status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

September 5, 2014

Kifarah 2




Assalamu'alaikum, selawat ke atas junjungan besar kita baginda Nabi Muhammad SAW.

Tiba-tiba gambar hospital itu kenapa?
Entri ni mungkin sesuai untuk sambungan entri kifarah yang dulu.

3 bulan menyepi dari penulisan,
dan dalam 3 bulan itu jugalah ujian yang saya dan keluarga hadapi.

Di awal bulan ramadhan yang lalu, kehidupan seharian berjalan seperti yang dirancang.
Masuk minggu kedua kita semua berpuasa pula, ujian dari Allah datang.
Demam, selepas pergi klinik makan ubat dan sebagainya, tak baik-baik juga.
Hari ke enam demam, nuzul al-Quran waktu itu, mak ayah saya bawa ke hospital.
Admitted warded.

Tangan dah bengkak, sakit sebab kena cucuk. Sakit dia sampai ke urat. 4 kali dalam sehari masuk air.

1 ujian besar jugahlah bila dah masuk wad,
kena tinggal seorang diri sebab semua wad penuh, tak ada single room.
Lepas tu dalam wad tu jiran di katil sebelah kiri tak ada orang, di depan tak ada, cuma ada seorang makcik yang ditahan di katil sebelah kiri bahagian depan aje.

Hari pertama masuk kena tinggal seorang diri, hari ke dua baru ditemani oleh emak, hihi.
Semasa hari kedua tu, doktor periksa darah platelet saya tinggi, fatty yang ada kat liver saya pun tinggi, demam pun tinggi, huhu. Senang cerita, masuk je ward semua naik.
Mana taknya, stress kot.

Selepas emak teman, demam terus turun, platelet pun dah turun sikit. Lima hari jugalah ditahan di hospital. So totally demam 10 hari, alhamdulillah.
Sakit itukan kifarah, untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita.

Sakit itu pun satu nikmat juga, masa tu barulah kita nak ingat Tuhan,
istighfar banyak-banyak, doa banyak-banyak. Orang menziarahi, tak kira yang jauh yang dekat.
Paling gembira bila saudara-mara dari Terengganu datang melawat, kalau tak silap waktu tu tengah hangat fasal MH17.

Dan jasa yang sangat besar yang tak dapat saya balas untuk mak dan abah saya.
Mak sanggup teman kat hospital tidur di kerusi yang kita pasti kurang selesa, dengan nak bangun sahurnya lagi, berbukanya lagi.

Mak saya turun ke bawah beli makanan berbuka di bazaar Kg. Baru, abah dan adik lelaki saya turut berbuka puasa bersama, dalam ketersederhanaan.
Rasa sayu menyelubungi..

Inilah keluarga yang tiada galang gantinya.

Seminggu sebelum raya (Sabtu) petang baru boleh discharge selepas urusan pembayaran selesai,
kurang beramal bulan ramadhan tahun ini.. :'(
Semoga Allah terima segala amalan kita dan memberkati hidup kita, inysaAllah.

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

-NH-

Di Hospital Pakar Al-Islam ini yang saya suka, bila ada aje nurse, pembantu wad atau makcik-makcik yang kerja di situ masuk mesti akan memberi salam. Dan wad yang saya duduk tu selalu wangi, sebab makcik cleaner tu akan masuk sapu dan mod bilik, buang sampah sarap yang ada (kalau ada).

Dan selama saya ditahan di sana, hanya dua orang lelaki yang saya nampak mereka masuk untuk tukar cadar dan tanya itu ini. Itu pun sekali aje, selepas itu semua perempuan, alhamdulillah.

Tapi saya dapat doktor lelaki (Dr. Ishak Masud, anak doktor itu praktikal dengan dia).
Nak buat macam manakan, masa sakit bukannya boleh pilih-pilih nak doktor lelaki ke perempuan, masa kat klinik bolehlah nak pilih-pilih, itupun bergantung pada rezeki masing-masing juga.

Dan rabu baru ni, terakhir saya appointment dengan doktor,
alhamdulillah sihat walafiat! ^_^
Terima kasih yang mendoakan.

"Novel mana novel?"
"Novel bila nak siap? Nak baca ni."

