status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 5, 2012

Kisah kami: Masih berjiran walaupun sudah berkahwin, setujukah mereka?




     Tadi pergi Sg. Buaya dekat Rawang.
Tengok rumah Mak kat situ. Rumah yang sudah 20 tahun menjadi milik Mak (rasanyala.)
Sampai je sana, tengok keadaan Sg. Buaya tu sendiri masih belum membangun.
Harap-harap, 5/10 tahun akan datang akan membangun.


     Dulu, (5/6 tahun yang lepas kot.) Saya pernah dengar kawan cakap.
Sg. Buaya ni akan membangun, dalam masa 5/10 tahun akan datang.
Bangun memanglah membangun, tapi lambat.
Tapi tak apa. Slow-slow.

     Rasanyalah, kan.
Kalau orang buka kedai kat situ untuk jangka masa 5/10 tahun akan datang,
InsyaAllah akan maju. Itu pun KALAU.


     Tapi sama-samalah kita doa, supaya cepat membangun.
Banyak kedai kosong kat itu, dan tempatnya pula luas. Walaupun agak perdalaman, huhu.
Saya sudah mula berangan-angan, ingin membuka syarikat sendiri di situ, haha. ^__^

     By the way,
now, I always love my home,
Because, my house that now very valuable. Walaupun hanya rumah Flat,
tapi harga dia dah mahal sekarang. Dengan facility yang ada sekarang.

     Okey, berbalik pada tajuk entri.
Dulu Mak saya pernah cerita dekat saya, rumah tu Mak berjiran dengan 2 kawan baik Mak.
Mak di bahagian tengah rumah mereka. Saya sekadar tersenyum.
Bestnya, sampai rumah pun berjiran walaupun sekarang dah tak berhubung.

     Masa sekolah rendah dulu, pernah juga berfikir macam tu.
Nak berjiran dengan sahabat-sahabat yang disayangi.
Tetapi setujukah mereka?

     Saya pernah tanya dekat 2 orang sahabat saya. Mereka menjawab macam ni.
“Tengoklah suami nak ke tak.
Kalau dia nak bolehlah. Kita dah kahwin nanti kena ikut suami je.
Dan yang pasti tak tinggal kat rumah sekarang ni kot, kalau dah kahwin.
Kesian Mak nak kena 'panjat' naik tingkat 4.” Jawab sahabat pertama. 

     Rumah kami Flat, 4 tingkat pula tu.
Saya hanya tersenyum. Niat hati ingin bersuara macam ni..
Tak apalah, tak kisah kat mana pun. Janji tetap berjiran dengan kau, wahai sahabatku.
Tapi sayang, hanya dapat berkata di dalam hati.
Dan kalau dia baca entri saya ni, saya ingin tahu apa pendapat dia.

     Teruk sangat ke permintaan saya ini?
Salah ke, jika saya ingin terus berada di samping dia. Tak kira dekat atau jauh.
Saya taklah sepandai dia..
sampai kena berada di samping dia 24 hours..
Saya tahu siapa saya, hanya manusia yang serba-serbi kekurangan.

     Dan jawapan kedua sahabat saya.
“Tak apa, kalau kita tak dapat nak berjiran di dunia,
InsyaAllah kita akan berjiran di akhirat kelak.”

     Selepas tu saya hanya fikir positif.
Mungkin mereka na buat saya selalu ingat mereka walaupun jauh,
doa untuk mereka dan selalu rindu akan mereka.
Begitu juga mereka.

     Tapi…
Hm.. tak apalah.
Ini pun hanya cadangan saje. Keadaan suami saya pula nanti tak tahu macam mana.
Adakah dia ingin ikut cadangan saya,
atau dia dah ada plan dia sendiri pabila sudah berumah tangga.

----> Mungkin ada baik dan buruknya jika tak jiran bersama selepas berkahwin nanti.
Wallahua'lam.
Kalau suami kami berkawan rapat tak apalah juga nak plan macam tu. :P
Doa-doakanlah! ^____^


Berkawan sampai ke Syurga!

No comments:

Post a Comment

pageviews