status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

March 29, 2012

Redha

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar Dia menentukannya

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya



------> In Team

March 7, 2012

hinakah pertanian di matamu?

Kamu pandang rendah dengan perkataan pertanian?

"dan suatu tanda kebesaran ALLAH bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus). Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji bijian maka dari (biji bijian) itu mereka makan. Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air".

surah yassin ayat 33&34.

*diadaptasikan dari cerita benar.

“Ya, sata suka bertani.”

Cerita benar.

satu saya hari berjalan-jalan.. kemudian ada seorang yang bertanya..

“Eh, kamu dapat kerja kat mana ya?”

Saya menjwab. “Saya dapat pertanian.”

“Ah!! Setakat pertanian… kenapa tidak apply engineer?" katanya dan banyak lagi perkataan yang terkeluar.

Saya menjawab. "Ini kerana saya yakin dengan perancangan Allah.. saya juga sudah jatuh hati dari kecil dengan pertanian.”

YA, saya mengaku..
Kos saya bukan ..
KEJURUTERAAN..
Bukan juga nama yang gah..
KEDOKTORAN..
Begitu juga nama yang terkenal
UNDANG-UNDANG…

setakat pertanian, yang MANUSIA MEMANDANG SINIS.


“perhatikanlah bagaimana KAMI melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya”.
Surah Al-isra ayat 21.

SAYA CUKUP TERSENTUH DENGAN AYAT INI.SUBHANALLAH.rupa-rupanya penilaian kita sebenar kita saksikan d akhirat..

Saya pertanian, kamu?

1.Ya mungkin saya di bawah.YA SAYA TERIMA KERANA saya hamba Allah. Hamba Allah yang miskin dengan kejayaan dan kemewahan ..
Dan kamu hebat? Bukan memegang status pertanian? Begitu? Wah.. cukup beruntunglah kamu, tapi ingat apa yang kita ada tidak semestinya akan kekal selamanya sahabatku...

2.Ya saya pertanian. Mungkin saya tidak layak untuk berkerja di sector-sector terkenal, agensi-agensi terkenal.. YA, SEBAB SAYA BERKERJA ini hanya untuk ALLAH, di atas tanah yang kamu fikir jijik. Tapi ingat ya sahabat, kamu juga akan kembali ke tanah.

3.Ya saya pertanian. Mungkin kamu memandang saya tidak layak untuk duduk standing dengan mereka yang di arak dengan kapet merah. Saya tidak layak untuk menikmati kemewahan dunia. Cukup berpakaian lusuh, berpeluh di dahi dan tangan bersalut dengan tanah dan rumput semata mata..YA, SAYA TERIMA, KERANA saya takut dengan dunia yang cukup mengancam ini, saya takut saya lena dengan dunia ini. Saya takut. Tapi saya tahu kamu berani bukan… tapi cukuplah saya takut.. kerna bukan dunia yang saya mahu cari sahabat.....

Ya.. saya pertanian. Dan saya suka pertanian.

Saya hairan.. soalan dan pernyataan manusia ..

Kenapa orang mempersoalkan. "Kenapa dengan pertanian?
Ada apa dengan pertanian sampai kamu suka dengan pertanian?
Pertanian ini untuk budak –budak low je.. dan sebagainya.."

Saya sedikit pun tidak terguris… saya CUKUP, KUAT, mampu untuk tersenyum..

Mungkin untuk kamu yang memandang pertanian ini satu yang begitu rendah.. jijik.. tiada taraf..

Maka di situ kamu menyamakan..
Rezeki buah-buahan yang kamu makan juga rendah..
Rezeki beras yang kamu makan setiap hari juga jijik.
Rezeki air minuman dari tumbuhan yang kamu teguk tiada taraf..

Maka di situ kamu tidak mengenal erti kehambaan..
Kamu tidak mengenal ERTI alam ini 
Kamu tidak merasaikan bahawa alam ini punya GERAK KERJA ECOSYSTEM YANG INDAH
Kamu tidak mengambarkan bahawa kamu makan, kamu minum asalnya dari tanah

Saya ingin bertanya.

Kamu suka makan nasi?

Ya atau tidak?

Kalau suka, nasi datang dari mana?
Nasi datangnya dari beras.

Beras itu asalnya dari mana?
Beras datangnya dari padi..

Padi datangnya dari?
Padi datang dari pokok padi yang di tanam oleh PETANI yang di menggunakan tanah untuk hidup. Dan di atur tumbuh besarannya oleh Allah.

