status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

April 29, 2012

tiada tajuk lagi bab 2


Bab 2

Hari ini dia begitu sibuk. Begitu  ramai pesakit hari ini yang datang, musim sakit agaknya. Satu-per-satu pesakitnya datang untuk diperiksa. Dia berlalu keluar dari ruangan rawatannya itu untuk makan tengah hari.

“Doktor Faris!” panggil seseorang dari belakangnya.

Faris dapat mengagak siapa yang memanggilnya. Dia berpaling. Dah agak dah. “Eh doktor Elina. Ada apa ya?” tanya Faris pada rakan sekerjanya itu.

“Saje tegur doktor. Doktor dah lunch?” tanya doktor Elina pula sambil memberikan senyuman pada Faris.

Doktor Elina rakannya yang bersama-sama semasa menuntut di Universiti dan menyambung pengajiannya di luar negara sejak 5 tahun yang lalu.

Faris memandang Elina yang berbaju kurung itu. “Dah.. baru je saya lunch tadi.” Jawabnya  teragak-agak.

“Ya ke ni? Ke doktor saje nak lari dari saya?” teka Elina tersenyum kecil.

Memang tepatlah tekaan Elina itu. Sebenarnya dari Universiti dahulu Elina asyik mengejarnya sahaja. Sudah banyak kali dia beritahu, yang dia tiada hati dengan Elina Rahim. Tapi Elina bertekad untuk mendekati dirinya juga. Selagi Faris tidak berpunya, selagi itu Elina mengejarnya.

“Doktor Elina. Banyak kali saya dah bagitahu awak, yang saya ni tak suka dekat awak. Jadi tolong jangan kejar-kejar saya macam ni.” Pinta Faris.

Walaupun sakit untuk diterima kata-kata Faris itu, Elina tetap senyum.

“Tapi saya ikhlas cintakan awak Faris.” Luah Elina sambil memandang muka lelaki yang dicintainya itu.

Faris menjadi geli-geliman pula mendengar perkataan yang keluar dari mulut Elina itu.
“Ini bukan masalah ikhlas ke tak, Ina. Ini masalah hati dan perasaan. ” Jelas Faris.

“Tapi apa kurangnya saya, Ris? Kalau ada yang kurang dari saya, bagitahu saya supaya saya dapat memperbaiki kekurangan saya tu.” Ujar Elina.

“Awak tak ada kekurangan apa pun. Sikit pun tak. Saya memang tak ada perasaan suka ke apa ke dekat awak, memang tak ada. So please stop chasing me.” Ujar Faris lagi dan berlalu pergi meninggalkan Elina di situ.

Elina hanya memandang langkah Faris meninggalkan tempat itu. Kemudian dia berlalu masuk ke dalam ruangannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kau kenapa Ris? Macam ada masalah negara je aku tengok.” Tegur Hilmi dari belakang sambil menepuk
lembut belakang Fairs. Hilmi duduk di depan Faris dan meletakkan segelas cawan di atas meja.

Faris mengeluh kecil. “Si doktor Elina tu. Dia.. isy..” dia berdecit.

“Kenapa dengan dia?” tanya Hilmi masih memandang kawannya itu dan menyandar malas di kerusi itu.

“Kau tahukan, dari dulu sampai sekarang dia masih terkejar-kejarkan aku. Aku tak sukalah, rimas.” Kata Faris. Dia melempaskan pandangannya ke arah lain.

“Relakslah. Siapa yang tak tergila-gilakan orang handsome macam kau ni. Kaya pula tu macam dia. Kalau tak silap aku dah 5 tahun dia tunggu kau, kan?” kata Hilmi pula sambil tertawa kecil.

“Eh, helo. Kalau nak diikutkan, keluarga dia lagi kaya dari aku. Lagi pun yang kaya tu mak dan ayah aku, bukannya aku. Ha’ah dah lima tahun dia duk terkejar-kejarkan aku. Tak reti penat ke dia tu? Dah tahu kita tak suka dia, buat apa nak terkejar-kejarkan lagi?” kata Faris sambil menggelengkan kepalanya, sebal pula hatinya apabila mengenangkan hal itu.

Hilmi mengjongketkan bahunya. “Maybe selagi kau tak berpunya, selagi tu dia akan kejar kau. So sila mencari isteri untuk mengelakkan diri dari dikejar-kejar lagi.” Cadang Hilmi sambil ketawa.

Faris mengeluh. Macam mana orang seperti doktor Elina yang cantik itu sanggup tunggu dirinya? Dan sanggup berkerja dengannya, sedangkan keluarga Elina itu lebih kaya darinya. Masih ada lagi lelaki yang setaraf dengan Elina. Kenapa mesti dia?

“Okeylah aku nak gerak dulu.” Ujar Faris setelah lama mendiamkan diri.

“Eh awalnya. Lepaklah dulu.” Kata Hilmi apabila kawan baiknya itu mula bangun.

“Ada banyak report yang aku kena check. Dan kejap lagi aku ada appoinment dengan pesakit.” Jawab Faris.

“Yalah.. doktorkan, of course 24 jam sibuk je, kan?” kata Hilmi sambil tertawa kecil.

Faris tergelak kecil. “Eh.. kau pun apa kurangnya. Doktor juga, kan?” ujar Faris pula sambil memberikan senyuman pada kawannya itu.

Hilmi tersenyum kecil lalu bangun dari duduknya. “Baiklah doktor Faris Amir bin Farouk.” Kata Hilmi seperti mengangkat tabik. “Dah jomlah.” Sambung Hilmi lagi sambil bangun dari duduknya. Mereka berjalan beriringan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Elina menyandarkan badannya di sofa itu. Sesekali dia meraup mukanya.

“Macam manalah aku nak dapatkan dia ni. Patut ke aku mengalah je setelah 5 tahun aku tunggu dia. Kalau aku mengalah sekarang, sia-sia jelah aku tunggu dia selama ni.” Ujar Elina sendiri di ruangannya itu.

Sudah acap kali dia memberitahu Faris yang dia sangat cintakan lelaki itu, tetapi Faris tetap dengan keputusanya. Elina mengeluh.

“Ya Allah, adakah mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku?” monolog Elina sendirian. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini ButCaf SNQ menerima pelanggan yang cukup ramai, seperti pasar borong pula. Tak menang tangan pekerja ButCaf. Qalisya turun padang untuk menolong mereka. Waktu rehat mereka terpaksa beroperasi kerana tiap kali pelanggan lain keluar, ada pula yang masuk. Waktu solat mereka akan berehat seketika.

Qalisya memberikan senyuman pada pelanggan terakhirnya. “Terima kasih, sila datang lagi.” Katanya pada seorang wanita.

Wanita itu turut membalas senyumannya, dan berlalu keluar dari butiknya itu.

Baharu sahaja Qalisya ingin keluar dari kaunter pembayaran di butiknnya itu, ada seorang wanita muda masuk ke dalam butiknya. Dengan rela hati dia menerima pelanggan itu. Dia memberikan senyuman pada wanita muda itu apabila wanita muda itu berhenti di depannya.

“Boleh saya bantu?” tanya Qalisya penuh lemah lembut.

“Saya nak jumpa dengan pemilik ButCaf SNQ ni, dia ada?” tanya wanita muda itu dan membalas senyuman Qalisya.

Qalisya mengerutkan sedikit dahinya dan masih memberikan senyuman. “Dia ada, ada buat temu janji?”

“Tak ada pula. Boleh saya jumpa dengan dia?” pinta wanita itu lagi.

“Maaf ya, kalau boleh saya tahu.. kenapa cik nak berjumpa dengan dia?” tanya Qalisya.

“Saya kawan lama dia.. banyak kali dah saya datang sini. Tapi selalu saje dia tak ada.” Kata wanita muda itu jujur.

Makin berkerut dahi Qalisya. Kawan? Dah lama tak jumpa? Qalisya masih berfikir dan mengingat kembali kawan-kawannya yang dulu.

“Nama cik?” tanya Qalisya.

Kali ini wanita muda itu pula yang berkerut dahi apabila banyak soalan yang diajukan oleh Qalisya.
“Mardiya.” Jawabnya ringkas.

Qalisya sedikit tercegang dan tersenyum apabila mendengar nama itu. “DAM ke?” soalnya lagi.

“Ya. DAM.” Jawab wanita itu.

Qalisya tergelak kecil dan kemudian dia menarik nafasnya.
“Sayalah pemilik ButCaf SNQ ni.” Jawabnya dan tersenyum.

Mardiya membulatkan matanya. “Serius? Siti Nur Qalisya Abdullah?” tanya Mardiya.

