status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 4, 2012

Kisah kami

     Tiba-tiba jadi sedih campur gembira apabila teringat,
akan satu kisah di malam sabtu, bersama seorang sahabat baik saya.
Sangat baik dan rapat.
Pada malam tu, ada beberapa Mak long dan Pak longnya datang ke rumah dia.
Saya menolong dia melayani tetamu itu.
Dengan menolong dia membuat air sarsi dan sebagainya,
kerana pada masa tu kat rumah dia tak ada sesiapa.
Kebetulan pulak Mak long dan Pak longnya yang datang itu,
saya sangat kenal mereka, dan mereka sangat mengenali saya. So, taklah kekok sangat.

     Bila mak dan kakak dia balik,
kami bersama-sama celebrate birthday mak dia.
Ikutkan nak balik, tapi dia orang suruh saya join sekali. Saya jadi serba salah,
sebab saya tak naklah kacau dia orang sekeluarga..

     selepas sesi bergambar, kami menjamu selera.
Dia menyuruh saya duduk di sebelah Emaknya (terharu! ^^).
Then dia duduk di sebelah kanan saya.
Sempat jugak dia menyuapkan Pizza ke dalam mulut saya.
(romantik tak kami? ^_^, ekceli selalu sangat buat adengan macam tu. :P
Walaupun orang pandang serong. Tapi kami tak kesah, haha! :)

     Habis sesi makan, saya suruh dia teman saya keluar kejap nak ambil kunci rumah.
Rumah kita orang sebelah menyembelah je.
Nak pecah dinding letak pintu, then keluar masuk melalui pintu tu pun boleh. :D
Tapi Mak, Ayah kita orang tak buat macam tu, sebab takut struktur bagunan akan jadi tak stabil.

     Lepas ambil kunci rumah, entah macam mana saya dan dia duduk di kerusi luar rumah.
Kita orang berborak kejap.
Dalam pada tu dia menceritakan masalah yang dia hadapi semasa di asrama penuh.
Dia sangat stress masa cerita dekat saya tu. Kesian dia.

     Saya pujuk dia dengan kata-kata dan pemikiran yang positif.
Tiba-tiba dia asyik membetulkan bahagian depan tudungnya dan menggosok-gosok mata dia.
Dan keluar pula suara yang serak.
Dia sedang menangis.

     Saya menggosok lembut belakang badannya, memujuknya dan disapa angin sepoi-sepoi bahasa.
Sangat tenang dan damai! Masa tu hampir pukul 1 pagi.
Kebetulan tak ada orang, hanya kami berdua,
memang syok melayani perasaan ketika itu.
Dia masih meneruskan ceritanya, dan saya masih setia mendengar.

     Dalam hati, saya ikut sebak.
Saya pun nak nangis jugak bersama-sama dengan dia...
tapi saya tahan, tak nak bagi air mata itu jatuh.
Sebab?
Kerana biarlah tak menunjuk kepadanya. Hanya Allah sahaja yang Tahu.
Beberapa minit selepas tu, kami masuk ke dalam rumah.

     Pukul 1.30 pagi, kami keluar semula, duduk depan rumah.
Kami meneruskan lagi stori-mori kami.
Kami berborak pula soal agama. Nak borak dalam rumah, segan pula. :D
Sebab ada Mak Long dan Pak Longnya di ruang tamu.
Di dalam bilik, ada orang tengah tidur. Tak naklah kacau.

     Pukul 2.30 pagi, kami masuk. Mata dia betul-betul nampak dah mengantuk.

----> Tidak perlu tercari-cari sahabat sejati kerana yang dikatakan sejati itu ia akan datang sendiri. Dia akan datang untuk berkongsi rasa, membantu menyeka air mata, meminjamkan bahunya dan selalu menyayangi kita tanpa bersyarat. Kita akan berasa aman tika bersamanya dan akan mengingatinya di dalam setiap doa kita.

     Walaupun dia duduk kat asrama,
dan berjumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau cuti.
Namun alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin sejak 17 tahun selama ni,
tetap segar dan harum.

     Tapi sayang, saya tak berkesempatan nak bertadarus dengan dia.
Sebab pertemuan kami hanya 1 hari setengah.
Huhu. Nangis! Rindu dia. (MW)

No comments:

Post a Comment

pageviews