status updated

STATUS UPDATED!
Disciplined mind bring happiness, undisciplined mind bring chaos.

May 29, 2014

Kifarah

Kredit Google


Assalamu'alaikum..

Minggu ni terasa begitu berat sangat nak laluinya.
Dengan abah saya tak berapa sihat, dari pagi asyik tidur je. Makan pun tak, bangun untuk solat je.

Abah saya sakit belakang, penyakit tu dah lama juga dihadapi oleh abah saya. Ada yang suruh cuba perubatan tradisional dengan mengurut atau bekam. Dan ada yang suruh buat pembedahan je.

Wait, operation?

Oh, no.

Ada risikonya kalau buat pembedahan ini. Ada yang kata 50/50 je kemungkinan selepas pembedahan tu.

*nangis*

Risau sangat... tak tahu nak tolong macam mana lagi. Terasa macam anak tak berguna je tak dapat nak bantu.

Hmm..

Selepas sapu krim yang diberi oleh doktor, abah saya nampak macam okey sikit.
Tapi dua hari selepas tu, abah saya jatuh demam pula.

Haih... ujian.. ujian..

Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."
(hadis riwayat Thabrani daripada Abu Umamah)


Sesungguhnyah Allah menimpakan ujian itu bukanlah untuk menyusahkan kita, tapi untuk mendekatkan lagi kita padaNya. Allah mahu melihat kita merayu, menangis meminta padaNya.


"Allah malu untuk tidak mengabulkan permintaan hambaNya yang mengangkat kedua tangannya dengan tulus."
(HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)



Sekarang saya pula diuji dengan sakit tekak yang teramat sakit! Dicampur dengan selsema, oh my.
Huhu..

Okey, jangan mengeluh NH.

~ NH ~

-----------------------------------

Don't be sad, okay?
Innallaha ma'ana. :)

May 16, 2014

It's Jumuah mubarokah!

Ehsan Google


Kita dipertemukan lagi dengan hari yang mulia, hari yang berkah.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Tak tahu nak cakap apa. ~sengih~

Oh ya, ada banyak masajangan lupa baca surah al-Kahfi ya.
Tak nak baca semua pun tak apa, at least baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir.

Memang agak lama nak habiskan satu surah,
merangkak-rangkak jugalah bila saya baca. ~sedih~
Harus diperbaiki lagi bacaan nampaknya.

Kadang tu rasa malu,
novel-novel yang kita baca bukan main lancar,
bukan main sejam dua je dah khatam siap dapat feel lagi, dan ingat jalan ceritanya.

Tapi bila al-Quran, Allah...
nak baca sahaja dah 'bercinta' dengan diri sendiri. ~sorok muka bawah bantal~

Tapi suka untuk saya cakap,
biarlah lambat-lambat baca al-Quran dari tak baca langsung.

~okey, sorry kalau sentap, huhu~

Boleh baca Quran online, tapi lebih afdhal ambil wudhuk, duduk elok-elok dan capai Quran poket.
Sambil-sambil tu pergilah berguru dan perbetulkan bacaan, tau.

Tapi suka untuk saya cakap
Allah ada berfirman dalam al-Quran, surah Al-Qiyamah ayat ke 16

"Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)."

Baca slow-slow, okey.

Di sini saya sertakan surah al-Kahfi, kot-kotlah ada yang nak hafal ke,
dengar atau baca saja-saja ke.
Quran Exploreratau yang ini The Noble Qur'an untuk paparan lebih jelas. :)

Agak-agak malas nak buka link tu sebab internet ibarat tempurung bawah kelapa ~ eh ~,
saya dengan senang hati nak tepek juga surah Kahfi. ~sengih~

10 ayat awal surah al-Kahfi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ












10 ayat akhir surah al-Kahfi













Sodaqallahul Azim

-NH-

---------------------------------

Alhamdulillah, sekejap je kan. ~senyum~
Pada sesiapa yang rasa ada hak milik dia yang saya terrrcopy kat sini tanpa kredit,
mohon halalkan ya. Senyum.

 1 lagi, perkara sunnah yang lain di hari Jumaat jangan lupa untuk ikut ya.

May Allah bless us.

May 15, 2014

Bertemu kembali.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Allah masih mengizinkan saya untuk meng'hidup'kan kembali blog ini setelah dibiarkan 10 bulan, kerana Allah menguji saya sekeluarga dengan ketiadaan laptop mahupun komputer. Dalam pada itu cuba untuk mencari 'sesuatu' yang dirasakan telah hilang.

~nangis~

Hari ini genap 4 tahun usia blog saya. Masih 'mentah' lagi.
Masih banyak yang perlu diperbaharui dari segala kelemahan-kelemahan yang ada.

Cuma yang selalu buat saya berfikir dan tertanya-tanya, apakah pembaca-pembaca atau pengikut-pengikut blog saya ini sudah mendapat manfaat atau kebaikan dari setiap pekongsian yang ada?
Apakah diamalkan dengan baik?
Atau, hanya dibiarkan setelah dibaca?

~nangis lagi~

Dalam 10 bulan macam-macam yang dilalui, sakit, sihat, susah, senang, menangis, gembira, marah dan semualah yang seangkatan dengannya. ~keluh kecil~
Saya biarkan semua itu berlalu pergi.

Beberapa jam saja lagi umur saya angkat meningkat sekali lagi. ~sayu~
Makin beratlah tugasan saya selepas ini, bergelar seorang anak, adik, kakak, kawan .. bla bla .. dan hamba kepada yang Maha Agung.

Takut.
Itu yang saya rasa sekarang ini.
Takut tak dapat menjadi hamba yang beriman padaNya,
takut tak dapat menyebarkan risalah-risalah ayat-ayat cinta dariNya,
takut tak mampu menjadi wanita yang solehah,
takut tak mampu menjadi qudwah hasanah.
takut tak mampu menjadi penulis yang baik.

Asal celik mata dari tidur yang 'pendek',
hati merasa takut dengan hari baru.
Kadang sedikit gembira kerana diberikan peluang untuk perbaharui iman dan amal.

Bukan tu saja, kena pula hadapi makhluk-makhluk Allah yang kadang-kala agak mengjengkelkan.
~huh, ujian, N. Sabar.~

'
'
'
'
v

Ayuh kita berdoa agar kita istiqamah untuk terus mencari kebaikan, melakukan kebaikan dan memberi kebaikan.

Doakan juga untuk seorang sahabat saya yang,
akan melanjutkan pelajarannya di UIA awal Jun ini.
Semoga dia terus tabah dan kuat dalam menjalani hari-hari seorang pelajar dan hamba yang beriman, Amiin.

------

Qudwah hasanah - teladan yang baik.
Istiqamah - konsisten.

pageviews