Adeh, ampun... akan diusahakan untuk menulis kembali, insyaAllah, doakan saya ya. :D

June 9, 2014

Si comel, Damia.

Assalamu'alaikum..

Kalau ikut kalendar Masihi, akhir bulan Jun ini semua umat Islam akan menikmati 'pesta ibadah'.
Dan awal bulan Jun ini juga, aktiviti agak padat, huh.. padatlah sangat..

Khamis lepas teman kawan pergi Jln TAR, beli barang-barang keperluan si kawan tu.
Pergi pukul 11 pagi, sampai rumah pukul 1 tengah hari.

Pergh. Cepat nau. Dah tak ada apa nak dibelinya, balik le. Huhu.
Gambar pun tak sempat nak ambil, tapi pesan kawan saya tu "Kenang wajahku di fikiranmu.."
Hahaha.. ayat dia bukan main lagi ya..

Lepas tu singgah rumah dia kejap main dengan anak buah 'tak rasmi' saya, hihi.
Anak kakak dia, atau lebih tepat anak kawan saya. Sebab kakak dia pun kawan saya juga.
Senang cerita kakak dia rapat dengan kakak saya, dan saya rapat dengan dia.

Dah macam adik-beradik, kakak dia dah saya anggap macam kakak sendiri,
tapi kalau dia tak tahulah, kehkeh.



Nur Damia Syifaa. Abaikan suara ibunya itu, hahah. :P


Video terus! Hihi.. lepas cukur jambul Damia, macam-macam nama ada untuk si Damia ini..
antaranya; si ambam, si takcin (botak licin). Okey semua nama tu maksu dia panggil yakni kawan saya tu, haha. (Jangan marah ya Marlia. Peace.)

Kesian ya Damia, apalah makcu ni. Tengok macam cik De / mak De dia ni, panggil elok je, Nur Damia Syifaa.. :p
Muhahaha..

Okay, stop.

Esoknya tu Jumaat, satu hari dari pagi-malam duduk rumah dia tolong dia mengemas apa yang patut. Gosok baju, lipat baju, kemas buku-buku. Okey, tu semua adalah kerelaan diri sendiri, hihi.
(Mia tak ada, kena tinggal kat rumah pengasuh)

Sampai tak sedar yang kita orang tak makan apa lagi sepanjang hari tu, huhu.
Malam tu sempat jumpa si Mia. Hih..

Alhamdulillah, dalam penat tu dapat juga spend time dengan dia nanti lepas ni susah dah nak jumpa, huhu.
Ada FB, WA, WC etc tak semestinya dapat berhubung, kalau masa masing-masing terbatas.

Then, pagi Sabtu tu pula bertolak ke Seremban, kenduri kahwin kakak sepupu belah lelaki.
Haaa.. hari tu teruji kesabaran saya sekeluarga!

Traffic jam

Dari Bandar Baru Bangi nak ke Nilai, kenapa entah jamnya. Dekat 3 jam tersekat dekat situ je, last-last jumpa pakcik saya yang nak ke kenduri tu juga kat tengah highway tu. Dia yang gerak awal pun terkandas di situ. Selesai semua, sampai rumah lepas Isyak, memang terbaiklah.

Masa dalam kereta tu ada juga bersembang dengan mak dan abah saya pasal sakit tulang belakang.
Abah saya tak bersedia lagi untuk pembedahan, walaupun banyak cerita yang didengari, orang yang buat pembedahan ini biasanya okey lepas tu.

Tapi.. wallahua'lam..
apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Ps : to Marlia Nidzar, doakan urusan dia di UIIM PJ dipermudahkan, amiin.

Good luck, friend! Senyum.

- NH -

Ramadan nak dekat, rasa macam nak meniaga je, hihihi..
Sebelum berbisnes kena cari volunteer dulu untuk tolong-tolong angkat barang jualan di kedai. 

Anyone?

Maklum sajelah, dalam keluarga ramai perempuan, kudrat pun terbatas, abah saya memang dah tak boleh nak angkat berat, huhu.

Tapi.. nak niaga apa?


Popia nestum?
Kek coklat kukus moist?
Kek coklat? (bukan coklat cadbury ye, huhu)

(Terpanjang pulak entri ni..)

pageviews