status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

July 27, 2011

Selamat menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak

Assalammualaikum w.b.t ... :)
Ramdhan tinggal 3 hari saja lagi , sudah ka habis ganti puasa tahun lepas ( bagi wanita ) ?
harap semua nya suda siap stand by for Ramadhan Al-Mubarak ^___^ *wink2 tak saba nya nka puasa
harap puasa tahun ni lebih baik dari puasa sebelum ini ^___^



Petikan kuliah Ustaz Zahazan:

- Amalan-amalan yang sangat digalakkan dalam bulan Ramadhan:

1) Puasa dengan bersungguh-sungguh - bukan sekadar tahan lapar dan dahaga, tapi juga menjaga pancaindera dan hati dari melakukan dosa yg dapat menghapuskan pahala puasa.

2)Qiyam sedaya upaya yg mampu (solat tarawih, tahajud, hajat, etc)

3) Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan merenungi maknanya.
- Ramadhan adalah bulan Al-Quran

4)Banyakkan sedeqah walaupun sedikit.

5) Menaja orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar.
-bila kita memberi makan org berbuka puasa, kita dapat pahala puasanya tidak kurang walau sedikit pun.




Pada suatu hari, Abdullah bin Umar bertanya kepada Nabi, “Ya Rasulullah, berapakah waktu untuk membaca Al Qur’an?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bacalah Al- Qur’an itu pada satu bulan”.

Abdullah bin Umar berkata, ”Sesungguhnya saya mampu kurang dari itu (sebulan)”.

Demikianlah terus menerus Abdullah bin Umar bertanya kepada Nabi karena merasa masih punya kemampuan untuk mengkhatamkan Al Qur’an secara lebih singkat sehingga pada akhirnya beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Maka bacalah Al-Qur’an itu dalam satu minggu, dan janganlah kurang dari seminggu itu” (dari hadits riwayat Imam Nawawi)…

Pada riwayat lain (dari hadits riwayat Abu Daud) disebutkan ketika Abdullah bin Umar berkata, “Sesungguhnya aku bisa lebih kuat dari itu” maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Bacalah olehmu pada tiga hari”…


So, apa kata kalau kita cuba untuk praktikkan mulai sekarang? nak tak? tak kisah lah sikit atau banyak.. tapi mudah-mudahan menambahkan iman n menguatkan rasa cinta kita pada Allah... insyaAllah^_~

1; Alquran 1 juzu'=20 muka surat>> 1 solat fardhu kita baca 4 muka surat.. insyaAllah, 5 solat fardhu, kita boleh habis satu juzu'... ^_~

2;solat sunat 8 rakaat>> 
a) ramadhan nanti, dah start solat terawih... rebut2 untuk bertemu Allah jom~

b)sunat ba'diah & qabliah:
--b4 subuh= 2rakaat
--b4 & after zohor= 4 rakaat
--before asar= 2 rakaat
--after maghrib= 2 rakaat
--b4 & after isyak= 4 rakaat
dah 14 rakaat dah.. boleh pilih mana2 yang mampu...

c)kalau nak lagi bagus, kita tambah lagi>>

--tgh rehat2 pagi tu, amek wudhuk, solat dhuha= 2rakaat
--bangun pagi awal sikit.. solat tahajud dulu, pastu masuk waktu dah boleh solat subuh... tahajud= 2rakaat.. nanti bulan puasa lagi senang nak bangun sebelum subuh, ambil masa sebelum masuk waktu subuh untuk tahajud... insyaAllah

ana nak mengajak diri ana, juga sahabat2... sama-sama tingkatkan amal, biar sebelum ramadhan kita dah terbiasa dengan amalan2 supaya semasa ramadhan kita tak liat untuk beribadat... jangan tinggal puasa ye ^___^ kalau tak nanti tak boleh raya..

July 20, 2011

Fadhilat di sebalik rukun solat

Assalam'ualaikum w.b.t :) ...Alhamdulillah masih berkesempat untuk mengupdate di blog , maaf kalau ada salah & silap sila perbetulan kan. Alhamdulillah walaupun tak berapa sihat but still nak update ilmu yang ada di dada untuk di kongsi kan buat semua. :) Doakan saya agar saya dapat menyiapkan manuskrip saya dan cepat sembuh agar boleh kembali menjalani rutin harian , may Allah bless us :)

mari baca dan hayati fadhilat di sebalik rukun solat...