SEKALI LAGI….. saya suka pertanian.

Cukuplah.. manusia ada hala tujuan masing masing.
Cukupah.. manusia ada perancangan yang sudah ditetapkan..
Cukuplah. memandang rendah dengan yang lain hanya membutakan hati dan menganggap dirimu lebih hebat. Lebih berkuasa. Lebih macho?

Jangan lupa ya sahabat.. hidup di dunia ini satu PERSINGGAHAN.. MACAM KITA TUNGGU BAS DI BUS STOP. Kita tunggu di situ akan bas yang akan mengambil kita kan.. kita bukannya akan tidur di situ..
Sama dengan dunia.. selepas dunia ini kita akan beralih ke alam kubur..
Ingat dalam kubur, apa yang kita buat di dunia kita akan merasai balasannya sedikit di kubur.
Kemudian kita akan kita alam akhirat yang kekal abadi..

Di situ kita akan tinggal selama-lamanya.

Sekarang ini KITA BERADA DI MANA?
KITA SEDANG BERADA DI DUNIA. ADA DUA TEMPAT LAGI KITA AKAN SINGGAH SAHABAT….

Berbalik ke pertanian..

Kalau mentality manusia mengatakan bahawa pertanian itu tidak ada apa –apa…
Maka manusia itu terlupa akan nikmat tanah.

Saya bagitahu tahu pada sahabat-sahabat.. KELEBIHAN PERTANIAN

1. Cukuplah Allah yang menjadikan/mengaturkan/mengawasi tindak tanduk kita. Saya pertanian, saya percaya ALLAH sayang saya. Saya pertanian, SAYA LEBIH DEKAT DENGAN TUMBUHAN. SAYA PERTANIAN. SAYA SUKA KEPADA KEHIJAUAN.
SAYA PERTANIAN, SAYA BOLEH BERNIAGA. SAYA PERTANIAN. SAYA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA MANUSIA. SAYA PERTANIAN. 

Cukuplah ayat ini menjadi penutup kepada perasaan saya.

“barang siapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya (di dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami Kehendaki. KEMUDIAN KAMI SEDIAKAN BAGINYA (DI AKHIRAT) NERAKA JAHANAM. Dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
“dan barang siapa yangmengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas baik.”

Surah Al-isra ayat 18 DAN 19..

SEMOGA ALLAH merahmati kita hari ini. aameen…

sesunggunya, saya bersyukur kepada ALLAH SWT memberi kesempatan saya untuk berada di dalam kos ini.

TAKBIR33X!!!

manusia dan tanah tidak boleh di pisahkan. :)

akidah kesatuan ummah


Senjata untnk menghadapi syaitan jin dan syaitan manusia...???

Senjatanya adalah memahami tuntutan kalimah Laillahaillah yang merupakan kalimah tauhid dan kalimah keikhlasan.

Kembalikan diri kepada nilai-nilai dari kalimah Laillahaillah..

TEGAKKAN IBADAH HANYA KEPADA ALLAH.
BERPALING IBADAT SELAIN DARI ALLAH
FAHAM....YAKIN DAN AMAL.

Setiap orang akan dipertanggungjawabkan diri masing-masing di depan Allah.
Maka itu ikuti ayat dan keterangan-keterangan dari Allah dan ajaran Rasul.

Jangan mensyirikkan Allah dalam setiap perbuatan dan ibadat seperti menyembah selain Allah..

Meniti jalan ikhlas dan jalan tauhid seperti melalui jalan dakwah, jalan iman, jalan keyakinan dan jalan kesabaran...
akidah kesatuan ummah, Laillahaillah Muhammadur Rasulullah.

kisah sahabat

Pertemuan telah ditakdirkan..
antara kita tidak pernah dirancangani..
manalah takdir hendak dilawan.. semuanya ketentuan Tuhan..
wahai sahabat sematkan semua kenangan.. yang telah bersama-sama kita lalui..

suka dan duka memburu impian, moga teguhnya ikatan ini..
sahabat yang amatku kasihi.. susah senang kau disampingku..
kehadiran dikau disisi.. mengubat sepi dihatiku..

wahai sahabat sematkan semua kenangan.. yang telah bersama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian, moga teguhnya ikatan ini..
sahabat yang amatku cintai susah senang kau disampingku..

dialah yang paling banyak bersusah sng brsame..
manisnya bila berkawan, bertemu and all because of Allah !!!

