status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

March 8, 2013

SMIP

Assalamu'alaikum...

Ada orang tak? hihih.. harap-harap adalah orang yang menyinggah dan membaca ya, hihi.
Alah, tak penting pun! Sekadar coretan ringkas. :)

Semalam saya teman kakak saya pergi SMIP (Sekolah Menengah Islam Puchong). Amek sijil SPM dia.
Sampai sahaja di Puchong, saya lihat jam. Hampir pukul 11. Pergi pukul 10 pagi. Kira biasalah 1 jam dari KL-Puchong. (take note)

Mata saya masih lagi lekat kat luar tingkap kereta. Melihat suasana kawasan Puchong. Saja meluaskan pemandangan, kikiki.

Sebelum sampai kawasan sekolah, saya melihat pula kawasan perumah yang ada di situ. Kali ni kena betul-betul ingat kawasan sekitar situ.
Kami pun menyusuri lorong kecik, yang menuju ke dalam kawasan sekolah.

Alhamdulillah, sekolah itu masih dalam kondisi yang baik. Harap akan bertambah baik, dan melahirkan anak-anak murid yang berwibawa dan menyebarkan ajaran Islam. :)

Mesti tertanya-tanyakan, kenapa saya cerita perihal SMIP ni?
Hihi.. actually saya tulis ni pun untuk satu nota biasa saje, hihi.

Sebab e-novel pertama saya, watak hero dan heroinnya bersekolah di situ.. ^_^
So, kalau saya sambung balik menulis cerita tu, bolehlah rujuk background sekolah tu dalam entri saya kali ni. :) Kira satu injo lah.

Sekolah tu sangat menitikberatkan pergaulan antara lelaki dan wanita. Juga menitikberatkan soal agama, of courselah agama, dah nama Sekolah Menengah Islam, haha.. :p

Tapi selebihnya, saya kurang tahu berkenaan sekolah ni. Walaupun kakak saya bekas pelajar sekolah tersebut, namun tak banyak yang dapat dikongsikan bersama.. :(

Oh ya, bagi saya sekolah ni nampak unik dan lain dari yang lain.

Masuk saja kawasan sekolah tersebut, kita akan nampak sebuah rumah (pemilik tuan tanah).
Depan sikit lagi, belah kanan ada kelas dan sebelah dia lagi surau.dan kantin, masa saya datang kelmarin, ramai pelajar lelaki yang ada kelas pada hari tu, peliknya perempuan tak nampak pulak.

Bagunan tu hanya ada 3 kelas, depan bagunan yang bertentangan ada sebuah bagunan lagi, 2 tingkat.
Bahagian bawah bilik guru, tepi tu rumah ustaz/ustazah yang mengajar di situ.
Dalam barisan yang sama, bagunan yang sama.

Lainkan? Selama ni saya tak pernah jumpa, satu bagunan 2 tingkat, bawah bilik guru, rumah tenaga pengajar dan bahagian atas ada lagi beberapa buah kelas. Pertama kali saya jumpa.

Dan di bahagian dalam lagi belah kanan selepas surau dan kantin ada asrama perempuan.
dan belakang-belakang sana pulak asrama lelaki.

Maaf ya kalau saya salah. Bagi yang pernah atau masih belajar/mengajar di situ bolehlah perbetulkan apa yang saya tulis ni. Dan bolehlah menceritakan lebih lanjut keadaan pembelajaran di sana bagaimana.
Kakak saya pun tak sempat nak cerita. Habis belajar di sana terus sambung belajar.
Jadi sesiapa yang tahu, bolehlah kongsikan kat sini. :)

Syukran..

Sekian dari saya.
Oh, one mora thing!
Sorry, kalau apa yang saya tulis ni buat pembaca pening dan tak faham.
Saya pun ingat-ingat lupa, nak-nak lagi tengah malam macam ni *12.26am* update blog, hihi.
Menemani kakak saya buat assingment account dia tu.

Uish.. bila ntah nak habisnya.. huhu :(

Ok, selamat malam.. Eh! Selamat pagi, hihihi.. :)
Maaf sekali lagi. :)

7 comments:

  1. Salam, saya tertarik dengan penulisan awak mengenai SMIP. Saya juga merupakan seorang bekas pelajar SMIP. Bolehkah saya tahu kakak awak Batch SPM Tahun brapa?

    Untuk pengetahuan semua, SMIP memang unik dari segi apa jua aspek pun. Di situ pelajar lelaki di panggil banin, manakala perempuan pula dipanggil banat. Di SMIP kami dididik untuk menerapkan amalan dan juga perilaku islam yang sebenar.

    Pada ketika itu saya teringat lagi, di dalam kelas pelajar lelaki duduk di barisan hadapan, manakala perempuan di bahagian blakang. Segala tata susila, percakapan dan juga pandangan kami telah di ajar berlandaskan syariat oleh para pendidik SMIP, sehinggakan tiada kelihatan pelajar lelaki dan perempuan duduk bersembang, ini kerana sifat malu dan takut menyelebungi diri. Sehinggakan hari ini sifat itu masih lagi melekat di dalam diri saya.

    SMIP menyimpan seribu satu cerita, sama ada manis,pahit mahupun mistik. Saya tidak akan lupa nama SMIP mahupun sahabat2 perjuangan saya!! Syukran Jazilan ya NIRAH NADHIRAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat apa yang saudara/i katakan itu. Lupa pula saya untuk selitkan dididikan sekolah di situ. Terima kasih atas koemn saudara/i. Kakak saya batch 2011.

      Saya masih ingat nama salah seorang guru lelaki di situ, Ustaz Sobri kalau tak silap saya.

      Delete
    2. Wah.. ada sama batch larr. Apa namanye?

      Delete
  2. overalll memang ok ler ye sek tu? thinking to send my son for form 1 kat sekolah agama area kl/sngor.

    TQVM.

    http://nuhaapparels.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk info lebih mengenai SMIP bolehlah usha web ni http://sekolahmenengahislampuchong.blogspot.com/

      Delete
    2. Puan Nuha Apparels, so far saya rasa ok. Sebenarnya ok ataupun tak seseorang itu bukan bergantung pada sekolahnya saja, tapi pada didikan ibu bapa dan persekitarannya juga. :)

      Delete
    3. Overall, ok je. Cuma pricing dia larr... expensive, sikit je and structure dia pelik sikit.

      But saya bagi nasihat sikit, kalau anak tu tak minat, jgn push sgt. Sebab risau, perkara yg x patut leh jadi.

      Asah sikit2 supaya anak tu minat. Contohnye mcm keadaan umat Islam sekarang dan keadaan politik Islam kat dunia ni mcm mane (kalau tahu selok-belok politik Islam global).

      Bagi anak tu semangat supaya dia boleh ubah dunia Islam yg sekarang ni kpd yg lebih baik. Ataupun, tanam cite2 dlm diri anak tu jadi cam ulamak2 dulu (kalau lelaki) cam Ibn. Nafis, Imam Abu Hanifah dan Ibn. Sina.

      Parents play a big role dlm memupuk semangat nak belajar kat sekolah agama ni.

      Delete

pageviews