Qalisya mengangguk dan berjalan keluar dari kaunter itu. Mereka bersalaman dan berpelukkan. Sudah hampir 6 tahun tidak berjumpa. Bermacam-macam perasaan yang hadir ketika ini. Mereka meleraikan pelukkan. Qalisya mengajaknya untuk masuk ke dalam pejabatnya agar lebih senang untuk berbual dengan lebih lama lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ya Allah.. rindunya pada sahabat aku ni. Enam tahun tak jumpa. Mana kau menghilang, hah?” tanya Qalisya terharu.

Mardiya menggoyangkan jari telunjuknya di depan muka kawannnya itu. “No. Bukan aku yang menghilang, tapi kau.” Kata Mardiya pula.

“Eh kenapa aku pula? Enam tahun yang lalu kau kata kau pergi bercuti dengan famili kau, lepas tu diam macam tu je.” Luahnya. Sebak pula hatinya apabila menggenang kembali akan hal itu.

Mardiya menarik nafasnya terlebih dahulu. “Memang aku pergi bercuti, tapi dalam pada bercuti tu nenek aku meninggal. Aku rapat dengan nenek aku.. aku sedih sangat dan asyik teringatkan dia je, ayah aku suruh sambung belajar dekat London agar tak sedih terus.” Jawabnya sedikit sayu lalu menundukkan kepalanya.

Qalisya bangun lalu duduk di sebelahnya dan menggengam erat tangan sahabatnya itu. “Takziah buat keluarga kau.” Ucap Qalisya sambil memberikan senyuman. Sambung Qalisya lagi. “Kau ambil kos apa kat sana?”

“Aku ambil kos perubatan. Kenapa kau tak cari aku? Aku hantar e-mel kenapa kau tak balas? Sampai hati kau tak balas.” Kata Mardiya sambil menarik muka manjanya itu.

Qalisya memandang Mardiya yang sedikit sebanyak telah merubah penampilan dan wataknya. Ainul Mardiya, dia dahulunya seorang berpenampilan biasa, masih mengekalkan imej bertudungnya itu. Dan Ainul Mardiya dulunya dia seorang yang happy go luky. Tetapi sekarang kelihatannya seperti tidak lagi.

“Wah.. kawan aku dah jadi doktorlah sekarang?” tanya Qalisya.

“Belum lagi. InsyaAllah besok baru aku jadi doktor betul-betul. Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kau tak cari aku dan tak balas e-mel aku?” soal Mardiya lagi.

Sorrylah.. aku terlupa e-mel dengan password aku, teruk betul aku ni. Aku buat baru tapi sayang aku tak ingat e-mel kau pula.” Jawbanya jujur. “Aku ada juga try call kau tapi tak dapat, lepas tu aku sibuk menguruskan butik aku ni yang baru ditubuhkan masa tu.” Sambungnya lagi.

Mardiya mengangguk faham. Dia terlupa seketika tentang syarikat kawannya yang sekarang ini. “Tahniah sebab kau berjaya dalam perniagaan. Makin maju aku tengok. Maknanya selepas aku pergi kau terus buka buktilah, macam tu?” soal Mardiya sambil memberikan lagi senyuman pada kawan lamanya itu.

“Ha’ah. Tapi aku cuba juga telefon kau, tak dapat pun.” Ujar Qalisya

“Nombor aku rosak. Tak sempat nak beli nombor baru. Kat sana pun aku betul-betul sibuk. Aku balik Malaysia pun paling lama, dua hari atau tiga hari macam tu.” Terang Mardiya.

“Bolehlah aku dapat diskaun bila nak kahwin nanti.” Ujar Mardiya lagi sambil tersengih-sengih.

Qalisya tertawa mendengar permintaan kawannya itu. “Kahwin? Dah ada calon ke?” soalnya sambil terjongket keningnya dua kali.

“Calon tak ada lagi pun.” Jawab Mardiya tersimpul malu.

“Oh ya, macam mana kau boleh cari aku kat sini? Sebab kalau tak silap aku kau tak tahu alamat penuh rumah aku pun, kan?” soal Qalisya. Musykil juga. Selama mereka berkawan sejak di bangku sekolah menengah lagi, Mardiya pernah bertandang ke rumahnya dua atau tiga kali sahaja. Tetapi itu pun Mardiya tidak berapa ingat alamat rumahnya. Dan Qalisya pula tidak pernah bertandang ke rumah Mardiya. Pelik, bukan? Tapi serius, memang dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah kawan baiknya itu.

“Aku saje search nama kau kat google, sekali keluar nama website syarikat ButCaf SNQ Sendirian Berhad ni. Aku check-check jumpa gambar kau kat situ, dan alamat butik kau ni. Bila datang butik kau, kau selalu tak ada. Hari ni baru dapat jumpa kau.” Jelas Mardiya tersenyum-senyum.

“Sejak akhir-akhir ni memang aku sibuk sikit. Tapi kenapa tadi kau macam buat-buat tak kenal aku je?” soal Qalisya lagi sambil terjongket keningnya.

“Saje je nak gurau dengan kau. Lama tak jumpa kau, rindu!” kata Mardiya lagi sambil tersengih-sengih. Mardiya memeluk sahabatnya itu. Mardiya merasa seakan airmatanya jatuh. Dengan cepat dia menyeka air matanya itu.

Qalisya membalas pelukkan sahabatnya itu. “Lah janganlah nangis, nanti aku pula yang nangis. Sekarang kan kita dah jumpa. Hujung minggu ni datanglah rumah aku.” Kata Qalisya sambil menggosok lembut belakang badan kawannya itu.

Mardiya tergelak kecil dan mengangguk. “Okey, insyaAllah.” Balasnya.

Pintu dikuak dari luar. Qalisya dan Mardiya yang terkejut itu meleraikan pelukkan.

“Erk.. sorry.” Ujar Fatin apabila masuk ke dalam bilik itu dan melihat keadaan mereka.

It’s okay. Masuklah.” Pelawa Qalisya, kemudian dia memperkenalkan kawannya itu kepada Fatin.

Fatin dan Mardiya bersalaman.

“Oh.. jadi ini DAM yang selalu datang cari kau tu?” Kata Fatin.

Mardiya tertawa kecil dan mengangguk. “Susah betul nak jumpa dia sekarang. Maklum jelah dah jadi businesswoman lah katakan..” kata Mardiya.

“Eleh.. dia tu doktor lagilah susah nak jumpakan.” Kata Qalisya pula sambil tersengih-sengih..

Kata-kata Qalisya itu memecahkan tawa Mardiya di ruangan itu.

Fatin hanya melihat kemesraan mereka. Terbit rasa cemburu di hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menghempaskan badannya ke atas katil. Penatnya masih lagi terasa. Fatin mengambil majalah yang berada di tepi katilnya. Dia membelek sehelai demi helaian. Tiada apa yang menarik.

Fikirannya kembali melayang semasa di dalam pejabat Qalisya tengah hari tadi. Kenapa dia harus merasa cemburu dengan kemesraan dan keakraban mereka? Bukannya dia tidak pernah bermesraan sebegitu rupa. Tetapi kenapa mesti perasaan itu datang?

Fatin meraup mukanya. “Macam pasangan kekasih pulak, jealous macam ni.” Ujar Fatin sendirian sambil tersengih kecil.

Fatin menarik selimutnya hingga ke paras perutnya dan merebahkan kepala ke atas bantal. Dan melelapkan matanya yang semakin layu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awal pagi di hujung minggu itu Mardiya dan Fatin diundang oleh keluarga Qalisya untuk mengeeratkan lagi hubungan mereka. Banyak yang dibualkan oleh mereka. Perasaan gembira, terserlah di wajah Qalisya. 

Mereka bertiga menghabiskan masa bersama dengan keluar bersiar-siar bersama di sekitar Kuala Lumpur.
Makan malam mereka dijamu dengan nasi lemak yang dimasak oleh Puan Qistina.

“Buat susah-susahkan aunty je.” Kata Mardiya apabila dijemput makan oleh Puan Qistina.

Puan Qistina hanya tersenyum. “Tak susah mana pun. Sekali-sekala je bukan selalu pun.” Kata Puan Qistina sambil duduk di sebelah Qalisya.

Mardiya hanya memberikan senyuman. “Papa dan abang kau tak makan sekali ke Kelly?” tanya Mardiya apabila melihat hanya mereka sahaja yang berada di meja makan.

Puan Qistina menundukkan kepalanya.

“Papa dah lama meninggal dunia sis.” Sampuk Syamil yang baharu menyertai mereka di meja makan itu.

Mardiya sedikit terkejut dan memandang muka mereka anak-beranak itu. “Innalillah.. takziah.” Kata Mardiya.

Puan Qistina tersenyum. “Terima kasih. Eh marilah makan, Fatin, Diya.” Pelawa Puan Qistina lalu mencedukkan nasi ke dalam pinggan mereka. “Kenapa Mardiya dan Fatin tak ajak keluarga datang sekali?” tanya Puan Qistina.

