Assalamu’alaikum, Alhamdulillah..
selesai juga kelas agama yang saya hadiri selama dua hari ini, dengan kakak
sulung saya. Dari 7 pagi dah bangun, prepare untuk ke Sentul bagi menghadiri
majlis ilmu.
Banyak pelajaran, pengalaman dan
kawan baru yang saya perolehi di sana.
Bila hadiri majlis ilmu, dan merapati
orang yang lebih berpengalamn dari kita, kita akan merasa betapa ceteknya ilmu
kita, dan betapa luasnya ilmu Allah SWT itu.
Ibarat luasnya air di lautan, apabila
kita mencelupkan jari kita ke dalamnya dan menarik kembali jari kita dan air
yang melekat di jari kita itulah ilmu kita. Betapa sikitnya. SubhanAllah.
Pelajaran 2 hari itu dirasakan tidak
cukup. Betapa happynya dapat mencatit ilmu dari orang-orang yang berpengalaman
dan bukan calang-calang orang juga yang saya jumpa itu. Tapi bukan status orang
itu yang saya nak ceritakan di sini.
Saya nak cakap, bila hari minggu tak
ada benda nak buat, ajaklah keluarga kita, sahabat kita sesekali pergi majlis
ilmu. Dengar ceramh di TV, radio, Youtube itu tidak cukup. Lebih menarik kalau
kita dapat pergi dan tanya lebih lanjut berkenaan dunia dan akhirat. Isilah masa
yang terluang kita itu dengan perkara yang lebih bermanfat.
Apa yang saya dapat sepanjang 2 hari
di Sentul?
Ok, ini berkenaan dengan kesihatan. Siapa
nak jaga kesihatan dan kurus insyaAllah boleh cuba.
Pengambilan makanan yang seimbang;
protein, buah-buahan, sayur-sayuran, kabohidrat dan bijirin.
Seimbangkan pegambilan makanan dengan
aktiviti fizikal.
Kurangkan makanan yang berminyak dan
manis. Kalau boleh makanan berminyak itu ambil 2 kali seminggu sahaja.
Kurangkan garam, garam boleh menyebabkan
darah tinggi kalau tak jaga kuantiti pengambilannya.
Budu, kaya dengan Zat Besi untuk
menghidupkan kulit-kulit mati. (I like budu!)
Cili pula ada bahan kimia di
dalamnya, kebaikannya boleh mereleasekan tension. Tapi keburukannya boleh
menyebabkan Appendix. Jaga-jaga. Kalau stress, mengadulah pada Allah terlebih
dahulu.
Sumber : Google
Air Horliicks,
ada 48 pisang, 3 gram bayam iaitu zat besi, 55 gelas susu dan
bijirin. Sangat baik. Dah dekat nak puasa ni, berkempenlah horlicks nanti, hihi.
Sumber : Google
Gaya Hidup Sihat (GHS)
Menjaga persekitaran
tempat tinggal dan tempat kerja.
Jauhi dadah, rokok dan
arak. (Tambahan) jauhi sumber pendapatan yang haram, untuk menjaga keimanan kita kepada Allah SWT.
Senaman minima 20-30
minit, 3 kali seminggu.
--------------------------------------------------------------
Inilah salah satu perkara yang saya berlajar selama menuntut
ilmu di Sentul semalam dan hari ini. Macam-macam, yang dibincangkan. Ada hal
agama, akademik, kesihatan dsb. Kalau rasa was-was dengan penyampai saya ni,
rujuklah doktor, ya.
Apa-apa pun mulakan
dengan doa, usaha, ilmu dan tawakal. Mintalah pada Allah yang Maha Memberi. Kesihatan
sangat penting untuk kehidupan kita, kalau sakit ibadah kita kepada Allah juga
terbatas, nak-nak lagi yang sakit kronik. So, be careful starting now.
Yang dah sakit tu, ikut nasihat doktor. InsyaAllah boleh sembuh.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semakin kuat agama seseorang itu,
semakin sihat seseorang itu.
Amalkan asas kerohanian yang baik dan solat 5 waktu.
Ok, terlebih panjang pulak.
Assalammualaikum, minta izin download gambar diatas dan artikel. Ingin dikongsikan kepada teman teman yan lain.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam, ya silakan.
Delete