status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

June 16, 2013

Kesihatan sangat penting untuk ibadah kita sebagai orang Islam.

Assalamu’alaikum, Alhamdulillah.. selesai juga kelas agama yang saya hadiri selama dua hari ini, dengan kakak sulung saya. Dari 7 pagi dah bangun, prepare untuk ke Sentul bagi menghadiri majlis ilmu.
Banyak pelajaran, pengalaman dan kawan baru yang saya perolehi di sana.
Bila hadiri majlis ilmu, dan merapati orang yang lebih berpengalamn dari kita, kita akan merasa betapa ceteknya ilmu kita, dan betapa luasnya ilmu Allah SWT itu.
Ibarat luasnya air di lautan, apabila kita mencelupkan jari kita ke dalamnya dan menarik kembali jari kita dan air yang melekat di jari kita itulah ilmu kita. Betapa sikitnya. SubhanAllah.
Pelajaran 2 hari itu dirasakan tidak cukup. Betapa happynya dapat mencatit ilmu dari orang-orang yang berpengalaman dan bukan calang-calang orang juga yang saya jumpa itu. Tapi bukan status orang itu yang saya nak ceritakan di sini.
Saya nak cakap, bila hari minggu tak ada benda nak buat, ajaklah keluarga kita, sahabat kita sesekali pergi majlis ilmu. Dengar ceramh di TV, radio, Youtube itu tidak cukup. Lebih menarik kalau kita dapat pergi dan tanya lebih lanjut berkenaan dunia dan akhirat. Isilah masa yang terluang kita itu dengan perkara yang lebih bermanfat.
Apa yang saya dapat sepanjang 2 hari di Sentul?
Ok, ini berkenaan dengan kesihatan. Siapa nak jaga kesihatan dan kurus insyaAllah boleh cuba.
Pengambilan makanan yang seimbang; protein, buah-buahan, sayur-sayuran, kabohidrat dan bijirin.
Seimbangkan pegambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
Kurangkan makanan yang berminyak dan manis. Kalau boleh makanan berminyak itu ambil 2 kali seminggu sahaja.
Kurangkan garam, garam boleh menyebabkan darah tinggi kalau tak jaga kuantiti pengambilannya.
Budu, kaya dengan Zat Besi untuk menghidupkan kulit-kulit mati. (I like budu!)
Cili pula ada bahan kimia di dalamnya, kebaikannya boleh mereleasekan tension. Tapi keburukannya boleh menyebabkan Appendix. Jaga-jaga. Kalau stress, mengadulah pada Allah terlebih dahulu.
Sumber : Google

Buah anggur pula ada asid folik (anggur hijau rasanya), baik untuk mencukupkan saraf-saraf kita, baik untuk ibu mengundang. Tapi seingat saya ibu yang mengandung tak boleh ambil kuantiti yang berlebihan, apa sebabnya saya terlupa. Makan terlalu banyak buah pun tak berapa elok, boleh menyebabkan perut kembung, wallahua’lam.

Air Horliicks,
ada 48 pisang, 3 gram bayam iaitu zat besi, 55 gelas susu dan bijirin. Sangat baik. Dah dekat nak puasa ni, berkempenlah horlicks nanti, hihi.

Sumber : Google
Gaya Hidup Sihat (GHS)
Menjaga persekitaran tempat tinggal dan tempat kerja.
Jauhi dadah, rokok dan arak. (Tambahan) jauhi sumber pendapatan yang haram, untuk menjaga keimanan kita kepada Allah SWT.
Senaman minima 20-30 minit, 3 kali seminggu.
--------------------------------------------------------------

Inilah salah satu perkara yang saya berlajar selama menuntut ilmu di Sentul semalam dan hari ini. Macam-macam, yang dibincangkan. Ada hal agama, akademik, kesihatan dsb. Kalau rasa was-was dengan penyampai saya ni, rujuklah doktor, ya.

Apa-apa pun mulakan dengan doa, usaha, ilmu dan tawakal. Mintalah pada Allah yang Maha Memberi. Kesihatan sangat penting untuk kehidupan kita, kalau sakit ibadah kita kepada Allah juga terbatas, nak-nak lagi yang sakit kronik. So, be careful starting now.
Yang dah sakit tu, ikut nasihat doktor. InsyaAllah boleh sembuh. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semakin kuat agama seseorang itu,
semakin sihat seseorang itu.

Amalkan asas kerohanian yang baik dan solat 5 waktu.


Ok, terlebih panjang pulak.

pageviews