“Ibu  jaga ayah kat rumah. Ayah tak berapa sihat. Kak Aida dia masih belajar, dia baru je balik Perak semalam.”  Jelas Mardiya sambil memberikan senyuman pada wanita itu.

Puan Qistina mengangguk dan memandang Fatin pula. “Fatin, mak sihat? Kenapa tak ajak mak Fatin datang sekali?”

Fatin memandang Puan Qistina pula. “Alhamdulillah, mak sihat. Dia pergi umrah. Keluar dari hospital je, terus dia pergi.” Jawab Fatin.

“Oh. Eh, jemputlah makan.” Pelawa Puan Qistina. Merka mula menjamu selera yang dimasak oleh Puan Qistina.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Alhamdulillah… sedap sangat mama kau masak tadi.” Ujar Mardiya.

Mereka melangkah keluar dari rumah itu. Qalisya menepuk lembut bahu kawannya itu. “Tengoklah mama siapa?” kata Qalisya sambil terjongket kening kirinya.

Mardiya tersenyum kecil. “Maaflah.. kalau selama kita berkawan ni, aku banyak sakitkan hati kau ke.” Kata Mardiya lagi.

“Aku tak pernah ambil hati punlah. Walaupun dulu kita selalu gaduh, tapi aku dah maafkan kau. Jangan risaulah.” Jawab Qalisya pula sambil meleparkan senyuman pada sahabatnya itu.

Mereka senyap seketika. Mardiya memandang muka Qalisya yang berkulit sedikit putih itu. Sekarang Qalisya sudah tinggi sedikit darinya nak dibandingkan dengan dulu dan semakin cantik.

“Setiap hari aku selalu berdoa, agar ukhuwah yang terjalin di antara kita hingga ke akhirat sana. Dan aku tak kan lupakan kau.” Kata Mardiya.

Qalisya senyum melebar. “Aku pun nak minta maaf kalau selalu menyusahkan kau ke apa ke.” Ujar Qalisya lagi sambil menundukkan mukanya ke bawah. Malu. Kerana sudah banyak rasanya kesalahannya dengan kawannya yang satu itu.

Mardiya menepuk lembut belakang Qalisya.

“Dahlah.. aku ajak kau datang sini pun sebab nak merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin. Aku dah tak nak ingat kisah lama. Yang lalu bairkan berlalu. Jalani kehidupan yang berada di depan mata kita sekarang ni.” Nasihat Qalisya pada Mardiya. “Oh ya.. kenapa kau guna nama DAM?” tanya Qalisya.

Mardiya tergelak kecil. “Sebenarnya ada seorang budak kecil pesakit aku yang aku rawat kat London dulu, dia tak berapa nak ingat nama aku.. jadi dia panggil dengan nama DAM. Sehingga hari ni aku kenalkan pada pesakit aku kat sana dengan panggilan DAM. Dan mungkin kat sini aku akan guna panggilan yang sama.” Jawabnya sedikit malu.

“Oh. Tempat kerja kau kat mana?” tanya Qalisya lagi. Selama satu hari ini dia tidak berkesempatan untuk menanya lebih lanjut tentang kehidupan kawannya itu, kerana baginya biarlah waktu tadi itu dihabiskan dengan bersiar-siar untuk melepaskan rindu.

“Kat Ampang. Kebetulan pejabat dan butik kau dekat sekitar situ juga, kan?” tanya Mardiya.

“Ha’ah. Nanti selalulah singgah butik aku yang tak seberapa tu.” Kata Qalisya lagi sambil tersimpul malu.

“Eleh kau, tak seberapa konon. Aku tengok bukan main cantik lagi. Siap ada mini kafe dalam tu.” Puji Mardiya sambil tertawa kecil.

Qalisya tersengih-sengih. Ada jugalah seorang pelanggannya dulu mengatakan, butiknya itu cantik dan agak lain dari yang lain.

“Kau still tinggal kat Batu Caves tu, kan?” tanya Qalisya pula.

“Ha’ah. Jemputlah datang. Eh.. okeylah aku balik dulu.. nanti bising pula ibu aku tu. Lagi pun esok aku dah mula kerja.” Ujar Mardiya sambil berjalan ke arah keretanya yang di parkirkan di depan rumah kawannya itu.

“Kesian.. tak apalah macam nilah kalau dah jadi doktor. Berkorban untuk orang, banyak pahalanya tu. Being a doctor for ummah, okey. InsyaAllah ada masa aku datang.” Kata Qalisya sambil membuntuti kawannya itu.

Mardiya tersenyum.

“Jaga diri.” Ujar Qalisya sambil bersalaman dengan Qalisya.

“Kau pun.” Kata Mardiya pula, kemudian Mardiya masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Setelah hilang kelibat kereta kawannya itu, Qalisya menoleh ke belakang. Dia mengetap bibir. Dia melihat Fatin sudah berdiri lama di pintu rumahnya. Bagaimana dia boleh terlupa akan kehadiran Fatin sedari tadi? Dia datang ke arah Fatin. Dia memaut lengan Fatin. Jika orang melihat mereka seperti itu mesti orang akan berfikir yang mereka itu lesbian. Kerana terlampau akrab.

Fatin membiarkan sahaja perbuatannya itu.

“Kak Fatiin, sorry… tak patut  adik Kelly tinggalkan kak Fatin seorang kat sini.” Kata Qalisya pada Fatin sambil mukanya tersenyum-senyum.

Fatin memukul lembut tangan Qalisya. “Hep! Aku tak nak dengar lagi panggilan kak tu dari mulut kau. Terasa macam aku ni terlampau tua pula. Padahal tua setahun je dari kau.” Jawab Fatin sambil menarik sedikit muka masamnya itu.

Qalisya tergelak kecil dengan kata-kata Fatin itu.

“Tak apalah, Kelly. Aku faham, kau dah lama tak jumpa dia. Aku kena bagi ruang juga pada kau orang berdua.” Jawabnya. Sejujurnya dia sedikit cemburu melihat kemesraan mereka itu tadi, dia cuba untuk faham keadaan mereka yang sudah lama tak jumpa. Tetapi dia hanya manusia biasa, perasaan cemburu itu tak akan pernah lepas dari hati manusia seperti dia. Tetapi kegembiraan yang terselah di wajah Qalisya sangat berbeza apabila dengannya

“Okeylah. Aku nak balik.” Ujar Fatin.

“Lah awalnya. Baru pukul 9. Tidur jelah kat sini, rumah kau kat Putrajaya tu jauhlah. Tak elok anak dara balik malam-malam, jauh pula tu. Lagi pun rumah kau tak ada sesiapa. Kan?” Kata Kelly.

Fatin tidak menjawab terus pelawaan kawannya itu. “Okey!” jawab Fatin setelah lama berfikir.

“Yeay! Sayang kau!” Ujar Qalisya. Sungguh teruja apabila pelawaannya itu diterima baik oleh kawan baiknya itu. Kebetulan pula dia tiada adik-beradik perempuan, hanya ada kakak ipar. Itu pun sebulan sekali sahaja bertemu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mardiya membelokkan keretanya masuk ke dalam kawasan rumahnya. Dia keluar dari perut keretanya. Kemudian dia membuka pintu rumahnya menggunakan kunci pendua. Ainul melangkahkan kakinya. Lampu rumahnya tiba-tiba menyala.
“Baru balik DAM?” sapa Puan Maznah.

“Eh dam ular!” latahnya. Mardiya menutup mulutnya. Sudah lama dia tidak melatah, tiba-tiba sahaja hari ni keluar latahnya yang tak berapa nak melatah itu.

“Hai.. doktor pun boleh melatah ya?” kata Puan Maznah lagi tersenyum-senyum.

Mardiya ternsengih-sengih. Dia bergerak ke sofa. “Doktor pun manusia bu..” jawabnya sambil menghempaskan badannya ke atas sofa.

“Yalah DAM. Keluarga kawan Diya tu macam mana, okey?” tanya Puan Maznah sambil duduk di sebelah anak bongsunya. Baharu sekarang dia ingin mengetahui serba sedikit tentang kawan anaknya itu, selama ini dia hanya tahu nama sahaja. Dia sendiri pun tidak pernah pergi ke rumah kawan anak bongsunya itu.

“Alhamdulillah.. mama dia baik, adik dia pun baik. Papa dia dah lama dah tak ada, yang ada kat meja makan tu pun, dia orang bertiga dan seorang kawan dia.” Jawabnya jujur. “Oh ya, mama dia kirim salam kat ibu. Dia kata nanti datanglah lagi, dan ajak sekeluarga sekali.” Sambungnya.

“Walaikumussalam.. dia dua beradik je?” soal Puan Maznah lagi.

Mardiya menggeleng. “Tiga orang. Abang dia melanjutkan pelajarannya di Australia dengan isteri dia.” Jawabnya.

“Siapa nama mama dia?” soal Puan Maznah yang ingin mengenali ibu kepada kawan anaknya itu lebih lanjut.

