status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

March 8, 2013

SMIP

Assalamu'alaikum...

Ada orang tak? hihih.. harap-harap adalah orang yang menyinggah dan membaca ya, hihi.
Alah, tak penting pun! Sekadar coretan ringkas. :)

Semalam saya teman kakak saya pergi SMIP (Sekolah Menengah Islam Puchong). Amek sijil SPM dia.
Sampai sahaja di Puchong, saya lihat jam. Hampir pukul 11. Pergi pukul 10 pagi. Kira biasalah 1 jam dari KL-Puchong. (take note)

Mata saya masih lagi lekat kat luar tingkap kereta. Melihat suasana kawasan Puchong. Saja meluaskan pemandangan, kikiki.

Sebelum sampai kawasan sekolah, saya melihat pula kawasan perumah yang ada di situ. Kali ni kena betul-betul ingat kawasan sekitar situ.
Kami pun menyusuri lorong kecik, yang menuju ke dalam kawasan sekolah.

Alhamdulillah, sekolah itu masih dalam kondisi yang baik. Harap akan bertambah baik, dan melahirkan anak-anak murid yang berwibawa dan menyebarkan ajaran Islam. :)

Mesti tertanya-tanyakan, kenapa saya cerita perihal SMIP ni?
Hihi.. actually saya tulis ni pun untuk satu nota biasa saje, hihi.

Sebab e-novel pertama saya, watak hero dan heroinnya bersekolah di situ.. ^_^
So, kalau saya sambung balik menulis cerita tu, bolehlah rujuk background sekolah tu dalam entri saya kali ni. :) Kira satu injo lah.

Sekolah tu sangat menitikberatkan pergaulan antara lelaki dan wanita. Juga menitikberatkan soal agama, of courselah agama, dah nama Sekolah Menengah Islam, haha.. :p

Tapi selebihnya, saya kurang tahu berkenaan sekolah ni. Walaupun kakak saya bekas pelajar sekolah tersebut, namun tak banyak yang dapat dikongsikan bersama.. :(

Oh ya, bagi saya sekolah ni nampak unik dan lain dari yang lain.

Masuk saja kawasan sekolah tersebut, kita akan nampak sebuah rumah (pemilik tuan tanah).
Depan sikit lagi, belah kanan ada kelas dan sebelah dia lagi surau.dan kantin, masa saya datang kelmarin, ramai pelajar lelaki yang ada kelas pada hari tu, peliknya perempuan tak nampak pulak.

Bagunan tu hanya ada 3 kelas, depan bagunan yang bertentangan ada sebuah bagunan lagi, 2 tingkat.
Bahagian bawah bilik guru, tepi tu rumah ustaz/ustazah yang mengajar di situ.
Dalam barisan yang sama, bagunan yang sama.

Lainkan? Selama ni saya tak pernah jumpa, satu bagunan 2 tingkat, bawah bilik guru, rumah tenaga pengajar dan bahagian atas ada lagi beberapa buah kelas. Pertama kali saya jumpa.

Dan di bahagian dalam lagi belah kanan selepas surau dan kantin ada asrama perempuan.
dan belakang-belakang sana pulak asrama lelaki.

Maaf ya kalau saya salah. Bagi yang pernah atau masih belajar/mengajar di situ bolehlah perbetulkan apa yang saya tulis ni. Dan bolehlah menceritakan lebih lanjut keadaan pembelajaran di sana bagaimana.
Kakak saya pun tak sempat nak cerita. Habis belajar di sana terus sambung belajar.
Jadi sesiapa yang tahu, bolehlah kongsikan kat sini. :)

Syukran..

Sekian dari saya.
Oh, one mora thing!
Sorry, kalau apa yang saya tulis ni buat pembaca pening dan tak faham.
Saya pun ingat-ingat lupa, nak-nak lagi tengah malam macam ni *12.26am* update blog, hihi.
Menemani kakak saya buat assingment account dia tu.

Uish.. bila ntah nak habisnya.. huhu :(

Ok, selamat malam.. Eh! Selamat pagi, hihihi.. :)
Maaf sekali lagi. :)

pageviews