1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A , Rasulullah S.A.W bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!" 

solat lah kamu, sebelum kamu di solat kan

akhir kata dari saya, anda buat anda dapat. Wa'laikumussalam w.b.t :)

Aurat wanita ( beza antara jilbab, khimar, dan hijab )



Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting yang mempunyai maksud berbeza iaitu:
Jilbab (Al-Ahzab: 59)
Hijab (Surah al-Nur)
Khimar (Surah al-Nur: 31)

Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel Bebaskan Keliru, Sebarkan Cinta-Mu

"Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh."

Qasdi               : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.
Ummu Qasdi   : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.
            Qasdi               : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam
                                    memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia
                                    ajaran Islam atau hanya tradisi?
            Ummu Qasdi   : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga
                                    di minda anak-anak gadis yang lain.
Ummu Qasdi   : Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Qasdi               : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.
Ummu Qasdi   : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.
Qasdi               : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.
Ummu Qasdi   :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.
Qasdi               : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?
Ummu Qasdi   : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.
Qasdi               : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.
Ummu Qasdi   : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.
Qasdi               : Sila jelaskan hujah awak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud,“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’” Surah al-Ahzab, ayat 59.
QasdI              : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayatma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.
Qasdi               :Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?
Ummu Qasdi   : Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan persamaan secara mutlak.
Qasdi               :Kenapa?        
Ummu Qasdi   :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?
Qasdi               : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Ummu Qasdi   : Bijak!  
Qasdi               : Terus...                     
Ummu Qasdi   : Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas melahirkan itu diletakkan kepada wanita.
Qasdi               : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?
Ummu Qasdi   : Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur? Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?
Qasdi               :Berbalik pada soal hijab...
Ummu Qasdi   : Hijab atau jilbab?
Qasdi               : Bukankah ia sama?
Ummu Qasdi   : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dankhimar. Jilbab lebih spesifik.
Qasdi               :Jilbab dan khimar?
Ummu Qasdi   : Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama sedunia (a’lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah syariat.
Qasdi               :Khimar pula?
Ummu Qasdi: Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.
Qasdi               : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat? Adakah sempurna auratnya ditutup?
Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.
Qasdi               : Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.
Ummu Qasdi   :Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.


July 19, 2011

Surat dari anak mak yang dah tak nakal


Credti to iluvislam.com ^^

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
kalau dia buat baik, aku pun akan buat baik... kalau dia buat jahat kat aku, aku pun akan buat benda sama... Sedangkan Nabi S.A.W berkata sebaliknya.

"Do not be people without minds of your own, saying that if others treat you well you will treat them well and that if they do wrong you will do wrong. But (instead) accustom yourselves to do good if people do good and not to do wrong if they do evil." Prophet Muhammad (s) as reported in Al-Tirmidhi, Hadith 1325. 

July 17, 2011

Kehidupan yang sederhana

Assalammualaikum W.B.T... mari lah meluangkan masa beberapa minit :)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:"Kezuhudan merupakan pertaruhan bagi seorang mukmin." Baginda s.a.w. pernah berkata:"Allah s.w.t. telah menawarkan kepadaku hendak menukarkan bukit-bukau diMekah menjadi emas tetapi aku menadahkan tangan ku kepadaNya sambil berkata:"Ya Allah, aku suka makan pada satu hari dan berlapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuriMu apabila kenyang."




Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w. tinggal berseorangan dalam sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda s.a.w..

Apabila Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedang duduk termenung dan kesedihan jelas terbayang diwajah mereka. Meninggalkan mereka,Umar r.a.hu berjalan pula kerumah anaknya Hafsah yang menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah menangis-nangis didalam biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis? Bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"


Kemudian dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olihnya beberapa orang sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk bersama-sama sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia bangun lalu berjalan kearah bilik Nabi Muhammad s.a.w. yang terletak ditingkat atas masjid itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang menduduki tangga bilik itu. Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah katapun sebagai menjawab permintaannya. Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat beberapa kali dan hanya pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan dia naik. Apabila ia masuk, ia dapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar yang diperbuat daripada daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan berbekas dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.

Umar r.a.hu bercerita:

"Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan menceraikan isteri-isteri Tuan?" Bagimda s.a.w. menafikan perkara itu. Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"Ya Rasulullah, kita kaum Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu. Selepas itu saya memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu tidak ada sesuatu apa pun. Saya lalu menangis. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya menjawab:"Betapa tidak, Ya Rasulullah, saya sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan Tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini. Semuga Allah s.w.t. mengurniakan Tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. 