Aunty Qistina.” Jawabnya. “Okeylah, bu. Diya naik atas dulu.” Katanya.

Puan Maznah mengangguk dan menghulurkan tangannya pada anak bongsunya itu.

Good night.” Kata Mardiya.

Good night.” Jawab Puan Maznah.

Kemudian Mardiya berlalu naik ke atas. Dalam hati dia masih memikirkan nama yang baharu sahaja anaknya menyebut.

Qistina. Macam pernah aku dengar nama tu, tapi kat mana ya? Fikir Puan Maznah.

April 21, 2012

Keseorangan? Bagi saya, tidak.

Picture by: Google

Tekanan melanda lagi diri ini, untuk yang entah ke berapa kalinya.
Bila stress kita akan rasa murung, marah dan sebagainya.
Kalau saya, saya akan menangis dekat Allah di tengah malam. Tetapi bukan bangun waktu sepertiga malam.
Saya menangis sahaja di depan Allah. Sambil baring dan menyesali segala perbuatan saya.
Menangis sesungguh-sungguhnya! Luahkan segala-galanya. Dan sambil itu juga saya membayangkan Allah sedang menatap muka saya sambil kasihani saya.

Walaupun ketenangannya bagi saya hanya pada malam itu sahaja. Tetapi cukuplah untuk kepuasan saya pada malam itu. Tetapi pada keesokkan harinya dugaan terus datang kepada saya.
Saya terfikir, Allah memberikan kita ujian ini bukanlah untuk melemahkan kita. Tetapi untuk mendekatkan lagi kita dengan Dia.

Dan saya cuba pujuk diri saya dengan ayat-ayat cinta Allah. Saya baca surah Al-Hadid yang bermaksud surah besi.

Alhamdulillah, selepas membaca surah Al-Hadid itu saya rasa bersemangat semula.
Dan untuk mengelak dari diri saya terus melanda kesedihan, saya akan membaca surah Al-Baqarah, agar Allah melindungi saya dari terus 'lemas' dengan kesedihan.

Bila rasa keseorangan ada juga saya fikir untuk menghabiskan masa dengan kawan atau keluar shopping dan sebagainya. Tetapi kesibukkan kawan-kawan saya, membuatkan saya tak boleh menghabiskan masa dengan mereka.

Akhirnya saya kembali pada Allah. Minta pada Dia. Hanya Dia yang boleh bantu saya.
Lepas tu saya 'jatuh' kembali dengan 'keseorangan'. Bila saya dah tahu apa yang perlu dibuat bila rasa keseorangan, kosong dan sebagainya. Saya paksa diri saya untuk meluahkan kepada Allah. Luah, luah dan luah. Sebenarnya kita tidak keseorangan. Kita selalu ada Dia. Kalau rasa kosong, periksa balik hati anda.

April 13, 2012

tiada tajuk lagi...

BAB 1

Qalisya membuka laci yang menyimpan fail data-data kewangan syarikatnya. “Aduh.. manalah perginya fail tu,” katanya sendirian sambil memegang fail kewangan bulan lepas.

Dalam pada dia mencari pintu pejabatnya diketuk dan dikuak dari luar. “Kelly, solat dan Dinner jom?” kata Fatin apabila melangkah masuk ke pejabat kawannya itu.

Pap! Fail yang dipengangnya jatuh. Dia mengetap bibir. “Fatin… janganlah terkejutkan aku macam tu, terkejut tahu tak.” Marah Qalisya sambil mengurut dadanya.

Fatin tersengih-sengih. “Sorry, lain kali aku dah tak buat macam tu dah.” Jawabnya sambil mengangkat ikrar.

Qalisya duduk di kerusi mejanya kerja, dan membelek helaian demi helaian kertas yang ada pada fail kewangannya.

Fatin yang sedari tadi berdiri kini dia menarik satu kerusi di depan kawannya itu dan duduk di situ. “Apa lagi yang kau check tu?” soalnya. Sesekali dia memandang muka Qalisya dan fail di depan matanya.
Check kewangan syarikat kita untuk bulan ni.” Jawab Qalisya sambil menggaru-garu kembalinya yang bertudung labuh itu.

Fatin menggelengkan kepalanya melihat kawannya itu. “Tak payahlah kau risau dengan kewangan syarikat. Aku dah bereskan, semuanya okey. Jomlah.” Ajaknya. Pagi tadi dia sudah memeriksa kewangan syarikat kawannya itu. Tiada apa yang perlu dirisaukan sangat. Walaupun kewangan syarikat sedikit menurun.

Qalisya memandang Fatin di hadapan dan melepaskan keluhan di hatinya. Barulah dia merasa sedikit lega. Dia mengambil tasnya di bawah mejanya, lalu bangun dan berkata. “Solat jemaah nak?”

Fatin mengangguk. Penat betul melihat kawannya itu. Kalau fasal syarikat mesti didahulukan, tapi syukur Qalisya masih ingat mahu bersyukur dan bersujud di depan Ilahi. Fatin membuka pintu bilik itu untuk mereka, mereka berjalan dan berhenti seketika di kaunter bayaran kedai itu. “Kak Hajar, kalau ada orang cari saya cakap saya keluar kejap. Okey?” pesannya kepada wanita 30an itu.

Yes boss! Take care.” Jawab Hajar sambil memberikan senyuman.

“Akak pun jaga diri.” Jawab mereka dan berlalu pergi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Usai solat Maghrib mereka pergi di restoran yang berdekatan. Mereka keluar dari perut kereta Saga yang dipandu oleh Fatin. Kebiasaannya untuk keluar makan malam, kereta akan dipandu oleh Fatin. Qalisya sedikit malas hendak memandu. Dan Fatin dengan rela hati sudi untuk menjadi pemandu kepada sahabat selaku bosnya itu.

Mereka berjalan masuk ke arah restoran yang berdekatan dengan pejabat mereka. Mereka memilih di ruang tengah kedai itu, ramai juga pelanggan yang datang di restoran itu. Tetapi kebanyakkan mereka datang ke sini bukan hanya untuk makan sahaja, ada juga yang datang menghabiskan masa dan ada juga yang menyiapkan assignment di situ.

Pelayan restoran itu datang dengan membawa buku menu yang ada di jual di restoran itu. Qalisya dan Fatin tidak melihat, mereka terus memesan makanan dan minuman mereka. Selepas mencatit apa yang ingin dimakan oleh pelanggan, pelayan restoran itu pergi dengan membawa buku menu bersama. “Risaulah..” luah Qalisya.

Fatin memandangnya apabila mendengar kawannya itu bersuara. “Risau apa?” soalnya ingin tahu.

Qalisya meraup mukanya. “Tahun ni kewangan syarikat kita turun naiklah.” Katanya lagi.

“Oh..” Fatin mengangguk.

Memang pertengahan tahun seperti ini penapatan kurang memuaskan, tetapi hendak buat bagaimana. Adat perniagaan, ada yang naik ada yang turun. “Aku kena buat sesuatulah untuk butik aku tu.” Luah Qalisya lagi. Belum sempat Fatin ingin menjawab pelayan restoran itu datang dengan membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. Qalisya dan Fatin memesan nasi goreng kampung untuk makan malam dan mereka memesan air yang sama iaitu; milo ais. Selera mereka hampir sama.

“Apa-apa pun, masa makan is makan. So sekarang time lunch, dipersilakan cik bos kita makan.” Jawab Fatin, lalu mereka membaca doa makan dan menjamu selera.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai makan malam, Fatin terus pulang ke rumahnya. Tetapi tidak bagi Qalisya. Qalisya kembali semula ke butiknya. Ada urusan yang perlu dia selesaikannya. Dia melangkah masuk ke dalam ButCaf.  “Bos.. bos!” panggil Hajar apabila melihat bosnya itu.

Qalisya berhenti, dan berpaling ke belakang. “Eh tak balik lagi?” tanyanya lembut.

Hajar menggeleng. Lalu dia berjalan dan berhenti di depan bosnya itu. “Akak tunggu suami aku dari tadi tak sampai-sampai lagi. Oh ya, tadi ada sorang perempuan datang carik bos.” Katanya.

“Siapa?”

“Dia tak berapa details sangat bagi maklumat dia. Cuma dia kata yang dia DAM.” Jawab Puan Hajar.
Dengan serta-merta jawapan itu membuatkan dahinya berkerut seribu. “DAM? Dia ada bagi kad ke apa ke?” tanyanya sambil terjongket keningnya.

Puan Hajar menggeleng.

Qalisya mengeluh kecil. “Tak apalah, terima kasih.” Jawabnya sambil memberikan senyuman pada pekerjanya itu dan melangkah masuk ke pejabatnya.

Puan Hajar menganggukkan kepala dan kembali tempatnya sambil menunggu suaminya datang untuk menjemputnya pulang.

