status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 16, 2014

It's Jumuah mubarokah!

Ehsan Google


Kita dipertemukan lagi dengan hari yang mulia, hari yang berkah.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Tak tahu nak cakap apa. ~sengih~

Oh ya, ada banyak masajangan lupa baca surah al-Kahfi ya.
Tak nak baca semua pun tak apa, at least baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir.

Memang agak lama nak habiskan satu surah,
merangkak-rangkak jugalah bila saya baca. ~sedih~
Harus diperbaiki lagi bacaan nampaknya.

Kadang tu rasa malu,
novel-novel yang kita baca bukan main lancar,
bukan main sejam dua je dah khatam siap dapat feel lagi, dan ingat jalan ceritanya.

Tapi bila al-Quran, Allah...
nak baca sahaja dah 'bercinta' dengan diri sendiri. ~sorok muka bawah bantal~

Tapi suka untuk saya cakap,
biarlah lambat-lambat baca al-Quran dari tak baca langsung.

~okey, sorry kalau sentap, huhu~

Boleh baca Quran online, tapi lebih afdhal ambil wudhuk, duduk elok-elok dan capai Quran poket.
Sambil-sambil tu pergilah berguru dan perbetulkan bacaan, tau.

Tapi suka untuk saya cakap
Allah ada berfirman dalam al-Quran, surah Al-Qiyamah ayat ke 16

"Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)."

Baca slow-slow, okey.

Di sini saya sertakan surah al-Kahfi, kot-kotlah ada yang nak hafal ke,
dengar atau baca saja-saja ke.
Quran Exploreratau yang ini The Noble Qur'an untuk paparan lebih jelas. :)

Agak-agak malas nak buka link tu sebab internet ibarat tempurung bawah kelapa ~ eh ~,
saya dengan senang hati nak tepek juga surah Kahfi. ~sengih~

10 ayat awal surah al-Kahfi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ












10 ayat akhir surah al-Kahfi













Sodaqallahul Azim

-NH-

---------------------------------

Alhamdulillah, sekejap je kan. ~senyum~
Pada sesiapa yang rasa ada hak milik dia yang saya terrrcopy kat sini tanpa kredit,
mohon halalkan ya. Senyum.

 1 lagi, perkara sunnah yang lain di hari Jumaat jangan lupa untuk ikut ya.

May Allah bless us.

No comments:

Post a Comment

pageviews