status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

June 9, 2014

Si comel, Damia.

Assalamu'alaikum..

Kalau ikut kalendar Masihi, akhir bulan Jun ini semua umat Islam akan menikmati 'pesta ibadah'.
Dan awal bulan Jun ini juga, aktiviti agak padat, huh.. padatlah sangat..

Khamis lepas teman kawan pergi Jln TAR, beli barang-barang keperluan si kawan tu.
Pergi pukul 11 pagi, sampai rumah pukul 1 tengah hari.

Pergh. Cepat nau. Dah tak ada apa nak dibelinya, balik le. Huhu.
Gambar pun tak sempat nak ambil, tapi pesan kawan saya tu "Kenang wajahku di fikiranmu.."
Hahaha.. ayat dia bukan main lagi ya..

Lepas tu singgah rumah dia kejap main dengan anak buah 'tak rasmi' saya, hihi.
Anak kakak dia, atau lebih tepat anak kawan saya. Sebab kakak dia pun kawan saya juga.
Senang cerita kakak dia rapat dengan kakak saya, dan saya rapat dengan dia.

Dah macam adik-beradik, kakak dia dah saya anggap macam kakak sendiri,
tapi kalau dia tak tahulah, kehkeh.



Nur Damia Syifaa. Abaikan suara ibunya itu, hahah. :P


Video terus! Hihi.. lepas cukur jambul Damia, macam-macam nama ada untuk si Damia ini..
antaranya; si ambam, si takcin (botak licin). Okey semua nama tu maksu dia panggil yakni kawan saya tu, haha. (Jangan marah ya Marlia. Peace.)

Kesian ya Damia, apalah makcu ni. Tengok macam cik De / mak De dia ni, panggil elok je, Nur Damia Syifaa.. :p
Muhahaha..

Okay, stop.

Esoknya tu Jumaat, satu hari dari pagi-malam duduk rumah dia tolong dia mengemas apa yang patut. Gosok baju, lipat baju, kemas buku-buku. Okey, tu semua adalah kerelaan diri sendiri, hihi.
(Mia tak ada, kena tinggal kat rumah pengasuh)

Sampai tak sedar yang kita orang tak makan apa lagi sepanjang hari tu, huhu.
Malam tu sempat jumpa si Mia. Hih..

Alhamdulillah, dalam penat tu dapat juga spend time dengan dia nanti lepas ni susah dah nak jumpa, huhu.
Ada FB, WA, WC etc tak semestinya dapat berhubung, kalau masa masing-masing terbatas.

Then, pagi Sabtu tu pula bertolak ke Seremban, kenduri kahwin kakak sepupu belah lelaki.
Haaa.. hari tu teruji kesabaran saya sekeluarga!

Traffic jam

Dari Bandar Baru Bangi nak ke Nilai, kenapa entah jamnya. Dekat 3 jam tersekat dekat situ je, last-last jumpa pakcik saya yang nak ke kenduri tu juga kat tengah highway tu. Dia yang gerak awal pun terkandas di situ. Selesai semua, sampai rumah lepas Isyak, memang terbaiklah.

Masa dalam kereta tu ada juga bersembang dengan mak dan abah saya pasal sakit tulang belakang.
Abah saya tak bersedia lagi untuk pembedahan, walaupun banyak cerita yang didengari, orang yang buat pembedahan ini biasanya okey lepas tu.

Tapi.. wallahua'lam..
apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Ps : to Marlia Nidzar, doakan urusan dia di UIIM PJ dipermudahkan, amiin.

Good luck, friend! Senyum.

- NH -

Ramadan nak dekat, rasa macam nak meniaga je, hihihi..
Sebelum berbisnes kena cari volunteer dulu untuk tolong-tolong angkat barang jualan di kedai. 

Anyone?

Maklum sajelah, dalam keluarga ramai perempuan, kudrat pun terbatas, abah saya memang dah tak boleh nak angkat berat, huhu.

Tapi.. nak niaga apa?


Popia nestum?
Kek coklat kukus moist?
Kek coklat? (bukan coklat cadbury ye, huhu)

(Terpanjang pulak entri ni..)

pageviews