Qalisya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi mejanya dan meletakkan tas tangannya di bawah meja itu.  “DAM.. tak pernah pula ada kawan yang nama samarannya seperti itu.” Katanya sendirian. “Ah. Dahlah. Malas nak fikir.” Dia menarik laci di meja itu dan mengeluarkan beberapa helaian kertas A4. Dia mengambil pula sebatang pensel. Tangannya mula melakarkan satu lukisan yang berada di kotak fikirannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Qalisya membuka pintu rumahnya. “Assalamu’alaikum…” ucap Qalisya apabila melangkah kan kaki masuk ke dalam rumahnya.

“Waalaikumussalam… baru sampai, lambatnya balik?” tanya Puan Qistina dan melihat ke arah jam di dinding, menunjukkan pukul 11.30 minit malam. Kelihatan sedikit kerisauan muncul di wajah Puan Qistina.

Qalisya menyambut tangan Puan Qistina dan mencium pipi wanita itu. “Ada kerja sikit, tengah stress sangat ni.” Jawabnya dan menghempaskan tubuhnya di atas sofa ruang tamu itu. Penat dirasainya saat ini lebih penat dari memulakan perniagaannya 5 tahun yang lalu.

Syarikat yang diberi nama SNQ Sendirian Berhad itu rasmi ditubuhkan pada 6 haribulan March 2007 tahun ulangtahun kelahirannya sendiri. Sengaja dia memilih tarikh itu kerana katanya; “Senang nak ingat.” Itu jawapannya apabila ditanya oleh arwah Encik Abdullah suatu ketika dahulu.

Dia bermulanya dengan menjahit di rumah sahaja, tetapi apabila tempahan baju semakin meningkat. Dia membuat keputusan untuk membuka sebuah butik disediakan beberapa pekerja yang dilatih dan juga menyedikan mini kafe.

Tetapi pada awalnya sahaja perniagaannya maju, selepas kematian papanya 4 tahun yang lalu, dia menjadi kurang bersemangat. Dan kemudian dia bangkit kembali apabila teringat akan pesan arwah papanya; “Jangan pernah kita rasa lemah dengan sesuatu yang hilang dari hidup kita. Kerana patah tumbuh, hilang berganti. Berzikir, baca al-Quran dan berdoa kepada Allah agar diberikan yang lebih baik. diberikan  juga semangat, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Life must go on!” Pesan arwah Encik Abdullah sebelum kematiannya 4 tahun yang lalu. Pesan itu membuatkannya kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini, dengan bantuan keluarga dan juga sahabat-sahabatnya yang banyak membantu dan menasihatinya.

Walaupun dia mempunyai seorang abang yang sudah berkeluarga, mampu untuk menyara mereka sekarang ini. Tetapi abang dia sudah ada tanggungjawabnya sendiri dan dia perlu berbuat sesuatu juga untuk kehidupannya sekarang dan setelah berkahwin nanti. Tidak pada masyarakat, cukuplah pada keluarganya terlebih dahulu.

Puan Qistina memandang wajah yang keletihan itu. “Kenapa, ada masalah ke?” tanya Puan Qistina dan duduk di sebelah anaknya itu.

Qalisya mengangguk. “Sikit.” Jawabnya lemah.

“Cuba cerita kat mama, apa masalahnya. Mana tahu mama boleh tolong?” kata Puan Qistina menawarkan diri untuk membantu.

Namun pertolonganya ditolak lembut oleh anaknya itu. “Tak apalah ma. Perkara kecik je.” Jawabnya sambil menghadiakan senyuman pada mamanya.

Puan Qistina masih memandang anaknya. “Hal kecil pun kena bagitahu mama jugak.” katanya. Apa sahaja masalah yang menghadapi anak-anaknya, sedaya upaya untuk dia membantu. Walaupun ditolak banyak kali oleh anak-anaknya.

Qalisya membetulkan kedudukannya. “Tahun ni kewangan syarikat menurun.” Terangnya bernada lemah.

Puan Qistina mengangguk. “Normal lah tu adat perniagaan, ada naik ada turunya. Apa rancangan Kelly?”
Qalisya mengjongketkan bahunya. “Kelly masih fikir. Okeylah Kelly masuk bilik dulu.” Jawabnya sambil bangun.

Puan Qistina mengangguk. “Selamat malam. Assalamu’alaikum.” Ucap Puan Qistina.

“Selamat malam. Waalaikumussalam.” Jawabnya. Kemudian dia bangun dan masuk ke dalam biliknya.
Puan Qistina bersandarkan badannya di sofa itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Qalisya meletakkan tas tangannya di atas kerusi. Lalu menghempaskan badannya ke atas katil. “Huh…” keluh halusnya di celah kerongkongnya. “Ya Allah, macam mana nak buat ni….” Dia meraup mukanya. Kusut kepalanya memikirikan masalah yang dihadapinya saat ini.

Telefon bimbitnya berbunyi diminta untuk di angkat. Dia bangun dan membuka tasnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Lalu menekan butang accept. “Helo assalamu’alaikum..” jawabnya tanpa memandang nama di skrin telefon bimbitnya.

“Waalaikumussalam... Kelly!” kata si pemanggil itu yang sedikit terjerit kecil.

Qalisya mengerutkan dahinya. Dia melihat nombor di skrin telefon bimbitnya. Tiada nama. “Iya saya. Siapa ni?” soalnya pula. Dia berjalan duduk di atas katil.

“Ini ak..” tut.. tut… tut…

“Helo… helo.” pagi Qalisya beberapa kali, dia melihat di skrin telefon bimbitnya. “Lah… battery low pulak..” dia bangun dan memasang charger telefon bimbitnya. Dia berlalu masuk ke dalam kamar mandinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pagi yang memenatkan tetapi digagahinya juga di waktu pagi itu. Qalisya meletakkan tas tangan dan beg laptopnya di atas kerusi meja makan sebelahnya lalu duduk di situ. “Pagi kak Kelly..” sapa Muhammad Syamil dan memberikan senyuman kepada kakaknya itu.

“Pagi...” jawabnya. Dia mengambil bihun yang disediakan oleh Puan Qistina itu dan meletakkan di dalam pinggannya.

“Aik sikitnya makan?” tanya Puan Qistina apabila melihatnya.

“Tak seleralah nak makan banyak pagi-pagi macam ni.” Jawabnya. Dia menyuapkan bihun itu ke dalam mulutnya.

“La.. kenapa macam tak bersemangat je ni? Tak baik depan rezeki macam tu..” pesan Puan Qistina.

Stress lah mama fikir hal syarikat tu.” Jawabnya lagi.

Puan Qistina duduk di sebelahnya dan mengambil bihun lalu meletakkan bihun ke dalam pinggannya. “Stress sangat ke sampai tak ada selera nak makan? Dah zikir ke, buat solat sunat ke?” tanya Puan Qistina lagi.

Dia menggeleng sambil tersengih-sengih. Terlupa pula dia untuk melakukan solat sunat. Dia meletakkan sudu di pinggannya itu, lalu meneguk air di dalam cawan. Dan bangun. “Okey dah, Kelly pergi dulu.” Katanya segera bangun lalu bersalaman Puan Qistina dan Syamil.

“Hati-hati bawa kereta tu.” Pesan Puan Qistina.

“InsyaAllah. Bye Mil.”

Bye.” Jawab Syamil.

Dia berlalu pergi. Puan Qistina memandang anak bongsunya itu yang masih lagi di meja makan. “Tak habis-habis lagi ke makan tu? Dah pukul 7 suku ni, nanti lambat pula.” Bebel Puan Qistina.

Syamil meneguk airnya di sebelah. “Dah sudahlah ni.” Jawabnya yang tidak mempedulikan bebelan mamanya itu. Lalu bangun bersalaman dengan Puan Qistina dan mencium pipi gebu mamanya itu.

“Hati-hati belajar, jangan lupa baca doa semoga Allah berikan berkat apa yang kita belajar hari ni supaya tak lupa apa yang kita belajar. Dan jangan nak bercinta sebelum tiba waktunya.” Pesan Puan Qistina. Pada tiap pagi itulah yang dipesannya kepada anak-anaknya dahulu semasa di bangku sekolah sehinggalah pada anak bongsunya itu.

Syamil hanya mengangguk faham. Dan berlalu keluar dari rumahnya dan pergi ke sekolahnya dengan berjalan kaki.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pekerja ButCaf  SNQ hari ini sangat rajin dan kemas sekali penampilan mereka. Fatin mengetuk pintu bilik bosnya itu dan masuk ke dalam. Dia duduk di depan kawannya itu apabila melihat Qalisya yang tidak begitu sibuk hari ini. “Senang nampak hari ni. Hilang dah tension kau tu?”

Qalisya tergelak kecil. “Alhamdulillah…” jawabnya sambil tekun memandang skrin komputernya. Dari pagi tadi dia asyik melayan permainan Pizza Frenzy. Lenguh juga pergelanggan tangannya. Kerana permainan itu memelurkan pergerakkan tangan yang pantas.