Orang-orang Parsi dan Rumawi yang tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja yang mewah. Mereka hidup ditaman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah s.w.t. hidup didalam keadaan serba miskin."

Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad s.a.w.. sedang bersandar dibantal, Baginda s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan berkata:"Wahai Umar, nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup senang dan mewah, keadaan akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan menikmati segala-galanya."Mendengar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya berasa kesal lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal ini."


Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aishah mengenai tikar bantal Nabi Muhammad s.a.w. Jawab Aishah:"Ianya terdiri dari sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit-kulit pohon tamar." Soalan yang sama dikemukakan kepada Hafshah. Dia menjawab:"Ianya terdiri dari sehelai kain tarpal yang dilipat dua. Pada suatu hari, untuk memberi keselesaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.saya telah menghamparkan kain itu berlipat empat. Pada esok paginya itu Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Apakah yang awak hamparkan untuk saya malam tadi?" Saya menjawab:"Kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Nabi Muhammad s.a.w.berkata:"Lipatkannya seperti dahulu. Keselesaan yang bertambah itu akan menghalangkan Tahajjud."

Bumi akan menjadi saksi

Assalammualaikum W.B.T...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat
Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Hasad dengki dan iri hati

Assalammualaikum .W.B.T...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
marilah meluangkan masa beberapa minit :)

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
  • Buruk sangka
  • Hasad dengki
  • Takut sial kerana sesuatu


Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:
  • Risau hati yang tak putus-putus
  • Bala yang tidak berpahala
  • Tercela yang tidak baik
  • Dimurka Allah s.w.t.
  • Tertutup padanya pintu taufiq
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud."

Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:
  • Pemerintah kerana zalim
  • Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
  • Kepala desa kerana sombong
  • Pedagang kerana kianat
  • Orang dusun kerana kebodohan
  • Ahli ilmu kerana hasud
Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).
Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud
kepada orang yang akan masuk keneraka?"

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:
  • Orang yang makan haram
  • Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)

  • Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin
Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:
  • Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)

  • Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.
    Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini
Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:
  • Jika bertemu harus diberi salam
  • Jika mengundang harus didatangi
  • Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)
  • Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah
  • Jika sakit harus diziarah

  • Jika mati harus dihantar jenazahnya
Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya.

Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat.

Demikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:
  • Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
  • Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
  • Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
  • Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

  • Dia membantu kepada iblis laknatullah
Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

Sabar menghadapi bala dan kesukaran

Assalammualaikum W.B.T... 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dimasa lampau ada dua orang mukmin dan kafir, keduanya pergi untuk memancing ikan. Si kafir jika akan mengangkat jalanya menyebut nama berhalanya, maka ia mendapat ikan yang banyak sedang si Mukmin jika akan mengangkat jalanya menyebut nama Allah s.w.t. tetapi tidak mendapat apa-apa. Apabila hari telah hampir maghrib baru mendapat ikan dan ketika diangkat tiba-tiba ikan itu bergerak-gerak dan jatuh kedalam air kembali, maka kembali siMukmin tidak membawa apa-apa sedangkan si kafir penuh jalanya dengan ikan. Maka menyesal



Malaikat yang menjaga siMukmin itu dan ketika ia naik kelangit, Allah s.w.t. memperlihatkan kepada Malaikat itu tempat yang disediakan oleh Allah s.w.t. untuk si Mukmin dalam syurga sehingga Malaikat itu berkata: "Demi Allah tidak bererti (tidak apa-apa) penderitaannya didunia jika kelak ia akan mendapat ini." Juga diperlihatkan tempat sikafir dalam neraka, maka Malaikat itu berkata: "Demi Allah tidak berguna apa yang ia dapat daripada dunia, jika kelak ia akan kembali kesini."
Pada hari kiamat Allah s.w.t. akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:
  • Menolak alasan orang-orang kaya dengan nabi Sulaiman a.s. Jika sikaya berkata: "Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab: "Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakan dari iabdat."
  • Jika hamba sahaya berkata: "Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah s.w.t. menjawab: "Yusuf a.s. menjadi hamba sahaya 
    tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat."
  • Jika si miskin berkata: "Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah s.w.t. menjawab: "Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s. tetapi Isa a.s. tidak terhalang untuk melakukan ibadat."

  • Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub a.s. Jika sisakit berkata: "Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat." Maka Allah s.w.t. menjawab: "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s. tetapi ia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu."
Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan disisi Allah s.w.t. pada hari kiamat. Orang-orang solihin senang dengan penyakit dan kesukaran itu kerana menjadi penebus dosa.

