status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 16, 2013

Happy birthday & teacher's day

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah,
segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan saya meminjam lagi nyawa ini pada ulangtahun kelahiran saya yang ke.. dot dot dot, hihihi.

Syukur pada Allah atas kurniaanNya pada saya selama hidup saya ini, dia menghadiahkan saya Mak, Abah, adik-beradik, kawan-kawan, sedara-mara dan sebagainya yang baik! :)

Kepada Mak dan Abah yang telah menjaga dan membesarkan saya penuh dengan kasih sayang mereka, atas izin Allah. <3 Love them of lot!

Ehsan Google
Selamat hari guru,
terutama sekali buat Mak dan Abah yang telah mengajar saya sejak sedari kecil hinggalah kini. ~senyum~

Terima kasih ya Allah atas segala pemberianMu yang tak terhingga! <3

Sekejap aje masa berlalu
bertambahnya umur kita, bertambahlah amanah dalam kehidupan kita dan semakin dekat menemu Sang Pencipta.

Berapa umur kita sekarang?
Apa yang telah kita sumbangkan?
Adakah sudah disumbangkan pada Islam?

Semoga kita semua dapat menyumbangkan sesuata untuk Islam.
Anda pandai menulis, tulis yang membawa mesej Islam.

Paling senang ialah, akhlak.
Jaga akhlak, agar Islam nampak indah dan cantik. :)

--- > Uwaa tak sangka lagi beberapa tahun akan menginjak ke awal 20-an!
Dah boleh kahwin nie, hihih.
Mak pun asyik cakap pasal kahwin je. ~oh tidak~

InsyaAllah, 5/6 tahun lagi, kih kih kih.

Apa-apa pun nak belajar dulu, kerja, bila dah boleh sara hidup diri dan Mak Abah, barulah fikir pasal kahwin, wewee. Hihih..
Eh, hari-hari adalah hari seorang pelajar, okey.

'
'
'
'
v

Rindu pada kawan-kawan!
Semoga kehidupan mereka diredhai Allah.
Begitu juga buat anda yang membaca entri saya ini. <3

pageviews