status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 6, 2012

Kawan di alam siber? Boleh percaya ke?

     Sumber Google
   
     Kali ni nak buat kisah saya dan kawan di alam siber pulala.
Mula-mula berkenalan dengan dia di Myspace, dia 'add' saya dahulu,
kami ta'aruf. Selepas itu dia minta nombor handphone saya.
Saya bagi,
sebab saya nak merapatkan lagi ukhwah yang terjalin dalam tempoh beberapa jam sahaja.
(Tapi ingat, jangan bagi sesuuka hati.
Check betul-betul, siapa dengan kita berkawan.)

     Selepas itu saya buat akaun Facebook,
kami berhubung melalui Facebook dan mesej sehingga kini.
Berhubung, berhubung dan terus berhubung.

Setelah 3 tahun terjalin ukhuwah kami.
Kami luaskan hubungan kami dengan perjumpaan.
Mula-mula kami rancang nak jumpa hujung minggu,
tapi selalui je diantara kami ada hal.
Postpone, postpone dan postpone.

     Mungkin Allah mengizikan kami bersahabat,
kami berjumpa tanpa dirancang.
Dia call, kata nak jumpa. Kebetulan saya pada masa itu
berada di luar bersama famili.

     Saya minta izin dari abah saya untuk tolong hantar saya berjumpa dengannya,
dan abah saya dengan senang hati menghantar saya,
dan menunggu sehingga kawan saya tu sampai.

Jumpa dia sorang-sorang ke?

     Ya, sorang-sorang.

Tak takut ke?

Takutlah jugak. Dalam hati, saya terus, terus dan terus berdoa,
agar dia baik seperti yang saya jangkakan.

     1st place tempat kami berjumpa di Perpustakaan Negara. (PN)
Duduk di blok utama.
Dan berjalan-jalan di bahagian pinjaman dewasa, di blok belakang.

     Alhamdulillah, dia baik sangat orangnya, peramah dan pemurah.
Banyak yang kami bualkan.
Bila nak balik mak dan ayahnya hantarkan saya balik.
Oh ya, abang dia pun ada sekali.

     Mak dia berta'aruf dengan ta'aruf yang sebenar-benarnya dengan saya.
Kenapa saya cakap macam tu?
Ekceli, mak dia tanya pelbagai soalan.
Dari soalan adik-beradik berapa orang, sudah bekerja ke atau masih bersekolah.

     Mak dan abah kerja di mana.
Umur berapa. Nak listkan di sini panjang kot.
(Orang pun tak nak baca, hehe.)

     Ekceli tak kisah pun nak tanya banyak mana,
sebab itu hak dia. Dia mesti nak tahu dengan siapa anak dia berkawan.

     Kalau saya pun nanti akan bertanya macam tu jugak,
pada kawan anak saya nanti.

     Alhamdulillah penerimaan dia ke atas saya dan keluarga saya baik,
begitu juga keluarga saya.
Especially, my mother.
Mak sangat jaga perhubungan di alam siber ini.

     Walaupun pada mulanya,
mak tak percaya dengan kawan internet ini.
Dan sekarang pun mak masih tak percaya.
Tapi setelah berjumpa secara mengejut pada hari itu,
hendak tak hendak mak izinkan jugala jumpa dengan dia.
Tahnks a lot, mum <3

     Oh, ya.
Mak dan ayahnya,
mak dan abah saya.
Mereka belum pernah bertemu sesama sendiri.

     Entah bila nak jumpa pun saya sendiri tak tahu,
masa raya tahun lepas.. dia ada mengajak datang ke rumah ada Open House,
tapi macam biasa, mak abah saya banyak terima Open House. Huhuhu.
Tak berkesempatan nak jumpa.

     Sebelum perjumpaan kami buat kali pertamanya,
macam-macam fitnah menimpa saya,
dan sedikit ada 'goncangan' dengan persahabatan kami.

     Apa jadi?
Tunggu.

-----> Sebelum decide apa-apa,
saya sangat anjurkan mintalah izin Ibu Bapa kita terlebih dahulu.
Tanpa keizinan mereka, sesuatu itu takkan berlaku dengan lancar.
Seperti kisah saya ini,
sebelum ni saya hanya rancang tanpa beritahu Mak dan Abah saya.
Kami tak boleh nak berjumpala, itula, inila. Macam-Macam.

Tapi, Alhamdulillah. Mak dan Abah izinkan.
Hari tu berjalan dengan tenang sekali.

Saya harap anda dapat pengajarannya dari kisah saya yang tak seberapa ini.

No comments:

Post a Comment

pageviews