Abud Dardaa' r.a. berkata: "Orang tidak suka kemiskinan dan saya suka dan tidak suka mati dan saya suka dan tidak suka penyakit dan saya suka. Saya suka penyakit kerana menjadi penebus dosa-dosaku dan aku miskin sebab menyebabkan tawadduk kepada Allah s.w.t. dan suka mati kerana rindu kepada Allah s.w.t.

Ibn Mas'ud r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam yang mendapatkannya maka ia telah mencapai kebaikan dunia akhirat iaitu:
  • Ridha pada qadha' dan takdir
  • Ssabar atas bala ujian
  • Berdoa diwaktu senang
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang sedang berbaring, maka ia bertanya: "Sakit apakah, ya Rasulullah?" jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Al-Khamashu (lapar)." Maka menangislah orang itu, lalu keluar untuk bekerja membantu orang yang menimba air dengan upah kurma, kemudian ia kembali ketempat Nabi Muhammad s.a.w. untuk memberi kurma itu. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya rasa engkau tidak membuat ini melainkan kerana engkau cinta kepadaku?' Jawab orang itu: "Benar, demi Allah s.w.t. saya cinta kepadamu.' Sabda Nabi Muhammad s.a.w. 'Jika engkau benar-benar cinta kepadaku maka siapkan untuk menghadapi ujian bala itu baju yang tebal sebab bala lebih cepat datangnya kepada orang yang cinta kepadaku lebih daripada datngnya air bah dari atas bukit kedalam jurang.'

Uqbah bin Amir r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 'Jika engkau melihat seseorang diberi Allah s.w.t. semua hajatnya padahal ia tetap berbuat maksiat, maka ketahuilah bahawa itu istidraj (dilulu)." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. membaca ayat (yang bermaksud): "Dan ketika mereka telah melupakan apa yang diajar oleh Allah, Kami bukakan bagi mereka semua pintu kepentingannya sehingga mereka telah gembira dan bangga dengan apa yang mereka dapat. Kami ambil mereka secara mendadak, tiba-tiba mereka melongo (putus harapan)." (Surah Al-An'aam ayat 44)

Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. ditanya: "Siapakah manusia yang sangat berat ujiannya (balanya)" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Para Nabi kemudian orang-orang shalihin, kemudian orang yang serupa dan yang dibawanya."

Tiga macam termasuk dalam perbendaharaan taat iaitu:
  • Menyembunyikan sedekah
  • Menyembunyikan penyakit
  • Menyembunyikan bala musibah
Wahb bin Munabbih berkata: "Saya telah mencatat dari kitab seorang dari hawariyin : Jika ditimpa kepadamu bala maka senangkan hatimu sebab engkau telah dijalankan dijalanan para Nabi dan Solihin dan jika engkau diberikan kepadamu kesenangan maka menangislah sebab engkau telah dijalankan dijalanan yang berlawanan dengan jalan yang dijalani oleh para Nabi dan Solihin." Juga Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s bin Imran yang serupa ini.

Fateh Almaushili ketika ditimpa kelaparan dengan keluarganya, maka ia berdoa demikian: Ya Tuhan, andaikan saya mengetahui dengan amal apakag saya mendapat cubaan ini, supaya saya bertambah dari amal itu."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang sedikit hartanya dan banyak keluarganya dan baik sembahyangnya dan tidak suka ghibah pada orang-orang muslimin, maka akan datang dihari kiamat bersamaku." Sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah.