Fatin turut tergelak kecil. “Tadi ada orang cari kau.” Katanya.

Qalisya menekan butang Pause dipermainan itu lalu mengangkat mukanya memandang Fatin di hadapannya.

Lalu berkerut dahi. “Semalam kak Hajar pun ada bagitahu aku ada orang cari aku. Tapi siapa?”

Fatin menggosok hidungnya yang sedikit gatal itu. “Apa entah nama dia tadi, mad.. lupa pula aku.” Katanya.

“Mad apa pula kau ni.. DAM ke?” tanyanya sambil terjongket keningnya.

Fatin segera mengangguk apabila nama itu yang disebut oleh Qalisya. “Ha’ah. Macam permainan dam ular tu je aku rasa.” Kata Fatin sambil tergelak kecil. Tapi betul apa. DAM seperti dam permainan ular itu. Seronok juga main permainan itu, tapi paling menggerikan apabila terkena dekat tapak yang mulut ular itu ternganga kemudian kena turun. Lama juga hendak menunggu untuk menang. Siapa yang hebat menglemparkan buah dadu itu, senanglah hendak menang sampai ke angka 100.

Qalisya bersandar di kerusinya sambil berfikir. Siapa DAM ini? Kenapa beria-ia benar mencarinya?

“Dia tak ada tinggalkan kad ke or something?” tanya Fatin lagi.

Qalisya menggeleng.

“Pelik. Orang biasanya meninggalkan apa-apa ke, tapi dia tak.” Luah Fatin.

Dia mengjongketkan bahunya. “Biar jelah. Kalau dia serius nak jumpa aku dia akan tinggalkan pesan dan cuba untuk cari aku lagi.” Jawabnya pula. Membosankan main rahsia-rahsia begini.

Fatin menangguk lagi. “So apa rancangan kau untuk julanan menjelang ramadhan tahun ni?” tanya Fatin kembali ke tujuan asal dia ke bilik itu.

Qalisya mengeluh dia bersandar pada kerusinya itu dan merenung ke arah syiling pejabatnya itu. Bulan ramadhan hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Fikirannya kembali berserabut apabila memikirkan hal itu. “Aku ingat nak buat iklan dan perbanyakkan koleksi.” Cadangnya.

Fatin berfikir sejenak. Lepas itu dia bersuara. “Okey juga tu. Kebetulan aku ada kenal dengan seorang pengiklanan.” Jawabnya.

Dia memandang kawannya itu.“Aku serahkan kerja ni dekat kau dan kau tolong uruskan, boleh?” pintanya. Dia berharap sangat kawannya itu dapat menolongnya dalam hal ini.

Fatin mengangguk. “No problem! Ada apa-apa lagi yang kau nak aku tolong?” tanya Fatin lagi.

Qalisya menggerakkan badannya sedikit, dia menarik laci mejanya itu dan membawa keluar beberapa helai kertas dan memberikan pada Fatin. “Nah. Nanti kau suruh budak-budak tu jahitkan baju ni sebijik macam dalam kertas.” Perintahnya. Kertasnya itu disambut.

Fatin melihat lukisan baju-baju yang dilukis cantik oleh kawannya itu. Ada jubah, baju kurung, baju T-shirt muslimah dan sebagainya. “Cantik.. bijak jugak ya kawan aku ni.” Kata Fatin. Matanya masih melekat di kertas yang berada di tangannya.

Qalisya hanya tersenyum. “Sesungguhnya Allahlah yang Maha Bijak. Dia yang mencampakan idea dekat aku. Aku hanya berdoa dan usaha.” Jawabnya.
Fatin mengangguk. Membenarkan kata-kata Qalisya itu. Sesungguhnya hanya Dialah yang Maha Memberi mengikut kemampuan hamba-hambaNya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Usai solat Maghrib dia mengemas sedikit di ruang pejabatnya itu. Dia memandang jam di dinding. Tepat jam 8.30 minit malam. Dia bergerak ke arah tingkap biliknya itu, dia melihat di luar tingkap. Hujan lebat membasahi tanah kota Kuala Lumpur itu. Dia berdecit. “Hujanlah pula.” Monolongnya sendiri.

Dia berlalu keluar dari biliknya. “Fatin...” panggil Qalisya apabila melihat kelibat kawannya itu yang sudah bersedia untuk pulang.

Fatin berpaling ke belakang memandang Qalisya yang berlari anak mendapatkannya. “Ada apa?”

“Kat luar hujan lebat. Tak berani pula aku nak drive kereta dengan jalan yang licin. Teman aku kat sini boleh?” pintanya pada Fatin. Dia trauma memamndu kereta dengan waktu hujan dan pasti jalan licin. Dia pernah kemalangan suatu ketika dahulu. Keadaannya dahulu dia ingin pulang dengan cepat, dia memandu dengan perlahan. Dengan cuaca yang gelap. Entah bagaimana ada sebuah motor yang berlalu dari arah bertentangan melanggar keretanya. Penunggang motor itu mati di tempat kejadian. Dia ditahan di wad selama seminggu kerana ada kecederaan kecil di dalam kepalanya.

“Kalau macam tu kau tunggu jelah kat sini, dah reda nanti kau baliklah.” Cadang Fatin.

Qalisya melopong. “Sorang diri?”

Fatin mengangguk. Di kedainya itu tiada siapa pun yang tinggal, hanya mereka berdua.

“Temanlah aku.. entahlah aku tinggal sorang kat sini,” pintanya lagi dengan penuh harap dari kawannya itu.

Fatin menggaru kepalanya yang bertudung labuh itu. “Ikutkan aku nak tolong hantar kau balik, tapi ibu aku baru masuk hopital semalam. Sorry.” Jawab Fatin Azhari. Ibunya Puan Syila yang baharu sahaja di masukkan ke hospital kerana disyaki demam denggi.

Qalisya mengeluh. “Tak apalah apa-apa pun parents the first. Kau hati-hatilah drive kereta tu.” Pesannya sambil menggengam tangan sahabatnya itu. Dia tidak mahu kerananya kawannya itu mengabaikan tanggungjawabnya ke atas ibunya yang sudah tiada siapa di dunia ini kecuali dia.

Fatin mengangguk. “Maaf sangat-sangat ya.. dan kau pun jaga diri kat sini.” Pesannya. Dia juga turut risau untuk pulang seorang diri dalam keadaan hujan lebat itu. Tetapi tiada siapa yang akan menjaga ibunya di hospital. Mereka tiada sesiapa. Dia kehilangan ayah dan kakak akibat kemalangan semasa usianya meningkat di bangku sekolah menengah. Kini dialah tulang belakang bagi kehidupannya dan ibunya.. Dia juga kuatir unutk meninggalkan kawannya itu di situ sendirian. Apa-apa pun, ibu bapa adalah yang pertama harus didahulukan.

Fatin keluar dari butik itu. Qalisya terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia berharap hujan akan cepat reda. Dia melihat jam di dinding lagi. Tepat jam 8.40 minit malam.

Sesekali kilat memancar ke bumi. Qalisya bersandar di sofa. Mulutnya terkumat-kamit membaca apa-apa surah yang boleh mententeramkan hatinya dan melindunginya saat ini. Ini bukanlah kali pertama dia sendirian di pejabat itu. Tetapi hari ini hatinya tak sedap. Perasaan risau menerjah masuk ke dalam hatinya.

Beberapa minit kemudian Qalisya dapat menangkap bunyi tapak kaki di luar biliknya. Hatinya berdebar-debar saat ini. Mulutnya terkumat-kamit membaca Ayatul Kursi. Dia berharap agar Allah SWT menjaga dan melindunginya.

Fikirannya menyuruhnya untuk bangun dan melihat ke luar. Tetapi hatinya menindakkan kata otaknya. Tanpa berfikir panjang, dia sudah bersedia bersembunyi di belakang pintu dengan memegang payung. Jika sesuatu di luar itu masuk dia akan memukul dengan payung itu dengan secepat yang mungkin. Tenaga dikumpulkan.

Kemudian bunyi itu hilang dari pendengarannya. Dan saat itu tombol pintu biliknya itu dipulas perlahan melalui luar. Dia menjadi takut. Dia memegang kuat payung yang berada di tangannya. Dan kemudian pintu bilik itu di buka sedikit.

Qalisya menggigil ketakutan. Dia melihat sedikit di balik pintu itu seperti kepala manusia. Kepala itu memusing sedikit di sebelah kiri, di mana Qalisya menyorok di situ. Qalisya mengangkat payung itu dan memukul orang itu sekuat hatinya.

“Aduh… aduh..” Orang itu mengadu kesakitan beberapa kali.