walau kini hilang dimata namun kau tetap dihatiku..
sahabat bertuahnya ku rasa, mendapat teman sepertimu..
membimbing menasihatiku hanya satu dalam beribu...

sahabat yang amatku cintai susah senang kau disampingku..
walau kini hilang dimata namun kau tetap dihatiku..
namun kini hanyalah tinggal kenangan.. pertemuan kita dilamat perpisahan..
kemesraan bemekar diakhir perkenalan.. sayup menitiskan air mataku...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: actually dia masih menjadi sahabat sejati saya, cuma rindu dekat dia..
ade je halangan nak jumpa dia...
tapi yang ada tulah yang sangat penting
yang nak saya sampaikan pada dia... dan berkenaan gambar tu..
hanya yang itu saje yang saya ada dan yang bersesuaian untuk letak di sini...
dan last sekali kepada kumpulan yang menyanyikan lagu ini, maaf saya pinjam liriknya ya ^^

March 6, 2012

ada pertemuan ada perpisahan

Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini. Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan. Ini menandakan bahawa tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Dia.

Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.

Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan. Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.
Sakitnya kehilangan tiada siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.

Hanya airmata menjadi jawapan. Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang. Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat dan mungkin isteri/suami tercinta tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.

Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas. Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.

Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam. Jangan lupa kembali mengingati Allah. Segala apa yang kita ada hanya pinjaman. Segala yang termiliki akan dipulangkan.

Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya. Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar berkasih sayang. Untuk kita saling menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.

Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi. Masih ada! Iaitu di alam abadi. Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali. Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti. Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.

Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.

jodoh itu rahsia Allah, kita berusaha untuk mencari yang terbaik dan menjadi yang baik

JODOH itu rahsia Allah, antara cepat dan lambatnya sahaja akan bertemu jua, insyaAllah. Cuma jarak masa yang tak diketahui.. Bukan terlalu awal atau apa, tetapi mmpersiapkan diri dengan ilmu serta pengetahuan yang penting.Siapa pun yang bakal menemani kita seluruh hidup, terimalah dia seadanya kerana dia hanyalah insan akhir zaman yang punya secebis harapan untuk membahagiakan kita suatu hari nanti.

Berusahalah menjadi yang soleh dan juga solehah.

P/s : kalau dah jumpa jangan lupa pergi meminang si dia ya..
jangan tunggu lama-lama.. ^_^

March 5, 2012

sayangilah sahabat kita..

SAHABAT itu suatu KEPERLUAN 
» Bersamanya kita belajar BERDAYA SAING,
» Bersamanya kita belajar tentang PERSEFAHAMAN,
» Bersamanya kita belajar untuk MEMAAFKAN,
» Bersamanya kita berbagi KECERIAAN,
» Bersamanya kita berkongsi KEDUKAAN,
» Bersamanya kita meniti KEMATANGAN,
» Bersamanya kita mengenali asam garam KEHIDUPAN,
Walau HAKIKAT sahabat itu TIDAK SEMPURNA, Melaluinya kita mentafsir KEMAMPUAN DIRI & berusaha MELENGKAPI, Dan melaluinya kita lebih menghargai UKHWAH SILATURRAHIM..!

...'Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari'...




Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan di bibir. Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya
~ Imam Al Ghazali ~


Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah (persaudaraan)
ialah menerima kritikan sahabat , menutupi aib sahabat, dan mengampuni
kesalahannya..

~ Imam Al-Syafi'e~ ^_^

Tenang tenteramlah wahai hati

Kadang kala, kita sakit hati dengan perkataan orang lain kepada kita.. tapi kalau kita asyik fikirkan perkara itu, kita akan sakit jiwa..
kalau betul-betul sakit jiwa macam mana?

Ubatnya ada 3:-

1. Abaikan
2. Maafkan dan
3. Berdoa supaya Allah beri kebaikan kepada kita...

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hatinya mereka dengan 'zikirullah'. Ketahuilah dengan hanya mengingat Allah, tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Ra'd: 28) ^_^

Entri yang sangat ringkas

Kematian bertanya kepada Kehidupan.
"Mengapa semua orang membenci saya tetapi menyanyangi awak?"

Kehidupan menjawab. "Kerana saya ialah penipuan yang indah dan awak adalah kebenaran yang pedih."

---> kebenaran adalah kebenaran walaupun tiada siapa yang percaya dan dusta adalah dusta walaupun semua orang percayakannya...

pageviews