Mujahid dari Abu Hurairah r.a. berkata: 'Demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia, adakalanya aku terpaksa menekan perutku ditanah kerana lapar dan adakalanya saya terpaksa mengikat batu diperutku kerana lapar. Dan pernah pada suatu malam saya terpaksa duduk dijalanan umum, maka berjalan Abu Bakar lalu saya tanya tentang ayat dari Al-Quran, tidak ada maksud untuk bertanya tetapi supaya ia mengajak aku pergi kerumahnya, tetapi ia berjalan terus dan tidak berbuat apa-apa. Kemudian berjalan Umar juga saya tanya suatu ayat, bukan tujuan bertanya tetapi semata-mata supaya mengajak saya kerumahnya, tetapi ia berjalan terus dan tidak mengajak saya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. berjalan maka tersenyum ketika melihat aku dan mengerti isi hatiku. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya, Abu Hurairah." Jawabku: "Labbaika ya Rasulullah." Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. "Ikutlah aku." dan terus berjalan dan aku mengikutnya sehingga masuk kerumahnya dan aku minta izin maka diizinkan dan ketika saya masuk kelihatan segelas susu. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Dari mana ini?" Jawab isterinya: "Fulan atau fulanah mengirim hadiah untukmu." Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Abu Hurairah." Jawabku: "Labbaika." Nabi Muhammad s.a.w. berkata lagi: "Pergilah engkau kepada ahlisshuffah, panggil mereka kemari." Sungguh berat bagiku perintah ini, apakah ertinya susu itu jika kedatangan ahlisshuffah, saya merasa lebih berhak untuk minum seteguk untuk mengembalikan kekuatanku tetapi tidak boleh tidak harus taat kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., maka saya pergi memanggil ahlisshuffah, maka datanglah semuanya dan minta izin dan sesudah mereka sama-sama duduk, Nabi Muhammad s.a.w. memanggil saya: "Ya Abu Hurairah, terimalah gelas ini dan berikan kepada mereka satu persatu." Maka saya terima gelas itu dan saya edarkan kepada mereka satu persatu meminum sehingga puas, sehingga selesai dan kemabli kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang semua orang sudah puas maka Nabi Muhammad s.a.w. menerima gelas itu dan diletakkan ditangannya, lalu Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tinggal saya dan engkau?" Jawabku: "Benar, ya Rasulullah." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Duduklah dan minum." maka saya duduk dan minum sedang Nabi Muhammad s.a.w. selalu mengulang perintahnya: "Minumlah." sehingga saya berkata: "Demi Allah yang mengutuskan mu dengan hak sudah kenyang dan tidak ada tempat lagi." Lalu saya serahkan gelas itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan Alhamdulillah lalu minum sisa susu itu."

Abul Laits berkata: Adanya sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dalam kesukaran dalam mengahadapi gangguan, penganiayaan orang kafir Quraisy, juga menderita kelaparan tetapi mereka sabar sehingga Allah s.w.t. memberikan kelapangan bagi mereka, demikianlah siapa yang sabar maka akan mendapat kelapangan dan tiap kesukaran akan berubah dengan keringanan dan orang-orang sholihin yang mengerti selalu merasa gembira jika menderita kesukaran sebab mereka mengenal dan yakin terhadap pahala yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Usman bin Abdul-Hamid bin Laahiq dari ayahnya dari neneknya dari Muslim bin Yassar berkata: "Ketika saya tiba di Bahrein, saya dijamu oleh seorang perempuan yang kaya dan banyak anak-anaknya dan budak sahayanya tetapi saya melihatnya selalu susah dan ketika saya akan meninggalkan Bbahrein saya bertanya kepadanya apakah ada hajat? Jawabnya: "Ya, jika engkau datang kenegeri ini lagi saya harap tinggal disini." Maka pergilah saya, beberapa tahun kemudian saya kembali ke Bahrein, tetapi saya melihat dimuka pintunya tidak ada lagi budak penjaga, maka saya minta izin kepadanya, tiba-tiba ia terlihat berseri muka kesenangan dan tertawa, maka saya bertanya: "Bagaimana keadaanmu?" Jawabnya: "Ketika engkau pergi meninggalkan tempat ini, maka kami selalu mendapat ujian, tiap mengirim barang dilauttenggelam dan perdagangan didarat selalu medapat gangguan bala sehingga habis budak-budak dan anak-anak mati." Saya bertanya: "Yarhamukillah, tetapi dahulu saya melihat kamu susah selalu dan kini nampak senang dan gembira." Jawabnya: Ketika saya menerima kenikmatan dunia selalu saya takut kalau-kalau pahala hasanatku dibayar habis oleh Allah s.w.t. didunia ini dan kini ketika harta kekayaanku habis dengan anak-anakku, saya tetap berharap semoga Allah s.w.t. telah menyediakan untukku diakhirat kebaikan, maka kerana itu saya gembira."

Alhasan Albashri berkata: "Ada seorang sahabat melihat wanita yang telah dikenalnya sejak zaman jahiliyah, maka diajak bicara kemudian ditinggalkan tetapi orang lelaki itu sambil berjalan selalu menoleh kepada wanita itu sehingga terbentur mukanya kedinding yang membekas dimukanya, kemudian ia datang memberitahu hal itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jika Allah s.w.t. mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka menyegerakan hukumannya didunia."
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Sukakah saya beritahukan kepadamu ayat yang memberi harapan besar?" Jawab mereka: "Baiklah." Maka Ali r.a. membaca: "Wamaa ashaabakum min mushibatin fabimaa aidikum waya'fu ankatsir. (Assuya 30) (Yang bermaksud): Dan apa yang menimpa kepadamu dari mushibah, maka itu disebabkan amal perbuatanmu sendiri dan Allah telah memaafkan sebahagian yang banyak atau sedang yang dimaafkan oleh Allah sangat banyak."

