status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

November 22, 2011

Cara minum Rasullullah S.A.W

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian minum maka janganlah bernafas dalam wadah air minumnya.” (HR. Bukhari no. 5630 dan Muslim no. 263)

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)


20 tips mencapai khusyuk dalam solat:

1. Bia lapar makan terlebih dahulu- bila makanan sudah tehidang
2. Tidak menahan kencing,buang angin dan buang air besar
3. Tidak dalam keadaan mengantuk
4. Berpakaian baik dan bersih
5. Dalam keadaan cuaca tidak terlalu panas
6. Melakukan solat pada awal waktu
7. Pergi ke masjid(lelaki)
8. Tempat solat bersih dari gambar-gambar
9. Tempat solat hendaklah bersih dari kotoran
10. Suasana tempat solat tidak bising



11. Tidak disibukkan urusan duniawi
12. Tidak tergesa-gesa dalam bacaan dan gerakan solat
13. Menyedari bacaan yang diucapkan
14. Rukuk dan sujud dengan tenang
15. Tidak menoleh ke kanan dan ke kiri
16. Melihat ke tempat sujud
17. Tidak mengusap pasir/habuk di tempat sujud
18. Tidak menguap
19. Tidak meludah kecuali terpaksa
20. Meluruskan dan merapatkan saf dalam solat berjamaah.

Petikan,Buku 20 Tips mencapai khusyuk dalam solat.oleh Muhammad Thalib
***buku ini bagus untuk dimiliki semua orang.

November 15, 2011

10 gangguan syaitan ketika solat

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).


5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

November 14, 2011

Please read



KISAH SATU :

Pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Quran namun sampai pada suatu ayat ia terlupa akan sambungannya. Beliaupun memperbanyak istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian sahabatnya pun bertanya.

Maka Imam Syafie pun menerangkan bahawa ingantan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit wanita yang kebetulan terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari. Jika melihat aurat wanita sebesar ibu jari dapat melemahkan daya ingatan dan daya hafalan.

KISAH DUA :

Pernah satu ketika Imam Syafie berjalan dan lalu seorang wanita di hadapannya. Maka angin bertiup dan terselak kainnya menampakkan betis. Imam Syafie terpandang. Lalu beliau menangis semahu-mahunya memohon keampunan daripada Allah kerana melihat aurat wanita walaupun tidak sengaja. 

Imam Syafie selalu berkata yang dia tidak layak untuk masuk ke syurga Allah. Orang seperti Imam Syafie blh berkata demikian rupa. Bagaimana pula dgn kita yang hari nampak aurat wanita (atau sebaliknya bagi wanita) ini?

●●●●●●●●●●●● Semoga Bermanfaat ●●●●●●●●●●●●

November 13, 2011

Tip penjagaan laptop / notebook / netbook

Tip Penjagaan Laptop
1. Penjagan asas – jangan la makan-minum atau letak laptop dekat sumber-sumber air. Walaupun tiada kaitan tapi kalau tertumpah atas laptop nangis juga la nak repair balik.
2. Elakkan juga buat kerja atas lantai bukan apa takut terpijak laptop tu…kalau netbook lagi kecik lagi la tak perasan ada kat lantai. Iangatkan kain lap kaki :)
3. Sebolehnya guna tempat yang rata  untuk letak laptop bagi elakkan kemalangan.
4. Jangan la letak atas tilamn atau bantal. Sebab tilam tu mungkin banyak habuk dan satu lagi bila laptop tenggelam dalam tilam tu boleh menghalang laluan udara menyebabkan laptop mudah panas.
5. Musuh laptop atau netbook adalah habuk. Make sure elakkan dari tempat berhabuk dan kalau berhabuk selalu la cuci dengan soft clothes yang khas tambah-tambah lagi kat screen tu.
6. Paling penting sekali elakkan laptop terjatuh, sebab komponen dia sensitif sangat.
7. Elakkan simpan laptop atau netbook dalam tempat panas macam kat dalam kereta. Satu lagi bahaya letak dalam kereta ni takut pencuri nampak. Kalau nak letak juga masa ada pemandu elakkan menonjol sangat laptop tu. Jangan la tunjuk beg tu ada brand laptop guna jer beg biasa supaya orang tak perasan ada laptop. Kalau terpaksa letak juga, cover sikit dengan kain.
8. Rajin-rajin la ambil berus gigi lama tu cuci kat bahagian lubang udara, dan kat port USB tu.
9. Janganla letakkan benda-benda berat atas laptop cam letak buku yang tebal atas tu. Takut screen tertekan dan rosak.
10. Beli la cooling pad yang baik sikit dari plastik buatan China tu yang diberi free masa beli.Penggunaan laptop dalam masa yang panjang boleh memudaratkan komponen laptop. Cooling pad menolong mengurangkan tahap kepanasan tambah-tambah lak guna tengok movie.
11. Jangan lupa guna bag atau case kalau usung ke mana-mana sebab takut licin dari tangan mau nangis dibuatnya.

12. Kalau ada power protector lagi bagus boleh elakkan kematian mengejut.
Selain laptop sendiri, bateri juga perlu dijaga supaya bertahan lebih lama. Tips penjagaan bateri laptop dan netbook.
14. Pastikan bateri dicaj sehingga penuh untuk pertama kali guna.
15. Jangan kerap caj bateri yang masih belum habis. Kerap caj bateri menyebabkan bateri tak tahan lama dan tidak dapat simpan power dan Kalau nak guna eletrik buangkan bateri.
16. Kalau tak guna laptop atau notebook atau netbookk dalam tempoh yang panjang, buang bateri dari laptop.
17. Sekarang dah ada teknologi untuk nengesan laptop yang hilang, boleh beli jer alat tu mana tau sebab laptop la benda selalu hilang kalau ada kes pecah rumah atau kereta.Satu lagi kalau ka t tempat awam, make sure lock laptop dengan lock yang dapat free masa beli tu walupun rasa malu sebab orang lain tak buat.Opps, last sebelum lupa, jangan la bagi budak-budak kecik main takut dia buat macam laptop mainan ataupun terdelete fail penting.
Sekian ini saja serba sedikit tips penjagaan laptop, notebook dan netbook. Mungkin ramai tak ambil berat pasal ni sebab sekarang ni benda mudah dapat dan percaya 100% dengan kehebatan brand laptop tu. Ini silap , benda apa pun kalau tak jaga maintenance memang mudah lingkup, tak kira hebat mana brand.
P/S : Laptop merupakan komputer bimbit mudah alih dan ia agak sensitif dengan keadaan persekitaran berbanding komputer (PC).

pageviews