status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

January 18, 2013

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..

huhuhu, modem internet baru di rumah saya ada masalah nak connect internet,
tak dapat nak edit e-novel.

dan, alhamdulillah.. sekarang dah ok,
saya minta maaf juga pada mereka yang menjenguk atau melihat atau apa-apa sajelah, hihi.. di page Karya saya..
e-novel dan cerpen yang ada di page itu, masih di dalam pembetulan..
jadi selagi di dalam pembetulan, saya akan tutup buat sementara waktu..

terima kasih bagi yang sudi singgah dan baca contengan-contengan di blog saya nie..
(harap2 adalah yang singgah ya, hihihi..)

what ever thats, please pray for me..
take care ya sahabat-sahabatku, take care your Iman, your Akhlak.. may Allah bless you.. :)

TabarakAllah..

January 8, 2013

Selamat berjuang...

Al-Khafi : 10

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah,
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tahun baru kembali lagi mengikut kiraan kalendar Masihi, sudah 8 hari kita melalui tahun 2013.
Adakah kehidupan kita pada tahun 2012 memberi kesan yang positif kepada diri kita?
Jika ya, alhamdulillah.
Dan jika tidak, ayuh meperbaikinya pada tahun ini!

Pada tahun ini juga, bermulalah satu cabaran baru buat kakak dan sahabat-sahabat saya,

Apa pun cabarannya, laluilah ia dengan berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
Hidup untuk mencari redha Allah, bukan redha manusia.
Jika redha manusia yang kita cari, kosonglah yang kita dapat.
Tapi jika dengan mencari redha Allah, insya-Allah berkatlah hidup kita.

Kepada diri saya sendiri,
wahai Nadhirah... selamat berjuang demi agama Allah, hihihi..

Kepada kakak saya yang baru menjejakkan kaki di Kolej, yang menganbil Akauntan tu. Study hard and study smart. "Minta mak abah untuk selalu doakan kita berjaya di dunia dan Akhirat.
Harap tetap terus cekal berada di sana.. ♥"

"Pada Ina, yang akan ambil Matriks nanti tu, jangalah lupa aku kat sini.
selitkan nama aku di setiap doa kau..
study hard and study smart. No cintan-cintun ♥
hahaha... ;)

Aku harap sebelum kau masuk Matriks tu, aku nak jumpa kau buat kali terakhir,
sebelum melepaskan kau pergi, dan entah bila akan berjumpa lagi.
Em.. mungkin 3 tahun lagi selepas tu ke, atau 5/6 tahun lagi.. wuwuwu.. :("

Dan suka untuk saya menyebut di sini :> "Marliwaty Mohd Nidzar ; study hard and study smart,
for u'r Candidates SPM!
InsyaAllah, doa kita akan selalu mengiringi marlia,
harap marlia juga sudi selitkan secebis doa buat kita.. :)

Barakallhu fik, ukhuwwah fillah Abadan Abada, bitaufiq wannajah ya Sodikoti..
bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah."
Semoga kita berkawan hingga ke SyurgaNya, Amiin! ♥

Pada dua orang sahabat baik saya ni,
doakan buat sahabatmu di sini..
pasti takkan aku melupakan korang.. huhuhu.. :'(
halalkan makan minum saya selama kita berkawan..~~

*** Jumpa lagi..... ***

January 7, 2013

"Aku nak kita jumpa kat Akhirat, pimpin tangan sama-sama masuk Syurga, insya-Allah."

Assalamu'alaikum..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Dah lama rasanya tak menulis di blog ni, kepada pembaca, semoga sihat hendaknya dan berada di dalam rahmatNya.

Baru-baru ini, saya berjumpa kawan alam cyber. Dia mengajak saya untuk berjongging bersama,
erm, first time nak pergi jongging dengan dia.

Pergi ke rumah dia dalam pukul 7 setengah pagi, sampai lebih kurang 10 minit sebelum pukul 8 pagi.
Pertama kali menjejakkan kaki di rumahnya. Banyak kali juga jumpa dia, cuma banyak kami rancang ingin berjumpa di rumah dia tapi hampa, ada saja halnya.
Dan hari itu dapat juga menjejakkan kaki di rumahnya. hihihi..

Dia ni, cantik orangnya. Tinggi, berkulit sawo matang.
Terasa kedil dirinya berdiri di sebelahnya. ^_^

Alhamdulillah, mak dan ayah dia layan saya dengan baik sekali.. ^_^
sebelum pergi jongging, kami breakfast dulu, hihihi..
sepuluh minit sebelum pukul 10am, kami bertolak ke Taman Tasik Titingwangsa.