Qalisya tanpa mempedulikan suara itu terus memukul. Kemudian orang itu menahan payung yang memukulnya itu sekuat hatin. Qalisya menjadi kaget. Kelihatan wajah bengis dari lelaki itu. Pintu bilik itu di tutup oleh orang itu. Qalisya menjadi lebih ketakutan, jantungnya berdegup kencang. Qalisya memandang di tombol pintu itu yang tidak dikunci oleh lelaki itu.

Ya Allah, Yang Maha Melindungi. Lindungilah aku hambaMu ini, ya Allah. Fikir Qalisya, fikir! Kata Qalisya di dalam hati kecilnya. Lelaki itu bergerak dekat ke arahnya, Qalisya bergerak ke tepi sebelah kirinya.
Qalisya masih ligat berfikir. Kemudian dia mendapat satu idea, yang dia sendiri tidak pasti sama ada menjadi atau tidak.

Dia memandang sedikit ke arah payung yang bahagian depan dipegangnya dan di bahagian bawah dipegang oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia menolak payung itu ke arah lelaki itu dengan sekuat hatinya, setelah mengena pada perut lelaki itu dia melepaskan payung itu dari tangannya.

Lelaki itu berundur sedikit ke belakang dan jatuh apabila mengena perutnya. Dengan pantas lelaki itu bersuara. “Tunggu.. tunggu… saya tak nak buat apa-apa pun kat awak.. sa..ya hanya menumpang berteduh.. kat sini je. Kereta saya rosak, kebetulan saya tengok.. kedai awak still open lagi…” jelas lelaki itu sambil tersekat-sekat kerana menahan kesakitan.

Qalisya tidak mempedulikan penjelasan lelaki itu. Dia tidak menunggu lagi, dia terus keluar dari bilik itu. “Kat luar tu tengah hujan kilat.” Kata lelaki itu lagi.

Serta-merta kakinya berhenti dan berdiri di luar bilik itu apabila teringat akan itu. Kenapa mesti aku berhenti? Lebih baik aku keluar tengah hujan macam ni, daripada diapa-apakan oleh lelaki itu. Fikir Qalisya.

Dan lelaki itu berjalan keluar dari biliknya. Sedikit jauh jarang diantara mereka, lalu lelaki itu bersuara lagi. “Kalau hujan reda sikit saya janji saya akan terus pergi.” Kata lelaki itu sambil memengang perutnya. Uish kuat juga perempuan tu tolak tadi. Sakit tahu tak! Kata hatinya.

“Perlu ke sampai masuk dalam bilik tu segala bagai?” soalnya dengan nada yang sedikit tegas untuk menakutkan lelaki itu dan untuk meredakan perasaan takutnya yang berada di tahap kritikal.

“Saya nampak lampu bilik tu terbuka, itu yang membuatkan saya rasa memang ada orang di dalam butik ini. Dan kalau ada saya nak minta izin untuk menumpang di sini.” Terang lelaki itu lagi.

Qalisya tidak menjawab apa-apa.  Dia memandang pada pintu buktinya itu. memang tak berkunci dan betullah kata lelaki tu. Macam mana aku boleh terlupa? Oh ya! Selepas Fatin keluar dari sini aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Tidak teringat pun untuk mengunci pintu. Argh! Time-time macam nilah pintu tu tak berkunci. Keluh Qalisya.

Dia berpaling sedikit ke belakang dia mengintai sedikit lelaki itu dengan ekor matanya. Boleh percaya ke lelaki ni? Muka dia yang nampak baik tu dan penampilan dia, macam boleh percaya. Tapi… oh tidak! Mama kata, don’t trust anyone. Kata hatinya.

Lelaki itu melirikkan matanya ke arah jam di tangannya menujukkan tepat jam 9.30 minit malam. Dan tampak sedikit resah di wajah lelaki itu. Baharu dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat Isyak lagi.

Walaupun solat Isyak waktunya panjang. Tetapi kita hanya boleh melambatkan solat Isyak jika kita hendak bangun solat malam. Seeloknya kita menunaikan solat diawal waktu.

Berkerut dahi Qaliya apabila melihat wajah lelaki itu melalui ekor matanya.
Kemudian lelaki itu memandangnya. Qalisya menjadi sedikit kaget dengan pandangan lelaki itu. “Maaf.. saya nak tumpang solat kat sini boleh?” pinta lelaki yang tinggi itu penuh harap.

Qalisya masih berfikir-fikir sama ada ingin membenarkannya atau tidak kepada lelaki itu untuk menumpangkannya solat di situ. Boleh percaya ke? Tapi kita kena bersangka baik kepada sesiapa pun. Tapi … dalam keadaan macam ni tak boleh percaya pada sesiapa. Qalisya bermain dengan perasaannya sendiri.

Dum! Guruh berbunyi membuatkan Qalisya dan lelaki itu sedikit terkejut. Tanpa berfikir panjang lagi dia membenarkannya dan satu amaran diberikan kepada lelaki itu. “Okey.. tapi ingat kalau kamu buat apa-apa. Saya takkan teragak-agak untuk cederakan kamu macam tadi.” Sambungnya lagi. “Bilik solat dan tandas di belakang.” Katanya kepada lelaki itu sebelum lelaki itu melangkah pergi. Qalisya masih dalam mood berjaga-jaga. Selagi lelaki itu tidak keluar dari situ hatinya tak akan tenang.

Lelaki itu mengangguk dan berlalu pergi.

Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dari arah belakang. Qalisya bangun dari duduknya, takut dirinya diapa-apakan.

“Maaf sebab buat awak takut tadi. Duduklah.. saya takkan buat apa-apa dekat awak. Saya janji.” Kata lelaki itu.

Sebanyak mana pun kau berjanji, susah untuk aku percaya. Dengan perlahan dia duduk kembali.
Tanpa meminta izin, lelaki itu duduk di atas kerusi yang berada berdekatan dengannya. Dia masih lagi memengang perutnya.

Qalisya melihat pelik dengan kelakuan lelaki itu. “Siapa suruh ceroboh masuk.” Jawab Qalisya sedikit perlahan nada suaranya.

“Ya saya mengaku salah saya sebab ceroboh masuk.” Kata lelaki itu apabila mendengar suara Qalisya itu. “Tapi kenapa awak tak kunci pintu tu? Syukur saya yang masuk, kalau orang lain yang masuk macam mana?” soalnya kepada Qalisya.

Qalisya menggigit bibir bawahnya. Tapi bukankah ada tanda open atau closed di tampal di pintu kaca itu? Qalisya melihat pelekat yang berada di pintu buktinya itu. Sekali lagi dia tercengang melihat tanda yang tertampal di pintunya itu menunjukkn yang butiknya masih beroperasi. Memang kalau budak kecil tengok pun akan masuk kalau dah terang tang-tang open yang di tampal di pintu itu. Dia mengeluh kecil.

“Tak apa kalau tak nak jawab, tak penting pun untuk saya.” Kata lelaki itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 jam sudah berlalu. Mereka tidak bercakap, sibuk dengan urusan sendiri. Sesekali lelaki itu merenggangkan ototnya. Qalisya bangun dari duduknya, dia melihat ke arah luar cermin butiknya. Hujan sudah sedikit reda. Dia memandang sekilas lelaki itu yang masih memegang perutnya. Sakit betul ke atau gimik aje tu? Fikir Qalisya. “Tu hujan dah berhenti. Tunggu apa lagi?” tanya Qalisya.

Lelaki itu memadang Qalisya dan beralih ke arah luar tingkap bukti itu, lalu mengangguk faham dan bangun dari duduknya. Dia mencapai begnya dan berjalan ke arah pintu butik itu. Qalisya yang berada di pintu keluar bukti itu mengundur ke tepi, memberi ruang kepada lelaki itu untuk keluar. Lelaki itu memandangnya di sebelah kanannya.

Qalisya menundukkan pandangannya, tidak mahu lelaki itu terus memandangnya.

“Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya berteduh dan solat di sini.” Ucap lelaki itu.

Qalisya hanya mengangguk. Dan lelaki itu terus keluar dari butiknya. “Okey… sekarang masa untuk aku pula nak balik.” Kata Qalisya sendiri. Dia menutup semua suis di dalam butiknya itu, lalu keluar dari situ dan mengunci pintu butiknya itu. Kali ini tidak boleh cuai lagi!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mardiya melangkahkan kakinya menuruni anak tangga itu satu-per-satu. Dia berjalan ke arah ruang meja makan. Dia memberi isyarat kepada ibunya yang berada di meja makan itu agar senyap. Dia berhenti di belakang kakaknya. Dengan pantas dia menutup mata kakaknya itu. Puan Maznah hanya tersenyum melihat anak daranya itu. Emelda sedikit terkejut. “Biar kak Aida teka siapa. Diya, kan?” teka Emelda Borhan.
Mardiya mengeluh kecil. Dia berjalan dan duduk di tepi kakaknya itu. “Macam mana kak Aida tahu ekh?” soalnya.