Maka semua musibah yang menimpa itu akibat dosa-dosa kita, jika Allah s.w.t. akan membalas didunia, maka siapa yang telah dihukum didunia maka tidak akan diulangi diakhirat, demikian pula jika Allah s.w.t. telah memaafkan seseorang maka tidak akan dituntut siksa pada hari kiamat.
Aisyah r.a berkata : "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada menimpa kepada seorang mukmin suatu musibah dari duri atau yang lebih dari itu melainkan Allah s.w.t. menggugurkan dengan itu satu dosa."

July 4, 2011

Al-Quran yang tersalah cetak

Assalammualaikum...

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih...

Nahmaduhu wanusalli wanusallim a'la rasulihilkareem...

Pernah saya terdengar manusia-manusia "hebat" mencaci ulama-ulama diatas fatwa salah yang dikeluarkan oleh ulama tersebut. Hebat sangat agaknya hingga bisa mencaci dan memaki manusia yang bergelar ulama'. Namanya ulama' kerana ilmu yang dipelajarinya, bukan kerana mulianya dirinya. Mencaci ulama' bermakna mencaci ilmunya yang juga milik Allah swt. Siapakah kita mahu mencacinya?





Pewaris Anbiya.

Adalah sangat masyhur hadis Nabi saw, tentang yang ingin saya kongsikan ini.


"Ulama' adalah pewaris para Nabi".


Ulama' adalah antara manusia utama yg perlu kita muliakan. Namun hari ini, penyanyi lebih dikenali dari pewaris para Nabi. Itulah hakikat akhir zaman kini. Pentas hiburan lebih meriah dari kuliah alQuran atau sajian pembina iman. Kebebasan artis hiburan dalam menyampaikan mesej lagu dan karya lebih luas berbanding kebebasan ulama' dalam menyampaikan mesej da'wah dan ilmu-ilmu agama. Itulah jadinya bila artis dipuja-pujakan. Ulama' dibenci dan diketepikan.

Ular Dalam Semak.

Ya. Saya tahu, ada juga manusia bergelar ulama', namun, fatwanya, sikapnya, persepsinya, cakapnya, tak kurang macam "Ular Dalam Semak". Tetapi, harus kita tahu, mereka ini telah korbankan masa hidup mereka mempelajari ilmu-ilmu agama melebihi masa kita mempelajari agama. Mereka telah berjumpa banyak guru agama untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama. Mereka telah banyak mengkaji dan meneliti usul-usul ilmu-ilmu agama. Bicara mudahnya, mereka lebih banyak berkorban untuk mendapatkan ilmu agama berbanding mereka yg tidak bergelar ulama' ini. 

Akan tetapi, masih wujud ulama' yang tak tumpah seperti "ular dalam semak". Maka, jalan terbaik yang perlu kita pilih adalah, anggaplah mereka-mereka ini seperti "AlQuran yang Tersalah Cetak". 




Bila AlQuran tersalah cetak, adakah namanya akan bertukar menjadi Kamus bahasa Arab?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah isinya boleh ditolak secara total?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipijak-pijak?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dimaki dan dicaci?
Bila AlQuran tersalah cetak, adakah boleh dipegang alQuran itu tanpa wudhu yang sah?

Jangan kita pijak mereka, jangan kita hina mereka, jangan kita hukum mereka sesat. 
Tetapi...
Muliakan mereka sepertimana kita perlu mengambil wudhu saat memegang AlQuran tersalah cetak itu, 
Jaga hati mereka sepertimana kita perlu menghormati isi-isi AlQuran yang tersalah cetak itu.
Terimalah apa jua nasihat mereka selagi ia tidak lari dari fatwa sebenar sepertimana kita menerima ayat-ayat yang dicetak secara betul didalam AlQuran  yang tersalah cetak itu walaupun sedikit sahaja yang betul.

Kerana yang mereka permata dalam agama. Walaupun terjatuh ditempat kotor, nilainya tak pernah gugur. Hanya perlu cuci kotoran itu dengan air bersih dan kain lembut untuk mengembalikan sinarnya.

Moga Allah kurniakan hidayah kepada anda, saya, dan umat seluruhnya.amin ya Rab

Wallahua'lam.

pageviews