Berjongginglah kami berlima; mak & ayah dia, abang dia.
Kami berjongging, adalah dalam 1 jam setengah.
Macam-macam yang kami bualkan.
Penat? Tak penat. Best sangat!

Dari situ, saya mendapat 1 idea untuk menulis, Alhamdulillah! ^_^
Habis saja berjongging kami pulang ke rumahnya, saja duduk lama sikit.
Kerana dia ni bukan senang nak jumpa, walaupun rumah kami tak berapa jauh, masih di daerah Gombak.

Lunch Hour

Dalam pada berborak, saya tanya dia, "Ina, kau rasa tak apa yang aku rasa?"

Jawabnya, "Tak."

saya bersuara lagi, "Aku laparlah..."

Jawabnya lagi, "Haah, aku pun tengah lapar tahan gaban ni!"

Pecah juga ketawa kami.
Lepas itu, pergilah dua orang sahabat ke kedai Bakery, yang tidak jauh dari rumah. Berlindunglah kami di bawah payung yang besar, cuaca amat panas masa tu.
Ada lah kami beli 2 keping roti yang berlainan.

Sampai rumah, letak bungkusan kat atas meja,
pergi dapur, tolong dia angkat 2 cawan, 2 pinggan, 1 sudu dan 1 paket air milo sejuk,
bawak naik ke bilik dia, pasang aircond 16°C! Huhuhu..
ok tang pasang aircond suhu yang paling rendah tu dia yang buat, bukan saya.. :p

Apa tunggu lagi, buat milo, basuh tangan, baca bismillah dan ngap!
Kenyang, I, u! hihihi..

Peristiwa yang tak boleh dilupakan apabila, ayah dia panggil dia untuk turun, dan saya di dalam bilik.
Dalam 2 jam lebih macam tu, dia masuk balik dalam bilik dengan berkata, "Sorry Nady, aku tertidur dalam bilik mak aku." Sambil memamai lagi.

Hahahaha.. "It's okay." Jawab saya sambil tersenyum ke arahnya.
Sempat lagi ya dia tidur, haha.. :)

Sudahlah saya kesejukkan seorang diri di bilik tu, last-last off aircond, on kipas.
Bila dah lama sangat tunggu dia tak masuk lagi, nak on balik aircond, tapi disebabkan saya tak berapa reti
nak guna jenis aircond kat rumah dia tu,
so saya decide on jelah kipas. Bersyukur dengan apa yang ada. :)

Petang tu, kami turun untuk makan makanan yang dibeli mak ayah dia,
nasi putih dengan lauk masakan Minang. Not bad.

Dan perasaan saya apabila dipaksa oleh dia, untuk menangkap gambar bersama bunga pink!
Huhuhu.. sedih! :p bunga tu cantik, tapi si modelnya tak suka pink.. hihihi..
jadi huru-hara gambarnya.. :p

Bunga Pink nilah yang saya maksudkan.. hihi pink ya bukan purple..

Pada waktu malam pula, kami bersiap-saip untuk menghantar saya pulang. Berbekalkan makanan yang diberi oleh mak dia. Banyak sungguh makanannya!
Huhuhu.. sayu rasanya hati ini saat mahu pulang.

Sampai saja di rumah saya, saya minta untuk dia ikut saya dan tunggu sebentar.
Saya masuk ke dalam rumah, dan keluar beberapa saat selepas itu sambil menghulurkan sebungkus plastik kepada dia. Dan dia mengambilnya. :)

Oh ya! Dia ada bagi cincin silver berbentuk Love,
sangat cantik! Gambar di atas tulah cincinnya! :)

Ini mesejnya

Saya selalu sedih sebab tak selalu dapat jumpa dia, kemudian saya teringat kata-katanya di inbox FB saya;
"Kalau tak selalu jumpa kat dunia takpe. Aku nak kita jumpa kat Akhirat, pimpin tangan same2 masuk Syurga, insya-Allah."

Terus tersenyum apabila membaca mesej itu. :)



---> To Rozila Sharina Sha'ari; Thanks to be my friend since 2010 till Hereafter and Jannah, thanks cause accept my shortcomings. Terima kasih atas layanan kau dan keluarga kau, sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian, maaf kalau aku ada menyusahkan,
dan halalkan makan minum aku selama kita berkawan.~

Im very sorry, if I had made mistake. Barakallhu fik (semoga Allah memberkatimu), ukhuwwah fillah Abadan Abada (persahabatan kerana Allah), bitaufiq wannajah ya Sodikoti (semoga mencapai kejayaan sahabatku)
Jumpa lagi nanti, tak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak (sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya dan mengesat air mata. )


*** menitik juga air mata ini... ***

pageviews