status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 29, 2014

Kifarah

Kredit Google


Assalamu'alaikum..

Minggu ni terasa begitu berat sangat nak laluinya.
Dengan abah saya tak berapa sihat, dari pagi asyik tidur je. Makan pun tak, bangun untuk solat je.

Abah saya sakit belakang, penyakit tu dah lama juga dihadapi oleh abah saya. Ada yang suruh cuba perubatan tradisional dengan mengurut atau bekam. Dan ada yang suruh buat pembedahan je.

Wait, operation?

Oh, no.

Ada risikonya kalau buat pembedahan ini. Ada yang kata 50/50 je kemungkinan selepas pembedahan tu.

*nangis*

Risau sangat... tak tahu nak tolong macam mana lagi. Terasa macam anak tak berguna je tak dapat nak bantu.

Hmm..

Selepas sapu krim yang diberi oleh doktor, abah saya nampak macam okey sikit.
Tapi dua hari selepas tu, abah saya jatuh demam pula.

Haih... ujian.. ujian..

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
(hadis riwayat Thabrani daripada Abu Umamah)


Sesungguhnyah Allah menimpakan ujian itu bukanlah untuk menyusahkan kita, tapi untuk mendekatkan lagi kita padaNya. Allah mahu melihat kita merayu, menangis meminta padaNya.


"Allah malu untuk tidak mengabulkan permintaan hambaNya yang mengangkat kedua tangannya dengan tulus."
(HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)



Sekarang saya pula diuji dengan sakit tekak yang teramat sakit! Dicampur dengan selsema, oh my.
Huhu..

Okey, jangan mengeluh NH.

~ NH ~

-----------------------------------

Don't be sad, okay?
Innallaha ma'ana. :)

No comments:

Post a Comment

pageviews