status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

December 27, 2011

Sebelum belajar..

1) Berdoa.

2) Tarik nafas:
Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang.

3) Cara duduk:
Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik

4) Tentukan tajuk:
Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa.

5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca.

6) Tentukan tempoh masa
Berapa lama hendak membaca.



SEMASA BELAJAR

1) Tunjuk denagn jari:
Seperti mengaji Al-Qur’an.

2) Fahamkan dan bayangkan
Otak akan sentiasa aktif.

Contoh: membaca mengenai HAJI.
Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah.
Seolah-olah berbual dengan jemaah.
Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan.

3) Selang-selikan dengan rehat:
Setiap 30 minit berehat 5 minit.

JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti regangan otot.


SELEPAS BELAJAR

1) Tutup buku.

2) Ingatkan/bayangken kembali apa yang telah dibaca. Jika masih belum faham
Sepenuhnyan ulangi pembacaan.
Bacaan pertama untuk faham.

Bacaan keduan untuk mengingat.
Bincang dengan sahabat sekumpulan tentang topic yang telah dipelajari.
Bertanyalah dengan orang yang ahli dalam bidang tersebut, terutamanya guru yang mengajar sesuatu ilmu itu pada kita.

:: Renungan-renungkan ::

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati.  Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat  berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut ' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu
mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang .
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. . ' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ' Lailahaillallah. . '
semasa sakaratul maut menghampiri kami..
Amin.. amin... amin Yarob bala ' lamin. . ' 

December 23, 2011

berhati-hati ketika menyanyi lagu orang putih..

Dear Muslim friends, Kalau dengar lagu 'It will rain' by Bruno Mars, harap-harap jangan ikut menyanyi sekali. Sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad (for Muslims) kalau boleh tak payah dengar langsung. Ini liriknya:- ''theres no religion that could save me (tiada agama yang boleh selamatkan aku) no matter how long my knees on the floor (tak kira berapa lama melutut di lantai)'' Tiada agama? Jaga-jaga, Allah murka nanti, sebab terleka. Tolong sebarkan jika kamu sayang Allah

pageviews