tu. Being a doctor for ummah, okey. InsyaAllah ada masa aku datang.” Kata Qalisya sambil membuntuti kawannya itu.

Mardiya tersenyum.

“Jaga diri.” Ujar Qalisya sambil bersalaman dengan Qalisya.

“Kau pun.” Kata Mardiya pula, kemudian Mardiya masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Setelah hilang kelibat kereta kawannya itu, Qalisya menoleh ke belakang. Dia mengetap bibir. Dia melihat Fatin sudah berdiri lama di pintu rumahnya. Bagaimana dia boleh terlupa akan kehadiran Fatin sedari tadi? Dia datang ke arah Fatin. Dia memaut lengan Fatin. Jika orang melihat mereka seperti itu mesti orang akan berfikir yang mereka itu lesbian. Kerana terlampau akrab.

Fatin membiarkan sahaja perbuatannya itu.

“Kak Fatiin, sorry… tak patut  adik Kelly tinggalkan kak Fatin seorang kat sini.” Kata Qalisya pada Fatin sambil mukanya tersenyum-senyum.

Fatin memukul lembut tangan Qalisya. “Hep! Aku tak nak dengar lagi panggilan kak tu dari mulut kau. Terasa macam aku ni terlampau tua pula. Padahal tua setahun je dari kau.” Jawab Fatin sambil menarik sedikit muka masamnya itu.

Qalisya tergelak kecil dengan kata-kata Fatin itu.

“Tak apalah, Kelly. Aku faham, kau dah lama tak jumpa dia. Aku kena bagi ruang juga pada kau orang berdua.” Jawabnya. Sejujurnya dia sedikit cemburu melihat kemesraan mereka itu tadi, dia cuba untuk faham keadaan mereka yang sudah lama tak jumpa. Tetapi dia hanya manusia biasa, perasaan cemburu itu tak akan pernah lepas dari hati manusia seperti dia. Tetapi kegembiraan yang terselah di wajah Qalisya sangat berbeza apabila dengannya

“Okeylah. Aku nak balik.” Ujar Fatin.

“Lah awalnya. Baru pukul 9. Tidur jelah kat sini, rumah kau kat Putrajaya tu jauhlah. Tak elok anak dara balik malam-malam, jauh pula tu. Lagi pun rumah kau tak ada sesiapa. Kan?” Kata Kelly.

Fatin tidak menjawab terus pelawaan kawannya itu. “Okey!” jawab Fatin setelah lama berfikir.

“Yeay! Sayang kau!” Ujar Qalisya. Sungguh teruja apabila pelawaannya itu diterima baik oleh kawan baiknya itu. Kebetulan pula dia tiada adik-beradik perempuan, hanya ada kakak ipar. Itu pun sebulan sekali sahaja bertemu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mardiya membelokkan keretanya masuk ke dalam kawasan rumahnya. Dia keluar dari perut keretanya. Kemudian dia membuka pintu rumahnya menggunakan kunci pendua. Ainul melangkahkan kakinya. Lampu rumahnya tiba-tiba menyala.
“Baru balik DAM?” sapa Puan Maznah.

“Eh dam ular!” latahnya. Mardiya menutup mulutnya. Sudah lama dia tidak melatah, tiba-tiba sahaja hari ni keluar latahnya yang tak berapa nak melatah itu.

“Hai.. doktor pun boleh melatah ya?” kata Puan Maznah lagi tersenyum-senyum.

Mardiya ternsengih-sengih. Dia bergerak ke sofa. “Doktor pun manusia bu..” jawabnya sambil menghempaskan badannya ke atas sofa.

“Yalah DAM. Keluarga kawan Diya tu macam mana, okey?” tanya Puan Maznah sambil duduk di sebelah anak bongsunya. Baharu sekarang dia ingin mengetahui serba sedikit tentang kawan anaknya itu, selama ini dia hanya tahu nama sahaja. Dia sendiri pun tidak pernah pergi ke rumah kawan anak bongsunya itu.

“Alhamdulillah.. mama dia baik, adik dia pun baik. Papa dia dah lama dah tak ada, yang ada kat meja makan tu pun, dia orang bertiga dan seorang kawan dia.” Jawabnya jujur. “Oh ya, mama dia kirim salam kat ibu. Dia kata nanti datanglah lagi, dan ajak sekeluarga sekali.” Sambungnya.

“Walaikumussalam.. dia dua beradik je?” soal Puan Maznah lagi.

Mardiya menggeleng. “Tiga orang. Abang dia melanjutkan pelajarannya di Australia dengan isteri dia.” Jawabnya.

“Siapa nama mama dia?” soal Puan Maznah yang ingin mengenali ibu kepada kawan anaknya itu lebih lanjut.

Aunty Qistina.” Jawabnya. “Okeylah, bu. Diya naik atas dulu.” Katanya.

Puan Maznah mengangguk dan menghulurkan tangannya pada anak bongsunya itu.

Good night.” Kata Mardiya.

Good night.” Jawab Puan Maznah.

Kemudian Mardiya berlalu naik ke atas. Dalam hati dia masih memikirkan nama yang baharu sahaja anaknya menyebut.

Qistina. Macam pernah aku dengar nama tu, tapi kat mana ya? Fikir Puan Maznah.

No comments:

Post a Comment

pageviews