“Adalah.” Jawab Emelda tersenyum kecil.

“Tak acilah. Baru je nak buat surprise.” Kata Mardiya lagi sambil menarik muka manjanya itu.

Emelda ketawa kecil. “Tak payah nak surprise sangatlah..” kata Emelda pula.

“Oh ya.. abang Haris mana? Tak makan sekali ke?” soal Mardiya lagi kepada kakaknya itu.

Emelda menuangkan air ke dalam gelas adiknya itu.  “Abang Haris outstation kat London. Dan abang Is jugaklah yang bagitahu kita orang kat sini yang Diya nak balik kelmarin.” Jelas Emelda sambil tersenyum-senyum.

“Eleh. Ada spy memanglah.” Kata Mardiya sambil menarik muka manjanya itu lagimu. Abang iparnya itu memang ada banyak ‘kable.’

 “Pagi Encik Borhan.” Sapa Puan Maznah apabila melihat suaminya itu yang baharu sahaja turun untuk menyertai mereka sarapan pagi di ruang itu. Encik Borhan hanya mengangguk lalu memberikan senyuman pada isterinya dan duduk di sebelah anak bongsunya itu.

“Pagi-pagi lagi dah kecoh ni, ada berita hangat yang ayah tak tahu ke? Macam mana Cik Ainul Mardiya kita study Diya kat sana, okey?” tanya Encik Borhan sambil menanti isterinya meletakkan nasi goreng di dalam pinggannya.

“Biasalah Encik Borhan.. anak dara kita ni macam tak kenal pulak dia orang kalau sekali dah jumpa macam tulah gamaknya.” Jawab Puan Maznah yang sedari tadi hanya menjadi pemeharti anak-anaknya. Tanpa anak-anak rumah itu sunyi sepi baginya.

Mardiya menganggukkan kepalanya. “Alhamdulillah semua okey. Study pun okey je.” Jawabnya.

“Bila balik London lagi?” tanya Encik Borhan lagi.

“Rasanya dah tak balik sana lagi dah, Diya kerja kat sini terus. Semalam Diya pergi temuduga, dan Alhamdulillah terus dapat.” Jawab Mardiya.

Encik Borhan mengangguk. “Hospital kat mana?” tanya Encik Borha sambil menikmati makanan yang telah lama terhidang.

“Klinik je, ayah. Kebetulan ada jawatan kosong.” Jawab Mardiya lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Encik Borhan mengangguk. “Oh ya Aida, bila balik Perak?” tanya Encik Borhan kemudian dia meneguk air di dalam cawan.

“InsyaAllah malam ni.” Jawab Emelda sambil memandang wajah ayahnya itu.

Puan Maznah memadang anak sulongnya itu. “Awalnya.. kan Aida baru sampai malam semalam. Tak boleh duduk sehari dua lagi ke? Lagi pun Diya kan baru balik.” Sampuknya.

Emelda tersenyum kecil. “Tak bolehlah bu.. budak-budak kat U tu tengah ada exam dan letcurer along bagi banyak kerja. Tak apalah.. nanti masa puasa dan raya, Aida dan Is sambut kat sini, ya?” Jawab Emelda.

Puan Maznah hanya mengangguk. Redha dengan tanggungjawab anaknya itu sebagai pelajar dan tutor.

“Kak Aida balik pukul berapa? Naik apa?” sampuk Mardiya pula sambil menambahkan lagi nasi goreng buatan ibunya itu ke dalam pinggannya. Sudah 4 tahun tidak merasa masakan yang dibuat oleh ibunya itu.

Emelda memandang adiknya pula. “Pukul 8. Naik flight. Kenapa nak ikut ke?” tanya Emelda pula.

Mardiya ketawa kecil. “Tak boleh nak follow lah kak. Ada urusan yang nak kena selesaikan. Next time, okey.” Jawab Mardiya dan meleparkan senyuman pada kakaknya.

“Oh lupa pula. Mardiya kan dah jadi doktor sekarang. Apa nama nickname, DAM is doktor Ainul Mardiya, kan?” soal Emelda lagi.

Mardiya tersengih kecil dan mengangguk. Rindu pula dia dengan pesakitnya yang memberikan nama samarannya sebegitu, apabila pernah berkhidmat sementara di klinik semasa di London. Sekarang pesakitnya itu sudah pulang ke Singapura.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuk.. tuk.. tuk.. pintu dikuak dari luar. “Semalam kau balik pukul berapa Kelly?” tanya Fatin yang baharu melangkah masuk ke dalam pejabat kawannya itu dan duduk di depan Qalisya. Kali ini Fatin tidak masuk secara mengejut lagi. Kerana kita harus menjaga privasi orang lain juga.

Qalisya memandang kawannya itu namun dia tidak terus menjawab. Dia mengadap kembali buku Bumper Book Of Wordsearch di depannya itu. Dia asyik melayan Bumper Book Of Wordsearch. Dapat melegakan sedikit otaknya yang berserabut dengan kerja seharian.

Fatin masih memandangnya, menunggu jawapan dari kawannya itu. “Cik Kelly ku sayang.. kau balik pukul berapa semalam?” soalnya lagi.

“Dekat nak pukul 11 lebih aku sampai rumah. Kenapa?” tanya Qalisya.

“Hah serius!? Saje jelah aku tanya. Tak takut ke tinggal seorang kat sini?” tanya Fatin lagi.

Qalisya mengangguk. Matanya masih tertacap pada huruf-huruf di buku itu.

Fatin masih tidak berpuas hati, dia bertanya lagi. “Aik.. betul tak takut ni?”

Qalisya mengangguk lagi.

“Hebat!” kata Fatin. Dan bersandar malas di kerusi itu.

Qalisya memandang sekilas kawannya itu. “Without Allah, I’m nothing. And Him always with me. Lagi pun aku rasa lelaki yang semalam tu orang yang di hantar oleh Allah untuk teman aku kut.” Jawabnya. Dan membulatkan huruf yang dapat di carinya di dalam buku itu.

Fatin berkerut dahinya apabila mendengar kata dari Qalisya itu dan bangun dari bersandar. “Lelaki? Lelaki mana ni? Kau orang buat apa haa berdua-duan?” soalnya bertubi-tubi.

“Fatin binti Azhari, sila bersihkan pemikiran anda tu ya. Lelaki tu yang ceroboh masuk butik aku lepas tu meredah masuk pejabat aku pula tu. Dengan alasan nak menumpang berteduh dan nak solat Isyak kat sini.” Katanya.

Fatin melopong. Satu apa pun dia tidak faham apa yang kawnanya itu cuba katakan. “Apa kau cakap sayang? Satu apa pun aku tak faham.” Katanya sambil menggaru-garu kepalanya.

Qalisya menarik nafas. Dan menjelaskan bagaimana dia bergelut dengan lelaki itu dan bagaimana perasaannya saat itu.

Sesekali Fatin menyoal itu ini. “Faham?” tanya Qalisya.

“Faham-faham.” Sambil mengangguk faham. “Aku ingatkan kau kunci pintu tu.” Kata Fatin lagi.

Qalisya memandang tepat ke arah mukannya. “Kau nak salahkan akulah ni. Lepas kau pergi, aku tak ingat sikit pun nak kunci.” Sedikit kesal di hatinya apabila mengingat kembali kejadian semalam itu. “Yes! Dapat pun. Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa pun.” Kata Qalisya apabila dapat mencari perkataan yang telah diberikan di dalam buku itu. Dia menyambung kembali mencari perkataan di dalam buku yang baharu dibelinya beberapa minggu yang lalu. Baharu sekarang dia berkesempatan bersama dengan buku itu.

Fatin melihat kawannya itu dan menggelengkan kepalanya. Siapa sangka, mereka yang dahulunya tidak pernah kenal. Tetapi kerana kejadian Qalisya menolongnya ketika dia kemalangan jalan raya 3 tahun lepas, sejak itu mereka selalu berjumpa dan Qalisya mengajaknya untuk bekerja di butik itu. Kebetulan ketika itu ButCafe baharu sahaja beroperasi. Kini mereka seperti belangkas kerana keakraban mereka. Dan seperti adik-beradik kembar. Kerana minat, selera dan juga pemakaian mereka yang kekadang itu hampir serupa. Dan apabila tubuh badan mereka yang bersaiznya sederhana itu membuatkan orang berfikir yang mereka ini seperti kembar.

Kemudian Fatin tergelak kecil, memecahkan kesunyian di ruang bilik itu.

Qalisya memandang Fatin. Lalu keningnya terjongket sedikit.

Fatin hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih-sengih. “Okeylah.. aku keluar dulu.” Lalu dia bangun dan keluar dari bilik itu. Banyak kerja yang harus dia kerjakan.

P/S ----> Jika ada kesalahan mohon teguran dari pembaca.. :)

pageviews